Thursday, November 29, 2007

.:Perangkap Tikus Bah:.

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang-barang tersebut, seekor tikus memerhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??" Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah perangkap tikus.Sang tikus naik panik bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, " Ada perangkap tikus di rumah....di rumah sekarang ada perangkap tikus...." Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, " Ada perangkat tikus !" Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku." Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi.

Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati.. .tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. " Tikus lalu menemui Lembu. Ia mendapat jawaban sama. " Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus."

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata " Eleh engkau ni...Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku." Akhirnya Sang Tikus kembali kerumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke hospital. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun masih lagi demam dan sakit-sakit. Isterinya lalu meminta untuk dibuatkan sup kaki ayam kerana yakin sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk mendapatkan kaki ayam untuk dibuat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak juga sembuh. Seorang teman menyarankan untuk memakan hati kambing. Si suami lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hati kambing resebut. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Ramai sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayangnya si suami kepada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat tetamu yang hadir tidak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembuya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan...Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

SUATU HARI....KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGANGGAP IA BUKAN URUSAN ANDA... FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.

Wednesday, November 28, 2007

.:Apakah Istidraj ??? :.

Apakah dia istidraj? Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s. a.w. bersabda : "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa ????

Bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apakah kamu tidak takut mati ? Katanya, "Alah...orang lain pun mati juga, kalau masuk nerakapun, ramai-ramai bah.Tak kisahlah! " Sombongnya mereka, takburnya mereka. Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong !!! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah. Manusia istidraj = Manusia yang lupa daratan.

Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah mengkehendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semut itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun bertukar menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah SWT. Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak. Orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia. Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud ? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur.

Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga. Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan bahh! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat. Wallahualam.

Sunday, November 11, 2007

.:Berakhir Sudah Syawal:.


Alhamdulillah...Raya tahun ni sungguh bermakna dengan kehadiran cahaya mata yang sangat di nanti-nantikan..

Sunday, November 04, 2007

.:My New Image:.

Waduh² comot bangat mulut mu..makan apa sih ?? Mana pigi jambul Beckam mu ?? Waduhhh..udah ndak hensem sudah..
Phehhhh..Ganteng bangat si Wafiy ni..Dah 2 minggu, tapi masih belum luruh lagi pusatnya..Ermmm hensem jugak berkepala licin ni rupanya..

.:Majlis Cukur Jambul:.

Hari ke 14 baru sempat nak cukur jambul Wafiy. Hahaha.. Dah lama ku tunggu saat ini. Saat mencukur licin kepala Wafiy. Menggeletar jugak pegang pisau cukur, maklumla ubun² masih belum keras.
Kelihatan Tok Imam Leh sedang menyuapkan kurma ke mulut Wafiy. Bukan main suka lagi dia makan benda² yang manis tu...Sebelum ni asyik dok teguk susu ibu jer..

Tok Ayah dan Tok Ma pun datang sama. Wafiy merupakan cucu kedua selepas Syakir yang lahir pada 30 Oktober 2006.

.:Tok Lid:.

Inilah aksi Walid sedang menggomol Wafiy..Bukan main happy lagi Walid dapat timang cucu pertama.

Saturday, November 03, 2007

.:Fly With Air Asia:.

Genab sembilan hari..Wafiy dah balik Kelatey naik flight. Alhamdulillah dia tak banyak meragam. Cool jer daripada start naik sampai mendarat lansung tak menangis.
Nasib baik time tu cuti pertengahan semester politeknik. Boleh la Babah balik sama.. Sempat jugak 3 minggu di kampung.

.:Kunjungan Jiran, Rakan & Taulan:.

Selepas empat hari kena tahan di wad, Alhamdulillah..akhirnya Wafiy dan Mamanya di benarkan pulang. Kesian Mama Wafiy kena tahan lama dalam wad sebab kurang darah. Ramai jugak la rakan-rakan sekerja yang datang melawat.

Terima kasih kerana sudi datang. Maaf lah kerana cuma sempat menghidangkan rambutan jer. Masa ni ada tiga orang member yang tengah sarat mengandung..Si Intan, Norimah dan Kak Nazima. Semuanya due dekat²..Wahhh, meriah la nurseri Politeknik tahun ni.

Hehehe..kecik-kecik dah pandai ngorat ???

.:Tok Mi dan Cucu Sulungnya:.

Kesian Tok Mi..dua kali fly ke Sabah semata-mata nak menyambut cucu sulungnya. First time sampai 13 Julai -23 Julai 2007. Tunggu punya tunggu, Wafiy masih syok dok dalam perut Mamanya..Tak mau kuar² jugak. Berdebar² dibuatnya menunggu tarikh due datenya 20.07.2007. Kalau nak di ikutkan sejarah, Babahnya lagi hero, 12 bulan dalam kandungan.. Kesian Arwah Tok Ma Wafiy dulu melahirkan Babah.. Nasib baik Wafiy cuma delay 7 hari..Huh! Alhamdulillah..

Masa zaman Babah lahir dulu (16 Mac 1980, 10.00 p.m) home delivery jer dengan bidan kampung. Sekarang ni dah serba moden.

About Norashady bin Mohd Noor

Norashady bin Mohd Noor was born on March 16th 1980 in Kampung Keladang, Salor in Kelantan and is happily married to Nor Farah Wahida binti Mohd Noor. They are both a dotting parent to Wisam Wafiy, Maryam Raeesa and Ameena Sabrina.

Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf