Thursday, February 14, 2008

.:Aquaria:.

Ermmm..Ini bukan Aquaria KLCC baaa.. Tapi 'kurang lebih' (ayat Sabahan) macam yang di KLCC tu la. Tempat ni sebenarnya "Aquarium & Museum" Universiti Malaysia Sabah. Yang paling penting tiket masuknya tak lah semahal Aquaria, RM5 sorang jer.

Walaupun bangunannya tak lah sebesar mana, tapi macam-macam spesis ikan ada kat sini.. Yang ni ikan kerapu yang paling besar penah aku jumpa setakat ni secara live. Wafiy relek jer tengok makhluk marin gergasi tu..Macam tengok kucing jer..

Sebenarnya tak ramai orang yang tahu di UMS ni ada Muzium marin. Kurang promosi agaknya. Dengar² citer plak pertengahan tahun ni Sabah akan ada sebuah "Aquarium and Ocean Science Discovery Centre" yang mungkin bleh menandingi Petrosains di KLCC. Wah makin meriahlah Kota Kinabalu lepas ni..
Kat sini gak ada tersimpan fosil ikan paus yang berusia lebih satu abad.. Kaloo korang berminat dengan spesis² batu karang di sekitar pulau-pulau di Sabah ni, janganlah lepaskan peluang untuk menyaksikannya di sini.

No comments:

Post a Comment