Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Wednesday, September 09, 2009

Wednesday, July 08, 2009

.:Ketagihan Apple:.


Terima kasih buat isteri tersayang kerana telah menyokong+merestui Ambo untuk kesekian kalinya membeli sekeping apple. Tak tertahan dah rasanya Ambo menahan ketagihan ini. Sungguh hebat penangan apple ni. Sekali ngap..pasti nak lagi..huhuhu. Semoga pembelian kali kedua ni tak membuatkan Ambo leka & lagho seperti dulu..

Tuesday, May 26, 2009

.:Nokia 5800 VS Iphone 3G:.

Selama 5 bulan menggunakan Iphone, banyak jugak jasanya pada Ambo..Tidak kurang jugak banyak masa ambo dibazirkan untuk menggodek-godek benda alah yang paling canggih pernah ambo miliki ni. Time mula-mula dapat dulu, setiap hari dok mengadap i-tune, download macam2 aplikasi. Memang racun la iphone nih.. Terima kasih kepada Abey Fairuj kerana memperkenalkan iphone kepada Ambo.

Namun jodoh ambo tak lama dengan iphone. Kemarin ambo dah "let go" iphone tu..huhuhuhu accidently let go sebenarnya. Sayang jugak iphone tu sebenarnya. Maybe..it happen for greater reason kotttt. Walaupun ramai yang kata iphone ni canggih, tapi tetap jugak banyak keterbatasannya. La ni, ambo & wife ambo tengah dok usha "The iphone killer"..hehehe Nokia 5800.

Kenapa Nokia 5800 lebih hebat dari Iphone ?

1. Saiz - Iphone lebih besar saiz nya berbanding Nokia 5800. Bila lebih besar, dah tentu lebih berat. Beza dalam 25 gram gitu.Iphone ni uneasy for one hand grip bahhh. Nokia 5800 plak is designed to fit well into your hands. Being smaller in width, its easy to operate single handedly..Hohoho..Kecek omputih skettttt

Iphone size: 115.5 X 62.1 X 12.3 mm
Nokia 5800 size: 111 X 51.7 X 15.5 mm


2. Screen Resolution - Walaupun saiz screen Iphone adalah lebih besar iaitu 3.5" dan Nokia 5800 cuma 3.2"....the resolution of Nokia 5800 is far more superior to Iphone. Lagi jelas kan lagi syioook layan video.

Resolution: Iphone: 480 by 320 Nokia 5800: 640 by 360


3. Kamera - iphone cuma 2MP, takder flash, takder zoom dan takder kamera tambahan di hadapan. Berbanding Nokia 5800, gambor lebih cantik sebab 3.2 MP, ada flash, 3x digital zoom with Carl Zeiss lens lagik. Yang paling penting ada kamera kedua di hadapan yang memboleh kan ambo membuat video call atau video conferencing...Iphone mana bley video call maaaa
4. Video Recording - Opsyen ni takder pada iphone..Ambo terpaksa download sendiri aplikasi ni. Walaupun dapat install, tapi video-video yang dirakam takleh di upload kemana-mana. Tengok dalam iphone tu jer la..Dengan 5800, no problem bahhhh.

5. FM Radio - Errr..iphone bley dengar Sinar FM kaaa ? Pagi-pagi seronok gak layan celoteh Salleh Yaacob, Khairil & Kak Engku..tidak lupa juga panggilan2 hangit dari Hot FM.


6. Bateri - Nokia 5800 bleh bersembang tanpa henti selama 8.8 jam dan standby selama 406 jam. Iphone plak paling lama 5 jam dan 300 jam standby..bateri 5800 bleh di tanggalkan, bateri iphone kalau kong..sapa nak jawab ?? Kalooo dengar alunan ayat suci AL-Quran (or dengar muzik..ni yang banyak sebenarnya) bley tahan sampai 35 jam tanpa henti, iphone 24 jam.. Sound system 5800 lagi sodap di dengar (pendapat peribadi semata-mata).

7. Input Method & Storage - Iphone cuma pakai jari jemari sajer.. 5800 bleh guna jari, stylus, plectrum dan handwritting recognition. iphone ni plak datang dengan 2 option, 8 GB & 16 GB dalam bentuk internal memory. Iphone ambo dulu 8GB jer..takleh nak upgrade dah sampai berapa-berapa pun. Tapi memory yang terdapat pada 5800 adalah dalam bentuk internal dan anytime bleh tarok sampai 16GB.

8. Sistem Pesanan Ringkas - Susahnya nak taip sms time drive keter..dah la iphone ambo dulu takleh MMS..dah puas mintak CELCOM tolong set mana yang patut, tak dapek2 jugak.. kalooo pakai aplikasi original lansung takleh forward sms, send sms ramai2..nasib baik jumpa aplikasi yang dah siap modified..bleh gak ber'sms' dengan aman..Tapi yang paling frust takleh MMS laaaa..hanphone semurah RM200 pun bleh MMS..tension betul..

9. Bluetooth - Untuk iphone, hanya handsfree sahaja yang available untuk di"bluetooth"kan.. No file sharing posibble. Sapa yang bleh pindah file ke iphone guna bluetooth, habaq mai kat ambo, nak jugak belajaq lagu mana..Dengan 5800, no problemo bro..

10. Harga - Kepada sesiapa yang bercita-cita nak pakai iphone..dah tentu berfikir 3,4 kali sebab harganya (mahal macam nak nak beli pistol)..kalooo beli unlock iphone @ yang dah di "jailbreak"kan confirm2 takder warranty. Apa guna beli mahal2 tapi takder jaminan walaupun sebulan..Nak pakai yang ber"warranty", silalah mendaftar dengan Maxis..Harga Nokia 5800 jauh lebih murah berbanding iphone..Anyway, tepuk dada tanya poket :-)

Ermmm cukup la 10 alasan tu, nak tulis banyak-banyak nanti takut kena saman ngan Steve Jobs plakkkk.. Semua alasan tu hanyalah pandangan peribadi ambo jer. Ada berlambak2 lagi smartphone ala2 iphone di pasaran..tapi setakat ni yang berkenan di hati cuma 5800. Cuma satu jer yang aku respek gila babi dengan produk Apple ni..dia ada semacam aura yang bleh meningkatkan self esteem. Just by having the iPhone at hand, I suddenly realized that my 'look-cool' factor has increased; so much even if you have really low self-esteem or that sort, having an iPhone would've raised ur coolnest factor by a 100% (Wednesday is English Day at Polytechnic). Percaya la cakap ambo nih..hehehe.. Sama gak dengan orang yang pakai laptop iMac, iBook kaaaa..jauh lebih terserlah prestigenya berbanding jenama HP, Acer, Compact, IBM dll.. Wallahua'lam. Akan ku cuba jagi lebih wasathiah seperti Mat Lenga..kuikuikui..

"Allah Maha Kuasa...Handphone tiada kuasa melainkan dengan izinNya"...

Tuesday, April 14, 2009

.:Kerusi Goyang:.


Kemarin...

Ah Fatt: "Hello Cikgu siddiq, itu kerusi goyang saya hantar malam esok yaaa..Esok saya sekali jalan hantar barang ke Putera Jaya jugak.."
Ambo: "Ok, no problem..."
Keesokkan hari...
Ah Fatt: "Hello Cikgu, saya di depan rumah suda.."
Ambo: "Ok, sekejap saya bukak pintu pagar.."

Nahhhh..sekali bukak pintu..bukan main gedabak lagi kerusi goyang @ kerusi malas tu.. ingatkan biasa2 jaaa. Last week baru dok bersungut bila Ah Fatt nak start buat kerusi tu, rupanya dalam masa seminggu jer dia siapkan 2 biji kerusi ni. Walaupun setiap kali membuat tempahan, ambo tak pernah pun bagi design terperinci, tapi hasil kerja Ah Fatt tetap superb!!

Sangat menepati & memenuhi ciri2 estetik dan ergonomik. Yang paling penting sekali, setiap designnya mematuhi ukuran entropometrik walaupun tak pernah mengikuti sebarang kursus rekabentuk. Harga untuk setiap tempahan pun memang berbaloi. Kalau nak di bandingkan dengan produk jati yang designnya very simple, dengan harga sebiji kerusi berasaskan jati tu ambo dah bleh dapat 2 biji kerusi berasaskan rotan yang mana kualiti dan ketahanannya memang nampak setara.

Tapi yang peliknya, Si Ah Fatt ni very low profile orangnya.. Tak ramai yang tahu kehandalannya membuat perabot rotan.. Setiap kali selesai menyiapkan tempahan, tak pernah pun nak snap barang sekeping dua gambar untuk simpanan sebagai rujukan orang lain. Bila nak tengok contoh, jawapannya " Aiyaaaa saya tidak simpan itu gambar ooo.." Kadang-kadang bila ambo nak bagi design sendiri, takut plak design Si Ah Fatt tu lebih cantik dari Ambo punya..( tapi biasanya memang begitu laaa..kuikuikui)

So guys...sesapa yang berminat bleh la berkunjung ke rumah Ah Fatt di Penampang. tapi jangan harap la bleh tengok contoh perabot macam kat show room kedai perabut..memang takdernya. Korang hanya bleh dengar dan imagine sendiri design2 si Ah Fatt tu..

Friday, March 27, 2009

.:Ambo Kembali:.

Salam semua..lebih dua bulan ambo tak update blog nih. Mungkin takder apa² perkembangan yang menarik untuk di kongsikan. Dalam keadaan ekonomi & suasana politik negara yang gawat, ambo lebih suka membaca dari menulis.

About Norashady bin Mohd Noor

Norashady bin Mohd Noor was born on March 16th 1980 in Kampung Keladang, Salor in Kelantan and is happily married to Nor Farah Wahida binti Mohd Noor. They are both a dotting parent to Wisam Wafiy, Maryam Raeesa and Ameena Sabrina.

Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf