Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Monday, December 05, 2011

Kadang-kadang Kita Terlupa..


Berdoalah, kamu tidak akan rasa sunyi dan keletihan ~ Picture by RothermRebeka of Deviant Art.

Pernahkah kita mendengar kisah Nabi Allah Zakaria AS? Sudah hampir berumur 80-an dan tidak pula dikurniakan anak? Menggunung harapan dia bina, agar mendapat anak yang mampu meneruskan kerja dakwahnya, tetapi tetap juga nikmat itu tidak dikurnia.
Tetapi akhirnya satu peristiwa menyedarkan Nabi Allah Zakaria itu.
Dan hasil kesedarannya, Allah memberikan dia anak yang indah bernama Yahya.

Berdoa.

Kadang-kadang, kita terlupa untuk berdoa.
Apa kaitannya Nabi Zakaria, dengan doa?
Sama-sama kita perhatikan.

Satu hari di mihrab Maryam
Maryam adalah anak saudara kepada Nabi Zakaria. Ibu kepada Maryam bernazar sekiranya dia mempunyai anak, maka dia akan meletakkan anaknya di Mihrab agar menjadi hamba abdi kepada Allah SWT semata-mata. Maka apabila Maryam lahir, dan Maryam adalah perempuan, maka Nabi Zakaria sebagai bapa saudara memegang amanah menjaga Maryam di mihrabnya.
“Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria.” Surah Ali-Imraan ayat 37.
Maryam amat istimewa. Dan antara yang mengkagumkan adalah, walaupun dia tidak pernah keluar dari mihrabnya, akan terdapat buah-buahan tersedia buatnya yang datang entah dari mana. Lebih menakjubkan, buah-buahan musim panas muncul ketika dia menghadapi musim sejuk, dan buah-buahan musim sejuk muncul ketika dia menghadapi musim panas.
“Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya.” Surah Ali-Imraan ayat 37.
Satu hari di mihrab Maryam, Nabi Zakaria yang menyedari akan keajaiban itu bertanya:
“Nabi Zakaria bertanya: Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?” Surah Ali-Imraan ayat 37.
Dan Maryam pun menjawab:
“Maryam menjawab: Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira.” Surah Ali-Imran ayat 37.
Ketika inilah, mengikut apa yang penulis belajar daripada guru-guru penulis dalam bidang Aqidah dan Al-Quran, yakni Dr Ala’ Hilat, Dr Muhammad Jamal, Dr Samirah Tohir, mereka menyatakan bahawa Nabi Zakaria seakan seperti ‘ditegur’ oleh Allah SWT.

Tersedar bahawa selama ini dia hanya mengharap, tetapi tidak berdoa dengan bersungguh-sungguh.Berdoa dengan keyakinan bahawa, Allah SWT itu, walau perkara yang mustahil, mampu direalisasikan. Jelas Allah menunjukkan dengan kemunculan buah musim sejuk pada musim panas, buah musim panas pada musim sejuk.
Di saat itu jugalah, kalau kita lihat, Allah terus menceritakan pada ayat 38, yakni sejurus selepas ayat 37, menandakan cepatnya perkara itu berlaku, Nabi Zakaria berdoa. Di dalam mihrab Maryam itu jugalah, pada saat kesedarannya itu jugalah,

Nabi Zakaria berdoa.
“Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.” Surah Ali-Imraan ayat 38.

Dan Allah pantas memberikan jawapan kepada doa yang dilancarkan sepenuh jiwa, bersama kesedaran itu.
“Lalu ia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh.” Surah Ali-Imraan ayat 39.

Kadang-kadang, kita terlupa berdoa.
Bukanlah maksud saya, kita lupa berdoa dalam erti kata mengangkat tangan dan meminta kepada Allah.Tetapi maksud saya, kita terlupa berdoa dengan bersungguh-sungguh, memahami makna doa kita, tahu apa yang kita minta, dan yakin bahawa Allah mampu dan akan memakbulkannya.Ya, kadang-kadang, kita terlupa berdoa.

Masa susah dan senang.
Kita kadangkala, kala susah, kita mudah mengadu kepada manusia. Kita mudah menceritakan semua masalah kita kepada mereka. Itu memang satu perkara yang positif, berbanding dipendam seorang diri begitu sahaja. Tetapi persoalannya, apakah kita telah mengadu kepada Allah dengan bersungguh-sungguh?
Pernahkah saat kita kesakitan, kita benar-benar berdoa kepada Allah: “Ya Allah, aku sakit. Sembuhkanlah.”

Pernahkah saat kita sukar hendak mengajak seseorang kepada kebaikan, kita bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah: “Ya Allah, aku sayang dia, aku nak ajak dia pada kebaikan, tetapi dia asyik lari daripada aku ya Allah. Lembutkanlah hatinya, dan ampunkanlah dosa aku sekiranya dosa aku yang membuatkannya menjauh.”
Pernahkah saat kita kesempitan, kita benar-benar berdoa kepada Allah: “Ya Allah, aku sempit. Lapangkanlah.”
Dengan penuh keyakinan bahawa Allah memang akan menyembuhkan kita, akan melembutkan hati dia, akan melapangkan kehidupan kita?
Tatkala senang pula, apakah pernah kita berdoa kepada Allah agar dikekalkan kesenangan kita? Pernahkah kita berdoa kepada Allah agar diluaskan lagi rezekiNya kepada kita? Apakah kita berdoa kepada Allah agar kita tidak tertipu dengan nikmat pemberianNya?
Kadang-kadang kita terlupa berdoa.
Sebab itu kita rasa seperti ‘terputus’.

Doa, ibarat tali layang-layang
Keimanan adalah penghubung kita kepada Allah SWT. Manifestasi daripada keimanan adalah amal. Maka amalan adalah penghubung kita kepada Allah SWT. Kita buat, kita rasa keterikatan kita dengan Allah SWT. Kita solat, membaca Al-Quran, berzikir, tadabbur alam, melakukan kebaikan-kebaikan, semua itu mengikat jiwa kita dengan Allah SWT.
Dan doa, adalah kemuncak hubungan kita dengan Allah SWT sebenarnya.
Ya, kita hanya meminta dengan yang kita rapat.
Kita hanya mengadu dengan yang kita percaya.
Maka kalau kita rapat dengan Allah, memang Allahlah yang akan kita minta kepadaNya.
Maka kalau kita percaya dengan Allah, memang Allahlah yang kita mengadu kepadaNya.
Doa, mengikat kita lebih rapat dengan Allah SWT. Doa, adalah tanda kita amat yakin dan percaya, tanpa ragu-ragu, bahawa Allah amat rapat dengan kita.
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Surah Al-Baqarah ayat 186.

Penutup: Maka Berdoalah.
Maka berdoalah. Susunlah doa kita. Fahami apa yang kita doakan. Yakini bahawa Allah akan memakbulkannya. Dan jangan sesekali lupa untuk berusaha dengan sesungguh-sungguhnya. Orang yang selalu berdoa akan tenang. Kerana dia akan melihat, satu persatu doanya dijawab oleh Allah SWT. Orang yang tidak berdoa, mendapat kejayaan pun, dia tidak akan rasa apa-apa ‘nilai tambah’. Dia rasa, dia dapat itu dengan usahanya sendiri. Sebab itu, apabila dia benar-benar ‘mati usaha’, dia akan putus asa dan tidak bangkit semula. Kita, bila ‘mati usaha’, kita tetap merasakan bahawa – Allah itu ada, dan Dia akan membantu kita. Kerana kita sering berdoa kepadaNya.

Friday, November 18, 2011

Berfikirlah.. Tapi Jangan Khuatir

Rancang dan bekerjalah dengan apa yang ada di tangan.  Jangan bimbang akan hal-hal tidak menentu dalam angan-angan.  Yang di tangan itulah yang sebenar.  Yang dalam angan-angan itu masih samar.  Kita tidak mungkin hidup dalam dua alam yang samar – masa lalu yang telah jadi memori; masa depan yang masih ilusi.  Hidup hakiki ialah hari ini.  Itulah yang realiti.  Kata cerdik pandai:  “Beradalah di tempat kamu berada.”  Maksudnya, jangan lari dari reality.  Usah absent minded.  Hidup dan beradalah dalam hari ini.  Jangan khuatiri hari esok.  Jangan bimbangkan hari semalam.

Susun JADUAL HIDUP harian dan ikutilah dengan tenang.  Hidup umpama membaca lembaran demi lembaran dari sebuah buku yang sangat tebal.  Jangan gerun hanya melihat ketebalan buku itu, hingga hilang ‘mood’ untuk membacanya.  Atau terlalu gelojoh, hingga membaca secara meloncat-loncat tanpa mengikut tertib mukasurat.  Bacalah dari muka surat pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. 

Begitulah juga dalam soal ‘membaca’ kehidupan ini. ………….

Hidup adalah satu pusingan perubahan yang tidak henti-henti.  Hukum alam menetapkan bahawa yang tidak berubah hanyalah perubahan.  Oleh kerana itu adalah satu kerja gila jika kita hendak menyelesaikan ‘masalah-masalah’ masa depan yang hakikatnya belum berlaku.  Jangan cuba mengambil ‘tempat’ Tuhan untuk mengawal semua perubahan kerana yang mampu mengawalnya hanyalah Dia yang tidak berubah-ubah.

Seorang manusia walau bagaimana kuat sekalipun, tidak akan mampu menanggung derita masa lalu dicampur beban kebimbangan masa depan, lalu dipikul bersama masalah pada hari ini.  Tiga beban dalam satu masa boleh menyebabkan seorang genius dihantar ke hospital sakit otak.

“Masa lalu adalah kelmarin yang telah mati.  Masa depan adalah esok yang belum lahir………… tetapi selamatkanlah hari ini yang sedang hidup.”  Mungkin anda akan bertanya, kalau begitu  salahkah kita merancang untuk masa depan?  Tidak.  Pendek angan-angan bukan bererti tidak bersedia untuk hari esok.  Fikirkan hari esok, tetapi jangan khuatir.  

Banyak bezanya antara fikir dan khuatir………
(Selamat membuat jadual waktu kepada semua Pegawai Jadual Waktu di seluruh Politeknik Malaysia..)

Wednesday, November 09, 2011

Derita Ummat

Pada 28 Julai 2010 lalu. Peristiwa nahas yang mengorbankan 13 orang dan mencederakan 300 orang ini menceritakan sebuah kenyataan yang menarik banyak perhatian awam. Semasa letupan di kilang tersebut berlaku, seekor monyet telah dirakamkan kamera semasa menyelamatkan seekor anak anjing dari lokasi letupan. Ia menggendong anak anjing sambil berlari keluar dari kilang tersebut.


Sekiranya peristiwa ini boleh mengetuk hati kecil kita, binatang juga boleh menunjukkan belas kasihan dan kebaikan kepada sesama mereka. Hari ini umat menderita.. Umat jauh dari perintah agama.. Siapa yang ingin bertanggung jawab atas umat ini ? Tanggung jawab siapa ?

Tuesday, November 01, 2011

Tahukah Maksudnya ?


Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laj-laj..
Tahukah maksudnya??

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Renung-renungkan.. Selamat beramal !

Monday, October 31, 2011

Magnet Rezeki


Solat Sunat Dhuha


Hadis pertama : Dari Abu Hurairah r.a berkata : Nabi Muhammad saw menasihati aku untuk mengerjakan 3 perkara dan jangan ku tingalkan sehingga aku mati iaitu:

1. Puasa 3 hari pd pertengahan bulan
2. Shalat Dhuha
3. Solat sunat Witir sebelum tidur

Hadis kedua: Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.

Hadis ketiga: Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.

Hadis keempat: Diriwayatkan oleh Tabrani Rasullullah bersabda: Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha” maka jika telah datang pada hari kiamat , berserulah (malaikat) “manakah orang2 yang selalu bersolat dhuha ? inilah pintu kamu silakan lah masuk ke dalamnya dgn rahmat Allah swt.

Hadis keenam: Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )


Kesimpulannya banyak sangat fadilat dan kelebihan apabila kita mengamalkan solat sunat dhuha dalam hidup kita seharian.Solat sunat dhuha itu dilakukan dgn 2 rakaat mcm solat sunat yg lain. Waktu nya selepas waktu syuruk dari 7.30 hingga 11.00pg.

Cara solat dhuha:

1.Pada rakaat pertama selepas fatihah baca surah Assham dan rakaat kedua selepas fatihah baca surah Addhuha.
2. Pada rakaat pertama selepas fatihah baca surah Addhuha dan rakaat kedua selepas fatihah baca surah al ikhlas
3. Yang terbaik selepas fatihah rakaat pertama baca ayat kursi 10x dan pada rakaat kedua selepas fatihah baca surah alikhlas 10x juga.

Harapan semoga selepas ini kita semua akan mengamalkan solat sunat dhuha pada setiap hari insyaAllah, tak boleh setiap hari dapat seminggu sekali, tk dapat seminggu sekali, sebulan sekali, tk boleh sebulan sekali setahun sekali tak dapt setahun sekali seumur hidup sekali pun jadilah…

Friday, October 21, 2011

Adab Rasulullah


1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah dan solat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari khamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi..

"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN

Sabda Rasul :

"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)" (Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan

4. GEMAR BERJALAN KAKI

Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

5. TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah"diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :

- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaithon- Segeralah berwudhu
- Solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis akan memberikan impak psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT

7. TAK PERNAH IRI HATI

Untuk menjaga keharmonian hati & kesihatan jiwa, dengan menjauhi sikap iri hati adalah merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.


"Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah"

Hukum Berkaitan Fotografi


Soalan 1
Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan?

Jawapan
Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu. Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya. Hukum yang kedua, hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.

Soalan 2
Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?


Jawapan
Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh, “Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid” (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih, “Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh” (yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa’, syarah qawaid/389).

Soalan 3
Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah rezeki yang diterima itu halal?

Jawapan
Halal. Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal.

Soalan 4
Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru). Contohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa).


Jawapan
Amalan spt ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matn arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim, “Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Quran 33:04). Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya.














Wallahualam...

About Norashady bin Mohd Noor

Norashady bin Mohd Noor was born on March 16th 1980 in Kampung Keladang, Salor in Kelantan and is happily married to Nor Farah Wahida binti Mohd Noor. They are both a dotting parent to Wisam Wafiy, Maryam Raeesa and Ameena Sabrina.

Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf