Tuesday, January 19, 2010

.:Memori Terindah:.

Tajuk entry kali ni bukan untuk aku..namun tempiasnya memang terkena jugak la.. Semester ni aku akan kehilangan beberapa orang teman rapat kerana mereka telah berjaya pindah memindahkan diri. Nak buat lagu mana, dah menjadi adat..setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

ad

Bro Azhar Rostani..akan berpindah ke Politeknik Port Dickson. Seorang yang low profile but very hardworking. Dia adalah Boss aku di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal ni. Dah 10 tahun dia di sini.

JKMer

Alhamdulillah..sempat jugak buat majlis sempena meraikan "Ad". Terima kasih kepada Yat kerana bersusah payah membuat perancangan untuk majis tersebut

ku berucap-2

Uwaaaa..aku kehilangan seorang lagi kawan..Dengan siapa la lagi aku nak berguru photoshop. Ku Adnan pun jenis low profile jugak, tapi ilmu multimedianya penuh di dada.

hafsham

Hafsham..bapa yang penyanyag..Layak di anugerahkan "Bapa Mithali" PKK... pun akan berpindah. PUO menjadi destinasinya.. Selamat tinggal la semua..huhuhuhu. Semoga persahabatan kita akan kekal walaupun masing-masing dah menbawa haluan berbeza..

No comments:

Post a Comment