Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts
Thursday, November 03, 2011
Tentang Seorang Ayah
Mungkin ibu lebih kerap menelefon anda...untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian
Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah atau universiti untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini dan itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi, tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..
Tuesday, November 01, 2011
Tahukah Maksudnya ?
Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laj-laj..
Tahukah maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)
Renung-renungkan.. Selamat beramal !
Wednesday, December 01, 2010
Thursday, January 21, 2010
.:Azam Semester Baru:.
Alhamdulillah..tahun ni rasa macam tak kelam kabut sangat berbanding tahun sebelumnya. Mengajar pun rasa lebih bersemangat dan bermotivasi padahal baru minggu pertama kuliah. Rasa lain macam skettt la tahun ni. Tahun ni aku berazam sebab tahun lepas tak sempat bagi & buat azam untuk buat kejer dengan lebih teliti dan sunguh-sungguh.

Nda mau suda buat kerja cincai-cincai bah... Kejer aper ??? Aper kejer yang aku dok buat selama ni ? Aku banyak buat kejer yang aku rasa itu kejer aku..Aper dia ? Mengajar..buat FRP.. Hari-hari buat rutin yang sama.. Aku suka fotografi..snap sana, snap sini..semua objek aku snap... Tapi sampai sekarang tak pernah rasa satu kepuasan yang maksimum daripada apa yang aku lakukan sebelum ni. Kepuasan yang biasa-biasa sajer.. Mungkin kah kerja yang aku buat ni kejer yang biasa-biasa sajer atau sajer-sajer buat kejer ? Hohohoho..Bincangkan..
tinggalkan sebenarnya.. Kerja agama. Apa benda kerja agama tu ? Kerja yang Allah suruh buat..Nabi-nabi & Rasul-rasul buat..sabahat sahabiah semua buat.. Itu lah kerja yang patut aku dahulukan..Kenapa aku tak buat ? Dulu buat kenapa sekarang tak buat tak buat-buat lansung. Bincangkan...
Berapa banyak bincang daaa..Bincang @ muzakarah banyak manapun tak guna selagi tak buat.. Buatlah apa yang sepatutnya kena buat. Jangan buat perkara yang Allah larang. Semoga Allah kekalkan hidayat dalam diri aku, isteri, anak-anak, sanak saudara, kawan-kawan serta seluruh ummat di dunia. Semoga Allah am kan hidayat ke seluruh alam. Amin (Buzruk-buzruk sekalian, doakan aku)

Nda mau suda buat kerja cincai-cincai bah... Kejer aper ??? Aper kejer yang aku dok buat selama ni ? Aku banyak buat kejer yang aku rasa itu kejer aku..Aper dia ? Mengajar..buat FRP.. Hari-hari buat rutin yang sama.. Aku suka fotografi..snap sana, snap sini..semua objek aku snap... Tapi sampai sekarang tak pernah rasa satu kepuasan yang maksimum daripada apa yang aku lakukan sebelum ni. Kepuasan yang biasa-biasa sajer.. Mungkin kah kerja yang aku buat ni kejer yang biasa-biasa sajer atau sajer-sajer buat kejer ? Hohohoho..Bincangkan..
Gambar ehsan Ahmad Alhadi
Satu lagi kejer yang dah lama aku jarang-jarang buat Berapa banyak bincang daaa..Bincang @ muzakarah banyak manapun tak guna selagi tak buat.. Buatlah apa yang sepatutnya kena buat. Jangan buat perkara yang Allah larang. Semoga Allah kekalkan hidayat dalam diri aku, isteri, anak-anak, sanak saudara, kawan-kawan serta seluruh ummat di dunia. Semoga Allah am kan hidayat ke seluruh alam. Amin (
Wednesday, December 23, 2009
.:Kiulu:.
"Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka berolah syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya"
Tuesday, December 08, 2009
.:Masjid Terapung Likas:.
Last week sempat singgah Masjid terapung Likas.. Ramai pelancong asing especially from Korea yang singgah masjid nih..Sayangnya depa bukan singgah nak solat, tapi just nak snap gambar..Hari tu tak pasal-pasal Si Wafiy bawak touch light siang-siang hari...
Maryam bukan main seronok kalooo dapat pusing-pusing & posing-posing...
Tuesday, October 20, 2009
.:Ayah:.

Kerana Ayah aku disini
kerana Ayah aku gembira
kerana Ayah kuterasa bahagia…
Ayah…
Semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
Semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah
Semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang raja
Ayah…
Friday, October 09, 2009
.:Syurga Dunia:.
Ambo adalah pengejar syurga akhirat...Bagi ambo, dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat.
Ambo yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah ambo raih kecuali ambo boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu..
Maka rumah dan keluarga ambo adalah syurga dunia paling indah buat ambo. Tempat kerja, syurga dunia harian ambo. Tetangga, masyarakat dan ummat seluruh alam adalah syurga dunia ambo yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bilapun syurga ambo akan selalu bersama ambo..
Monday, August 31, 2009
.:Merdeka !!!:.

Sempena Sambutan Kemerdekaan tahun ini, Ambo memohonkan ehsan dari-Mu ya Allah, agar Engkau kurniakanlah kepada ambo sekeluarga nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan, lindungilah Ambo & seluruh umat Islam dari segala keburukan dan keaiban, hindarkanlah kami dari segala rupa bentuk kemungkaran dankemaksiatan. Peliharalah kami dari segala bencana, anugerahkanlah kami dengan kesihatan agar kami dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini. Amin..
Saturday, August 08, 2009
.:Innalillahiwainnailaihirojiun..:.

Tepat jam 10.52 malam, Ambo dikejutkan dengan panggilan telefon dari kampung. Ayah telah menyampaikan berita yang betul2 membuatkan Ambo terkejut & tergamam. Berita kematian salah seorang sepupu Ambo. Amir Sabran bin Mohd Zaki telah kembali ke Rahmatullah jam 9.00 malam akibat kemalangan pada usia 18 tahun. Rasa macam tak percaya pada mulanya.. Sehingga jam 12.26 pagi, Ambo masih tak dapat melelapkan mata. Setiap kali pejamkan mata, kelibat Amir muncul.. Ambo sedih sebab tak dapat menghadiri pengkebumiannya esok. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..
Thursday, August 06, 2009
.:Kasih Sayang Seorang Ibu:.

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang sama ditulisnya.
p/s: Gambor di atas tidak ada kena mengena dengan Ambo dan Ibu Ambo..
Tuesday, July 14, 2009
.:Perkukuhkan Dakwah Islamiah:.
2,3 hari lepas..kerap jugak cerita-cerita pasal Ijtimak Malaysia keluar news paper. Belum pernah rasanya sebelum ni Jemaah Tabligh di Malaysia di beri liputan sebegitu meluas di dada akhbar. Gembira, terharu dan sedih bila baca keratan-keratan akhbar.. Gembira sebab apa yang dirancang, akhirnya berjaya..Terharu sebab pemimpin-pemimpin negara (dengarnya PM,TPM, Yang Di Pertuan Agong, Menteri Besar N9 & Selangor, Yang di Pertua N9, Mufti N9, Sen. Mejar-Jen Dato Jamil Khir, DSAI, Menteri Pertahanan, Dato Hassan Ali, Presiden ABIM dll..) sanggup melapangkan masa untuk mendapatkan nasihat dari alim ulamak yang telah lama dalam usaha ini.Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah S.W.T berjaya juga ummat Islam berkumpul di bumi Malaysia dalam satu perhimpunan ummat Islam yang diadakan pada 10, 11 dan 12 Jun 2009 di Nilai Negeri Sembilan. Mengikut laporan beberapa media massa, menganggarkan kira-kira 200 000 ummat Islam yang hadir semasa ijtima' yang diadakan selama 3 hari tersebut.
Namun begitu, apa yang lebih penting, maksud Ijtima' diadakan adalah bukan sekadar untuk mengumpulkan manusia yang ramai, mendengar bayan (ceramah) yang hebat-habat atau untuk mendapat publisiti di media massa untuk menunjukkan betapa hebatnya usaha ini.Maksud Ijtima' diadakan adalah untuk menyediakan manusia agar dapat mengambil kerja nabi (kerja dakwah) menjadi maksud kehidupan mereka yang sebenar.
Berikut beberapa kupasan yang dapat dibuat daripada bayan-bayan (ceramah) yang diadakan sepanjang Ijtima' diadakan.
1) Bersama Ambia' Adanya Usaha Agama
Allah s.w.t telah utuskan para ambia' untuk menunjukkan kepada manusia maksud kehidupan mereka yang sebenar. Kerana itulah, apabila Allah s.w.t utuskan para ambia' bersama nabi atau rasul tersebut adanya usaha agama. Semua nabi-nabi membuat usaha agama. Dan usaha mereka hanya satu iaitu membawa tauhid yang betul kepada Allah s.w.t.Nabi-nabi dan rasul hanya membawa manusia supaya mengenal kepada penciptanya iaitu Allah s.w.t pemilik kerajaan langit dan bumi.
2) Nabi Muhammad s.a.w juga membuat usaha agama.
Apabila nabi Muhammad s.a.w menerima nubuwah kenabian, nabi s.a.w telah menjalankan usaha agama sepenuh masa. Pagi petang siang malam baginda nabi s.a.w hanya fikir dan risau bagaimana agama ini akan berkembang, agama akan memasuki setiap rumah-rumah batu, rumah-rumah kayu dan bagaimana semua manusia hinggakan bayi yang terakhir lahir sebelum kiamat juga dapat mengamalkan agama yang sempurna dalam kehidupan mereka.Nabi s.a.w telah usahakan supaya manusia nampak betapa dengan amalan-amalan agama yang diperintahkan oleh Allah s.w.t ini, manusia akan beroleh berbagai faedah demi faedah dan kejayan demi kejayaan.
3) Nabi Muhammad s.a.w telah menyediakan sahabat untuk menjalankan usaha agama
Nabi s.a.w bukan sekadar mengajar agama, sebaliknya baginda nabi s.a.w telah menyediakan sahabat untuk menjalankan usaha atas agama. Di sinilah kejayaan dan kemuliaan ummat Muhammad s.a.w, ummat yang terakhir tetapi masuk syurga lebih awal. Ummat ini dimuliakan kerana bersama ummat ini adanya usaha agama.Kerana itulah, apabila Baginda nabi Muhammad s.a.w wafat, agama terus berkembang kerana usaha agama telag disambung oleh para sahabat r.hum
4) Masalah Ummat Hari ini ialah mereka tidak Yakin Dengan Usaha Agama
Manusia akan yakin kejayaan akan diperolehi daripada apa yang diusahakan. Sebagai contoh, seorang peniaga yang mengusahakan atas perniagaannya akan yakin bahawa perniagaannya itulah yang akan membawa kejayaan kepadanya. Begitu juga bagi seorang peladang yang mengusahakan atas ladangnya, akan yakin bahawa ladangnyalah yang membawa kejayaan.Oleh kerana itu, apabila manusia tidak membuat usaha atas agama, natijahnya manusia tidak nampak betapa dengan agama inilah segala kejayaan akan diperolehi.. kejayaan di dunia juga kejayaan di akhirat.Apabila manusia tidak nampak faedah atau kejayaan yang akan diperolehi atas amalan-amalan agama, akhirnya manusia hari ini mudah terkesan dan meyakini terhadap asbab-asbab dunia sahaja.Apabila ummat Islam melihat orang kafir usaha atas nuklear, dan mereka beroleh kejayaan, dengan nuklear, ummat Islam pun mula usaha atas nuklear. Apabila orang kafir membuat usaha atas ekonomi, dan mereka seolah beroleh kejayaan melalui ekonomi, ummat Islam pun mula membuat usaha atas ekonomi. Apabila orang kafir membuat usaha atas negara, dan mereka nampak seolah berjaya dengan memperolehi sebuah kerajaan dan negara, ummat Islam pun usaha untuk mendapatkan pemerintahan dan negara.Menurut Maulana Saad, Manusia tidak yakin bahawa dengan amalan agama manusia akan beroleh kejayaan kerana kita telah meninggalkan usaha agama. Para sahabat r.a sepanjang masa mereka membuat usaha atas agama, kerana itu mereka sentiasa yakin bahawa kejayaan, keharmonian, ketenteraman dan ketenangan hanya ada pada amalan agama.Atas maksud itulah, untuk membetulkan kembali ummat ini, ummat Islam hari ini perlu kembali untuk sama-sama bangunkan usaha atas agama.
5) Usaha Agama Bagaikan Jenazah Tidak Berwaris
Apabila manusia tidak lagi nampak faedah atau kelebihan daripada amalan-amalan agama, akhirnya Ummat Islam sendiri telah tidak menghiraukan usaha agama. Jadilah usaha agama (satu usaha yang telah ditingalkan oleh baginda nabi s.a.w) seperti jenazah yang tidak berwaris.Sekiranya terdapat satu jenazah tidak berwaris, kita akan usaha mengusung jenazah tersebut sekadar 'melepas batuk ditangga sahaja'. Sebaliknya, sekiranya jenazah tersebut mempunyai hubungan dengan kita, kita mengusungkan dengan bersungguh-sungguh.
Ehsan Fikir Alami
Monday, July 13, 2009
.:Ambo Terlepas Ijtimak:.
PM rai 200,00 Jemaah di Ijtimak Malaysia.. Semoga perhimpunan ini menjadi asbab hidayat untuk pemimpin tertinggi negara kita.. Amin..
NILAI 12 Julai – Rakyat asing yang menyertai Perhimpunan Dakwah Tabligh Sedunia atau Ijtimak 2009 yang berakhir hari ini gembira dan bersyukur perhimpunan itu berlangsung dengan jayanya.Rata-rata mereka yang ditemui memuji keadaan negara yang aman, sekali gus membolehkan amal ibadat disempurnakan dalam suasana selesa dan tenang di sini.
Salah seorang jemaah yang ditemui, Mohamad Ibrahim, 60, dari Hebron, Palestin, gembira berada di negara yang aman damai dan dapat menunaikan amal ibadat tanpa ada sekatan.
“Saya gembira berada di sini, kami dapat menemui rakan-rakan daripada pelbagai negara bagi mengikuti program ijtimak.
Sementara itu, Abdul Ghani Naghorghani, 47, dari Myanmar juga gembira berada di negara yang membangun dan aman dengan rakyat pelbagai kaum.
‘‘Pembangunan di negara ini cukup membanggakan, walaupun terdapat perbezaan kaum ia tidak menghalang kami untuk melakukan aktiviti seperti ini.
“Saya berharap perhimpunan seperti ini yang diadakan setiap enam bulan dapat diadakan di negara ini lagi pada masa akan datang,” katanya.
Bagi Abdul Halim Thabit, 50, dari China pula, percaya kebebasan beragama di negara ini membolehkan rakyatnya menjalankan aktiviti keagamaan tanpa halangan.
Terdahulu, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berangkat menyertai ijtimak tersebut. Ketibaan baginda di lokasi ijtimak berhampiran kuarters kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut oleh Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak.
Turut menyambut baginda ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan. Baginda kemudiannya menyertai solat Zuhur bersama-sama lebih 200,000 jemaah tabligh dan mendengar tazkirah sebelum berangkat pulang.Ijtimak yang menghimpunkan jemaah dari dalam dan luar negara itu kali kedua diadakan di negara ini selepas 27 tahun lalu. Kali pertama ia diadakan di Terengganu dengan kehadiran lebih 50,000 orang.
Friday, July 10, 2009
.:Elders Berpesan:.
Pesan elders, 
Umat terbahagi kepada 4;

Umat terbahagi kepada 4;
- Orang yang buat usaha agama. Akan dapat pertolongan Allah di dunia dan di akhirat.
- Orang beramal untuk diri sendiri dengan menjaga segala hukum2 Allah. Tiada pertolongan Allah di dunia tetapi ada di akhirat.
- Orang yang buat amal tatapi banyak melanggar hukum Allah. Tiada pertolongan di dunia, akan diazab di akhirat tetapi akhirnya dapat masuk syurga.
- Orang yang tiada iman. Akan kekal selamanya di neraka. (nauzubillah!)
Jika tiada golongan pertama, maka golongan 4 akan menguasai/memerintah umat Islam.Untuk itu;
- Buat kerja dakwah.Baiki solat sehingga solat dapat menarik bantuan Allah dan menyelesai segala masalah.
- Zikrullah terutama zikir pagi dan petang.
- Taubat dan istighfar untuk diri. Juga untuk seluruh umat Islam seperti seorang anak yang memohon belas kasihan bapa supaya tidak merotan adik yang melakukan kesilapan (umat ini sedang dirotan oleh Allah kerana meninggalkan kerja dakwah).
- Buat keputusan untuk buat kerja ini sampai mati.
Semoga Ambo dapat tergolong dalam golongan yang pertama sebelum akhir kalam.. Amin..
Thursday, June 18, 2009
.:Tuhan Maha Adil:.
Allah bersifat adil pada semua makhluknya.. Zalimlah Allah jika tetapkan kejayaan hanya dalam kekayaan dan kemewahan kerana yang miskin pasti akan gagal. Zalimlah Allah jika sandarkan kejayaan pada pangkat dan kekuasaan kerana sang marhain dan tidak berkuasa pasti akan gagal. Zalimlah Allah jika letakkan kejayaan pada kekuatan dan keperkasaan kerana yang lemah dan kerdil pasti akan gagal.
"Allah maha adil kerana telah membuat ketetapan sejak kelahiran Adam hingga bayi terakhir sebelum kiamat bahawa ukuran kejayaan seseorang hanyalah dalam agama. Sejauh mana manusia dapat mentaati perintah Allah mengikut cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah..Sebanyak itulah kejayaan yang akan diperolehi kelak"

Tuesday, June 16, 2009
.:Doa Maulana Saad:.
Ya Allah Ampunkan Dosa-Dosa KamiYa Allah Tutupkanlah Kesalahan-Kesalahan Kami
Ya Allah Tukarkanlah Keburukan-Keburukan Kami Kepada Kebaikan
Ya Allah Engkau Masukkan Hakikat Iman Dalam Hati Kami
Ya Allah Engkau Kurniakanlah Sifat-Sifat Iman Dalam Diri Kami
Ya Allah Engkau Kurniakanlah Pengikhtirafan Mu Pada Kami
Ya Allah Kurniakan Kami Hubungan Yang Khusus Dengan Zat Mu
Ya Allah Kami Milikmu Ya Allah
Ya Allah Bantulah Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai
Ya Allah Tetapkan Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai
Ya Allah Kurniakanlah Istiklas Dan Istiqamat
Ya Allah Engkau Satukan Umat Ini Dengan Usaha Dakwah
Ya Allah Engkau Jadikan Setiap Individu Umat Ini Daee Agama Mu
Ya Allah Kurniakanlah Kepedihan Atas Keruntuhan Agama Dalam Hati Umat Ini
Ya Allah Engkau Gunakan Setiap Kemampuan Kami Dalam Kerja Agama
Ya Allah Engkau Gunakan Umat Ini Untuk Buat Pengorbanan Untuk Agama Mu
Ya Allah Engkau Kurniakan Hidayah Pada Seluruh Umat
Ya Allah Engkaulah Yang Satu-Satunya Yang Membuat Tarbiyah Hakiki
Hanya Tarbiyahmulah Yang Hakikat Tarbiyah.
Ya Allah Tarbiyahlah Umat Ini Dengan Sebaiknya
Ya Allah Engkau Kurniakan Kami Dengan Kehidupan Sunnah Nabi Saw
Ya Allah Engkau Hidupkan Kehidupan Sunnah Nabi Saw Pada Umat
Ya Allah Engkau Kurniakan Kebencian Dalam Hati Kami Cara Kehidupan Orang Kafir Dan Hidupkan Sunnah-Sunnah Dalam Diri Kami
Ya Allah Keluarkanlah Sifat Kehaiwanan Dan Tidak Berakhlak Dari Kami
Ya Allah Kurniakan Sifat Insaniyah Dalam Diri Kami
Ya Allah Berilah Petunjuk Pada Setiap Individu Umat Ini
Ya Allah Amkan Hidayat Pada Seluruh Umat
Ya Allah Luaskanlah Jalan-Jalan Hidayat
Ya Allah Tutupkanlah Pintu-Pintu Bathil
Ya Allah Hancurkanlah Suara-Suara Bathil
Ya Allah Engkau Gagalkanlah Rancangan-Rancangan Bathil
Ya Allah Peliharalah Usaha-Usaha Agama Ini, Rakan-Rakan Usaha Agama,
Markas-Markas Usaha Agama, Masjid-Masjid Buat Usaha Agama,
Madrasah-Madrasah Dan Semua Pergerakan-Pergerakan Agama Yang Haq
Ya Allah Bantulah Kami Dengan Setiap Langkah Kami
Ya Allah Tunjuklah Kami Dengan Setiap Langkah Kami
Ya Allah Kurniakan Taufik Untuk Buat Kebaikan
Ya Allah Bantu Kami Dengan Usaha-Usaha Agama Yang Penting
Ya Allah Kurniakan Keampunan, Tutupkan Kesalahan Kami, Mudahkanlah Kami
Ya Allah Kurniakanlah Ihsan Mu Pada Kami.
Ya Allah Mudahkan Urusan Kami Dengan Fadhil MuYa Allah
Tanamkan Keyakinan Atas Nusrah Ghaibmu Dalam Hati Kami
Dan Engkau Turunkanlah Nusrah Ghaibmu Pada Kami.
Ya Allah Dimana Perlunya Hujan, Engkau Turunkan Hujan Rahmatmu
Ya Allah Jangan Pandang Umat Ini Dengan Pandangan Murka Mu
Lihatlah Umat Ini Dengan Pandangan Ihsan Mu
Ya Allah Jadikan Umat Ini Menyesal Atas Dosa-Dosa Yang Dilakukan
Dan Kurniakan Umat Ini Taufik Untuk Bertaubat
Ya Allah Jangan Hindarkan Rahmat / Ihsan Mu Pada Umat Ini
Ya Allah Kasihanlah Dan Rahmatilah Umat Ini. Kau Turunkan Hujan Rahmatmu
Ya Allah Keluarkanlah Harapan Dalam Hati Kami Pada Ghair,
Kurniakan Kami Taufik Untuk Mengambil Manafaat Terus Dari Zat Mu
Ya Allah Keluarkanlah Keyakinan Yang Salah Pada Makhluk Dalam Hati-Hati Kami Dan Tetapkan Kami Dalam Mentaati Perintah-Perintah Mu
Ya Allah Pada Mereka Yang Ada Masaalah Hutang, Engkau Bantulah Mereka
Dengan Pertolongan Ghaibmu Untuk Menyelesaikan Masaalah Mereka.
Ya Allah Engkau Sembuhkanlah Orang-Orang Yang Sakit
Ya Allah Engkau Keluarkanlah Kelemahan-Kelemahan Zahir Dan Batin Kami
Ya Allah Engkau Kurniakanlah Kekuatan Zahir Dan Batin Kami
Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati-Hati Umat
Ya Allah Hapuskanlah Kelalaian Dalam Diri Kami
Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati Kami
Ya Allah Dengan Ihsan Mu / Rahmat Mu Terimalah Doa Kami
Amin..
Monday, June 15, 2009
.:Bayan Maulana:.
Ermmmm..kecur liur Ambo tengok hidangan ni..Sangat sempoi
Fuhhhh..kena plak makan dalam talam secara berjemaah. Sungguh nyaman bahhh.. Lupakan pasal taam, Ambo nak bercerita skett pasal bayan yag Ambo baru dengar dari seorang fikirMAN from pakistan. Dia bilang.. Allah kurniakan 3 perkara kepada setiap manusia.. DIRI, HARTA & MASA. Seandaikan manusia menggunakan 3 perkara ini dengan sungguh-sungguh ke atas apa-apa saja..sudah pasti dia akan mendapat manfaat, faedah dan keuntungan daripadanya. Seorang peniaga yang menggunakan sepenuhnya diri, harta dan masanya untuk perniagaannya.. pasti akan mendapat manfaat daripada perniagaannya. Seorang peniaga yang telah berjaya dan yakin bahawa perniagaannya memberikan banyak keuntungan dan kesenangan kepadanya akan sanggup berkorban apa saja untuk memajukan perniagaannya..sanggup berlapar dan bersengkang mata.. Gunakan diri, harta & masa untuk apa saja..pasti manfaat akan datang...
Namun, untuk apakah "sebenarnya" Allah mengurniakan 3 perkara ini ? Kemanakah & untuk apakah Rasulullah S.A.W dan Sahabat-sahabat R.A menggunakan 3 perkara ini ? Mereka telah di jamin syurga kerana menggunakan 3 perkara ini dengan sebaik-baiknya. Apakah kejayaan yang lebih besar selain daripada dapat masuk Syurga Firdaus ?
Sunday, May 10, 2009
.:Selamat Hari Ibu:.
Kami (Shady,Shimy & Shery)mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadapTuhan
Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan
Selamat hari ibu buat semua insan bergelar ibu.. Sudah 11 tahun ibu pergi, namun memori indah bersama ibu tetap terpahat di sanubari hingga akhir hayat..Jasa dan pengorbanan ibu sangat besar dan tak terbalas.
Terima kasih yang tak terhingga ibu...terlalu singkat saat kita bersama di dunia. Hanya doa ku iringi moga ibu beroleh kebahagian abadi.. Amin.
Friday, April 17, 2009
.:Kedai Ubat SiddiQ:.
Semenjak artikel pasal kerusi goyang @ henjut @ lazy disiarkan..Nampaknya Si Ah Fatt dah tak menang tangan dibuatnya. Saban hari ada jer tempahan kerusi yang sama. Habis semua stok rotan yang ada. Ermmm.. best jugak ada kemahiran ni, campak di ceruk mana pun InsyaAllah bleh survive. Orang kata (bukan Ambo kata) kejer makan gaji ni kasta yang paling rendah sekali. Tiap² bulan tunggu gaji masuk. Kejer kuat ker tak kuat sama jugak gajinya.Ranking atas sket, bekerja sendiri..Bebas nak masuk kejer mana²,bila²..nak cuti anytime jaa.. Orang sabah bilang "Dari kita juga bah ituh". Pada pandangan Ambo,kejer sendiri ni mengajar erti kecekalan dan disiplin diri.. Kalau malas² alamat tak berasap la dapur (pendapat peribadi).
Atas lagi daripada tu adalah "Business Owner". Hak ni sedap skettt la sebab kita yang jadi Boss @ Taukeh. Ermmm ramai jugak member² Ambo dulu jenis yang takleh kejer ngan orang. Panas baran @ hot temper. Orang macam ni Ambo ingat sessssswai kejer sendiri or bukak bisnes sendiri, tapi kaloooo dia yang jadi Boss.. confirm garang @ tegas gila babi punya. Ambo ada gak angan² nak memiliki perniagaan sendiri. ( Kedai kat atas tu takder kena mengena dengan Ambo & tak minat pun nak bukak kedai ubat..kuikui) Kalooo bleh Ambo nak bukak kedai buku & permainan budak² & antik..Hohoho 3 in 1. InsyaAllah..
Last sekali...Ranking yang paling tinggi dalam pencarian rezeki ni adalah "Investor". Pada tahap ni tak perlu pening² dah (kata orang). Kalooo sebelum ni kita bekerja untuk duit, tapi pada tahap ni "Duit akan bekerja untuk kita". Lantaran itu lah semacam dah jadi satu trend skang ni, masing² sibuk nak melabur sana sini. Macam² skim di wujudkan semata² untuk mendapatkan jalan pintas menuju lavel investor ni. Ambo no komen. Bab² macam ni kena mengadap Tok² Guru yang betul² Mursyid. Hehehe..Rezeki di mana² tuhan dah janjikan, walau dalam apa keadaan sekali pun..kalau dah memang rezeki kita, tak lari bah gunung di kejar. Yang paling penting kita kena pastikan punca rezeki kita tu benar² 100% halal agar berolah kebarkatan dari Nya.. Kalau rezeki tu berkat..sikit macam mana pun, banyak macam mana pun...pasti dan pasti Allah akan cukupkan..Untuk apa berlebih² sedangkan suatu masa nanti kita akan kembali pada Nya tanpa membawa apa² selain iman & amal. Rezeki anak & Isteri bukan kita yang tentukan..Allah dah sediakan untuk mereka.
Apa² pun walau sekuat mana kita bekerja..jangan sekali² yakin bahawa kejer kita itu yang mendatangkan rezeki pada kita.. Kejer cumalah asbab, untung rugi semua dalam pengaturan Allah. Allah tak pernah perintahkan kita buat dosa untuk dapatkan rezeki daripada Nya.. Perbanyakkan syukur, kerana hanya dengan syukur hati kita akan lebih tenang. Wallahua'lam..
Subscribe to:
Comments (Atom)
About Norashady bin Mohd Noor
Norashady bin Mohd Noor was born on March 16th 1980 in Kampung Keladang, Salor in Kelantan and is happily married to Nor Farah Wahida binti Mohd Noor. They are both a dotting parent to Wisam Wafiy, Maryam Raeesa and Ameena Sabrina.
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf











