Love is a flower which turns into fruit at marriage.
A good marriage would be between a blind wife and a deaf husband.- Honore De Balzac (fakta atau auta ?)


Inilah tempat kejer Ambo..Sejak Febuari 2005. Sejak bujang sampai anak dua. Sejak jalan kaki sampai naik Livina. Saban tahun pelbagai perubahan bleh di lihat dan dirasai. banyak kenangan Ambo di sini..Terlalu banyak. Semakin lama di sini, semakin membuak-buak plak perasaan nak kembali ke tanah air sendiri..Tanah tempat tumpah darah sendiri yang dah lama di tinggalkan...
Adegan ni hanya boleh di tonton beberapa minit sahaja..Ooooo..Maryam tak tido rupanya, Abang wafiy jer yang Zzzzzz sorang-sorang..
Ciku Cak!!!! Arghhhhh!!! Hari ke-6 baru amik gambor Wafiy bersama adiknya. Itu pun atas permintaan Cik Xara..
Balik dari nurseri, kalau tak ke playground..Wafiy akan tercongok depan tv layan Mickey Mouse. Lepas maghrib, Wafiy dah ready depan tv tunggu rancangan kegemarannya "Ultraman Gaia". Tepat jam 7.00 pm rancangannya bermula di saluran Astro Ceria. Sungguh khusuk sekali Wafiy mengamati jurus-jurus pertarungan Ultraman sebab sebelum tidor dia akan sparring dulu dengan Babahnya.. Teknik-teknik tumbukan dan tendangan akan di adaptasikan sepenuhnya selepas itu.
Yang tak bestnya bila time 7.30 p.m jer..Wafiy akan menangis..UwaaaAAAA!!!! Ultraman dah habis..Dia tak puas layan Ultraman daaaa..Harus kah Ambo membelikannya CD Ultraman ???
Alhamdulillah..hari ni wedding anniversary Ambo yang ke-4. Perkenalan pertama bermula di alam maya pada hari Ahad, jam 12.21 pm 30/1/2005. Dengan izin Allah, selamat di ijab kabulkan di alam realiti pagi Jumaat, tepat jam 10.59 am 17/06/2005. Sungguh pantas masa berlalu..
Ambo baru lepas bukak website MAS..tiba-tiba ada tiket murah ke KL bulan depan. Ermmm nak kelik ko toksey kelik ??
Haiiii..rindu plak rasanya pada kampung halaman..Nak kelik ko toksey kelik nih ?
Teringin nak makey sedap²..Nyam3x.. Errr di Sabah makan tak sedap ker ?? Ada laaa.. tapi tak sesedap kaloooo kelik kapong..
Nak makey keropo lekor Pasar Siti Khatijoh..Ermmmm, Mokcik tokleh pos ko keropok² tu pakai Pos Laju yang tak laju tu ??? Hai..nak kelik ker dok nih ??? Bulan ni bakal menimang baby baru InsyaAllah..Kesian baby, kecik² dah terbang tinggi like his/her (jantina belum confirm) brother, Wafiy..
Atau Ambo sponsor jer family my jalan² K.Kinabalu..menghirup udara yang dah tak berapa sejuk dek kerana kerakusan manusia membotak²kan bukit. Menikmati pemandangan indah hutan belukar paya bakau di belakang umah ambo.. Untung-untung dapat tengok burung bangau..Ermmm..pertengahan tahun biasanya berlaku penghijrahan burung..banyak la burung² memutih kat belakang umah tu.. Hai, nak kelik ker toksey ??
Ermm..minggu lepas banyak di habiskan dengan lawatan sambil membeli ke kedai Country Home (betul ker ejaan ambo nih )..
My wife ni home lover type..kalau bleh hari-hari nak buat renovation & decoration. Eric Leong pun kalah bah kalau dah naik Sheikh mengemas...But she is very creative & inovative person ala-ala Edward de Bono gitu :-)
Norashady bin Mohd Noor was born on March 16th 1980 in Kampung Keladang, Salor in Kelantan and is happily married to Nor Farah Wahida binti Mohd Noor. They are both a dotting parent to Wisam Wafiy, Maryam Raeesa and Ameena Sabrina.