Wednesday, January 20, 2010
.:Pak Pandir:.
Jangan pergi ke sebarang klinik especially klinik gigi jika anda tidak buat temujanji terlebih dahulu. Dia tidak akan mengkhabarkan kepada anda bahawasanya temujanji pada hari itu ini telah penuh kerana dia tetap akan mengalu-alukan kedatangan anda. Namun demikian anda akan rasa geram diPak Pandirkan bila seorang demi seorang pesakit yang datang memotong giliran anda kerana dia telah membuat temujanji terlebih dahulu. Anda akan terus menerus menunggu sehingga semua penemujanji selesai menjalani rawatan. Kesabaran sangat diperlukan pada saat ini. Selama ini aku ingat klinik gigi la klinik yang paling lengang di dunia. Tapi bila nak buat temujanji...next week baru ada kosong... biar betik?. Macam tak logik. Adalah rata-rata rakyat Malaysia di Sabah mengalami masalah gigi yang serius ? Atau kesedaran rakyat Malaysia mengenai kesihatan gigi semakin meningkat ? Atau Malaysia kekurangan doktor gigi ? BINCANGKAN...
itu standard procedure laa pusit...muakkekekek. kalo kita sakit teruk lagi laa naya..oleh itu..gosoklah gigi sekuat hati!
ReplyDeleteMana la aku tahu Buff..selama ni aku cabut sendiri jah gigi.. Gi klinik tu sebab nak buat pemeriksaan.. nak tau part mana yang perlu diselenggara... :-p
ReplyDelete