Showing posts with label My vacation. Show all posts
Showing posts with label My vacation. Show all posts

Tuesday, March 23, 2010

.:Kampung Boy:.

Minggu lepas..Ambo sekeluarga kelik kampung. Dah lama Si Wafiy tak tengok ayam,itik,angsa,kambing.. Bukan main seronok dia di kampung..

kampung boy2
Melompat-lompat..


kampung boy3

Berciku cak..

kampung boy4

Baddi berambat...

kampung boy5

Hooorey menang!!!

kampung boy1 copy

Oitttt..Harris!!! Jangan di rungkas pokok kelapa tu...

Monday, February 22, 2010

.:Zoo Lok Kawi:.

zoo
Babah jom la pegi Zoo..Wafiy ready suda nih..
zoo7
Waaaaa..ada Thomas & Friends...
zoo1
Jom Babah..naik Thomas..
zoo5

Mama & Maryam.. Maryam macam dah mengantuk dan blur2..
zoo4
Hai..nama I Marsya
zoo3
Wafiy & Babah dok di seat paling depan..Khusyuk tengok bird show..
zoo2
Nahhh..burung aper yang berjambul putih ni ?
zoo6
Uwaaaaaa...Kenapa ya Wafiy nangis ? Babah!!! Wafiy nak naik Thomas lagi..Thomas dah tinggalkan Wafiy !!!
zoo8
Ok..masa untuk balik..Bubbyeeeeee..

Friday, January 08, 2010

.:Ole-ole dari Semporna:.

pulausibuan

Alhamdulillah.. Sampai jugak Ambo ke Semporna. Dulu-dulu rasa macam mustahil jer nak sampai sana. Jauh la, jalan teruk la..Macam-macam alasan di dengar sebelum ni. Bila dah sampai sana..huh! Tak jauh mana pun. Jalan pun over all OK jer..

semporna2

Cantik + terpegun + teruja... Pagi tadi bila tengok rancangan The Making of "Duyung", terasa sikit bebenor kawasan Semporna yang sempat dijelajahi.. Tapi syukur la, dalam keterbatasan sempat jugak naik bot bersama KU sekeluarga ke Pulau Sibuan. Pulau yang paling hampir dengan tanah besar Semporna. Perjalanan memakan masa 25 minit. Kaloo nak ker Pulau Sipadan & Mataking jauh lagi..Kesian plak kat Maryam, Zikri, Wafiy & Alia..

ayah

Ambo kagum dengan gaya hidup penduduk tempatan di sini..Sangat sempoi, very simple living. Macam tak percaya, di tengah-tengah lautan, tanpa ada tanah pun, siap ada perkampungan lagi kalau kat pulau Ambo tak heran la. Lansung terputus hubungan dari tanah besar tak tau la kalau depa pakai handset. Bekalan air bersih & elektrik confirm takder kat tengah laut tu pada firasat Ambo la Mereka tetap survive!!!

DSC_0403
Sempoi kan ???

F1050033_1
Ada yang sanggup menetap di sini ???

wafiy

Dah lama Wafiy kepingin nak naik bot..Tercapai la impiannya selama ni..Hehehe, Kereta dah naik, kapal terbang dah naik.. bot dah naik..lepas ni naik kapal Angkasa plak deh..

mamamaryam

Maryam..hehe Good girl, lansung tak meragam & merengek.. Cuak jugak mula-mula tu takut dia menangis sebab tak pernah naik bot laju..

semporna

Beginilah suasana senja di Semporna. Walaupun hajat tak tercapa,i nak tidor di Dragon Inn sebenarnya, tapi dah full book menginap di Hotel Seafeast tetap berbaloi sebab pemandangan yang dapat dilihat dari jendela kamar tak kurang indahnya memang sangat indah sebenarnya. InsyaAllah panjang umur, murah rezeki.. Ambo akan kembali ke sini semula...

kuadnan

Bagi Ku Adnan, percutian ini pastinya sangat bermakna setelah 6 tahun berkhidmat di Sabah, negeri di bawah bayu.. Percutian terakhir sebelum membuka empayar baru di Politeknik Seberang Prai hujung bulan ni. Selamat maju jaya KU. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan tip-tip berguna mengenai photoshop, bleh la melayari blog beliau di http://www.ceriterapakku.blogspot.com/. Pak Ku ni sifoo Ambo sebenarnya :-)

Wednesday, June 24, 2009

.:Main Pasir:.

Petang tadi Wafiy mengamuk nak gi pantai..Nak main pasir la tu..



Lerrrrr..sampai2 jer tak nak pijak pasir plak dah..Huhuhu..bukan main lurus lagi kaki dia tu..90 darjah..

Sampai kat kat air tak nak turun...nak berdokong plak..Kat umah over2..

Mama, Tok Ummi & Mami Na dok bersantai jer menikmati panorama petang yang sangatlah indahnya..


Memang sungguh indah..hehehe..lokasi pantai Ambo terpaksa rahsiakan..Bahaya!!

.:Ummy Mai Sudaaa:.


Hari ni dah hari ke-5 Ummy berada di Bumi di bawah bayu.. Tapi baby dalam perut masih belum nak keluar lagi.. Memang taknak mengalah dengan abang dia jugak kot..Si Wafiy dulu overdue 5 hari..harap2 dalam masa terdekat ni keluarlah baby tu..Ummy dah tak sabar nak menimang cucu ke-3nya tu..Sementara tunggu baby lahir..ambo bawak la Ummy dengan MamyNa pusing2 KK..Hari pertama gi jengah Jakel..dengar2 macam ada promosi gempak..tapi takder apa2 pun.
Ermmm..Ummy memang suka shopping mutiara..dulu kalau mai sini, dua tiga kali sehari ke Pasar Filipin pun tak apa..Tapi kali ni Ambo bawak Ummy shopping di Jamilah Jewellery kat One Borneo..Harga lebih kurang jer dan yang paling penting di sini jauh lebih selesa berbanding di KK. Lepas ni Ambo pun dah malas dah nak pi shopping kat Pasar Filipin kaaa..kampung air kaaa..sebab Ambo dah dapat membership Jamilah..hohoho....

Ikan kering..Udang kering..sotong kering..satu lagi destinasi favourite Ummy..kat Pasar Ikan Kering ni ada macam2 makanan laut yang dah dikeringkan..
Hari kedua ke Kundasang..Udara di sini dah tak sejuk macam dulu..Kesan pemanasan glogal kot. Kali Ummy kurang bernasib baik sebab tak dapat tengok pemandangan Gunung Kinabalu dengan clear sebab terlindung dengan awan @ kabus tebal..Sepatutnya gambor di atas tu berlatarbelakangkan gunung, tapi nampak putih jaaa..

Sapa-sapa yang datang ke Taman Kinabalu..mesti bergambar kat sini..Nak di jadikan bahan bukti agaknya
Ummy tengah possing ngan Wafiy kat Pine Resort..
Gambor ni time dok atas bukit..lepas solat Zohor kat masjid Perkasa

Ini lah Kundasang sebenarnya..Kedai koboi jer..bleh shopping sayur & buah-buahan dengan semahu-mahunya..

On the way balik Kundasang..Ummy suruh singgah di kedai cenderamata. Ermmm..shopping lagi...


Aik ada gambar jamilah lagi ?? Hak ni Jamilah lain..Hari ketiga Ambo bawak Ummy gi shopping di Bandar KK plak..Jamilah cawangan sinsuran dah bukak sebuah lagi kedai baru rupanya.. Hohoho..sungguh seronok shopping dengan membership card yang baru dapat nih... Haiiii..bila la baby nak keluar ni...Kesian Tok Ummy..Lagi lama baby delay..lagi banyak Tok Ummy shopping nanti..

Wednesday, January 07, 2009

.:Aktiviti Tahun Lepas:.

Tahun ni belum ada aktiviti menarik nak di kongsikan..Segalanya berjalan macam biasa. Setiap hari sibuk dengan rutin kepejabatan (yer ker sibuk ?). Next week student junior & senior akan datang melapor diri. Time tu memang betul² sibuk.. Entri kali ni ambo cuma nak letak gambar² percutian sepanjang bercuti hujung tahun lepas.

Gambar ni dirakam ketika ambo sekeluarga gi skodeng burung bangau kat Wetland. Sebenarnya suasana macam ni sebijik macam pemandangan kat belakang rumah ambo..saling tak tumpah..

Tapi yang istimewanya kat sini, pengunjung dapat menyusuri hutan paya bakau ni sejauh 1.5 km menggunakan laluan yang tersedia..melihat sendiri hidupan² yang terdapat kat dalam hutan ni. Wafiy memang suka bebenor tengok burung..Malangnya gambar burung tak berjaya di snap walaupun seekor atau ekornya pun disebabkan oleh "keculasannya" (rujuk kamus Dewan).

Tu yang terjengok² tu dok tengok ketam batu la tu..kalau nasib baik bleh nampak ikan tembakul..Lepas penat round kat Wetland, Wafiy & Mama join Babah ber"TT" bersama geng Mylivina Kota Kinabalu+Lawas+Miri.. "TT" berlansung di perkarangan Masjid Bandaraya Likas & Menara Tun Mustafar di Yayasan Sabah..
Haaaaa..yang dok ngaga tu sapa lagi kalooo bukan Si Wafiy..Terima kasih kepada Edaran Tan Chong kerana menaja percutian kami dengan memberi pinjam Nissan Terrano..Hohoho terasa gagah la sedikit menawan bumi Kundasang..

Ermmm..sempat jugak usha bola takraw gergasi..sapa la yang sanggup nak timang bola seberat tuh. Tapi bola tu bukan lah untuk di mainkan..cantik kalau di gantung bersama lampu di dalamnya..Untuk tempahan sila e-mailkan kepada penulis yaaaa.
Hehehe..sekian dulu catatan perjalan Wafiy bersama Mama & Babah..Bertemu lagi di lain rancangan..Babaiiiii

Tuesday, November 21, 2006

.:Cuti Sekolah:.

Sibuk bebenor Bandar Kota Kinabalu menjelang cuti sekolah ni.. Ramai ler cikgu cikgi dari semenanjung yang nak kelik kampung. Berikut adalah antara aktiviti wajib mereka sebelum terbang menyeberangi Laut China Selatan..

Aktiviti I

Lokasi:Pasar IkanMasin

Aktiviti: Pusing² cari ikan terubuk masin,udang kering,sotong kering,gamat kering..macam² lagi la yang kering dan masin. Dulu² selalu gak beli ikan keropok kat sini. Masa mula² datang ke Sabah dulu, habis segala benda kat pasar ni aku borong bawak balik kampung..
Aktiviti II



Lokasi:Pasar Kraftangan (Pasar Pilipin)

Aktiviti: Apa lagi kalau tak usha kristal, mutiara, kerongsang, ukiran kayu.. kraftangan Sabah (yer ker ?? bukan pilipin punya barang kaa..). Bagi para suami, jangan risau anda bleh tinggalkan isteri anda di sini seberapa lama yang anda mahu. Datang pagi², balik lewat petang pun tak aper..Pasar ni umpama syurga beli belah bagi kaum Hawa...
Aktiviti III

Lokasi: Pasar Malam Kampung Air

Aktiviti: Bagi yang tak puas lagi shopping atau tertinggal beberapa lagi item untuk dibawa pulang, bleh la bertandang ke sini..Pasar malam ni bermula jam 7.00pm hingga 11.00 pm

About Norashady bin Mohd Noor

Norashady bin Mohd Noor was born on March 16th 1980 in Kampung Keladang, Salor in Kelantan and is happily married to Nor Farah Wahida binti Mohd Noor. They are both a dotting parent to Wisam Wafiy, Maryam Raeesa and Ameena Sabrina.

Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf