Showing posts with label Photography. Show all posts
Showing posts with label Photography. Show all posts
Friday, October 21, 2011
Hukum Berkaitan Fotografi
Soalan 1
Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan?
Jawapan
Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu. Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya. Hukum yang kedua, hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.
Soalan 2
Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?
Jawapan
Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh, “Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid” (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih, “Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh” (yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa’, syarah qawaid/389).
Soalan 3
Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah rezeki yang diterima itu halal?
Jawapan
Halal. Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal.
Soalan 4
Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru). Contohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa).
Jawapan
Amalan spt ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matn arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim, “Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Quran 33:04). Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya.
Wallahualam...
Friday, June 11, 2010
.:Buat Gambar:.
Ini hasil bidikan "Geweku" & diblendkan sebati oleh aku yang sangat-sangat amatur dalam arena fotografi ini.
.:Ayahanda:.
Kutancap tajam wajahmu.
Menyelinap segenap dahi,hingga menerobos sendi urat...
Kutemu luas amal akhirat,ilmu dunia sebagai keringat...
Terkesima! Rupanya,tiada garis-garis benci..
atau serpihan jalur keji..
Kujalar ke bawah lagi..
Oh, ternyata!
Kedut tuamu di sudut mata..
Petanda Ayoh senantiasa ceria..
Kaun insan teramat tabah..
Thursday, June 03, 2010
.:Mari Bersenam:.
Bersenam memang elok bebenor untuk kesihatan..Terutama sekali kepada warga yang tak berapa nak muda macam aku. Tak perlu jogging jauh-jauhpun.. Buat beberapa pergerakan ringkas pun dah memadai kalau rajin nak buat la.
Ini gaya senaman Taici.. sebenarnya bukan Taici pun. Jurufoto (Ayer) sangat bijak meng"capture" gambar ni.. nampak seolah-olah tengah buat senaman Taici.
Yaaaa..inilah senaman yang dinanti-nantikan oleh semua orang, Poco-poco bah ini. Confirm kuar peluh.. Aku mula belajar menari poco-poco ni masa kursus induksi dulu..lepas tu melarat ke kursus BTN..
Selepas bertungkus-lumus & berpenat lelah..Alalalala..Berbaloi ka penat-penat exercise tadi ?
Saturday, May 22, 2010
.:Kesayangan Babah & Mama:.
Friday, May 21, 2010
.:Bermain dengan 'tone':.
Gambar-gambar ni nampak lain macam sket moodnya..
Vintage ? Old school ?
Terima kasih kepada En.Wazari Wazir kerana telah mengajarkan aku teknik untuk mengedit tone.Adakah ilmu ni haram kerana aku mendapat kan ebooknya secara haram dari Ayer
Tiba-tiba..rasa cam best plak tengok gambar-gambar ni.Aku sorang jer rasanya yang perasan gitu :-p
Thursday, May 13, 2010
Tuesday, April 20, 2010
.:Street Photography:.
Street Photography and street candid Kota kinabalu 27hb feb 2010
Lama sudaaa aktiviti ni..tapi baru upload dalam blog ni sebab baru terjumpa gambar ni dalam laman flickr Bro Azmebudiman..Depa ni sumer geng Otai sekitar KK & Keningau..Tak sempat nak sedut ilmu mereka sebab aku sibuk dengan kelas KSS hujung minggu..huhuhu
Monday, March 15, 2010
.:Holiday di New Castle:.
Untuk pengetahuan semua..Ambo sedang bercuti daripada menjalankan rutin seharian sebagai seorang penjawat awam. Ambo sedang melapangkan fikiran di kampung halaman.. Di mana ? Di Kota Bharu a.k.a New Castle
Pada mula tak terlintas pun nak update blog sepanjang percutian ni... Tiba-tiba plak terrjumpa sebijik kamera Canon PowershotA630 kat sini..terbiar macam nak dibuang jer..lens pun hampir-hampir nak berkulat..Bila dah dibersihkan..naaaaaaa..masih cantik gambarnya.
Tiba-tiba plak..
Monday, January 04, 2010
.:Malam yang celik:.
Gambar ni di snap jam 12.30 pagi di Bukit Bendera, Kota Kinabalu.. Kenapa Ambo berada di situ pada waktu tersebut tak penting..Yang penting, berdiri sorang-sorang diri di situ bertemankan kamera & tripod agak menyeram jugak laaa..
Yang ni ambo gunakan shutter paling slow & bukaan palaing luas & ISO rendah..Kelam la plak gambarnya, tapi ambo suka tengok imej cahaya lampu yang memancar & bersimpang siur tu..betul ker ayat aku nih ?
Hak ni plak time sambutan tahun baru di Lahad Datu..Gambar di snap dari Hotel Grace sementara mata belum mengatuk..Bising bangat malam tu, tak sangka budaya merempit telah menular sampai ke Lahad Datu.
Gambaq ni plak..di shoot oleh my Sifoo, Bro Paulson Linggi. "Shot taken during sunrise a total of 18 shots and stitch together...", bilang si Pauson bah.. Teringin bebenor Ambo nak shoot kat sini pada keadaan & suasana begini.. Tapi asyik tak menyempat-nyempat jer..
Gambar ni Si Paulson snap jam 5.30 pagi..Phehhh..time orang solat Subuh tu Bro.. Semoga kau beroleh hidayat suatu masa nanti Bro.. :-)
Hohohoho..rasa nak menangis oooo tengok gambar nih..Cantek bangat siottttt... Dengki molek Ambo!
Thursday, December 10, 2009
.:I'm Paparazzi:.
Gambar-gambar ni di ambil semasa jamuan akhir JPP di Tuaran Beach Resort. Sambil menjamu selera yang tak berapa menyelerakanpun Ambo sempat la pinjam DSLR Politeknik untuk menembak ala-ala paparazi gituh..
En Zali.. Mr Macho Man Politeknik...
Anas...
Piyan
Orix..bersungguh bebenor student Ambo ni.. Surah aper yang di bacanya tu :-p
Thursday, October 22, 2009
.:Product Shoot:.
Gambar ni ditangkap di snap tengah malam..berbekalkan gear paling basic. Ada sorang member nak buat bisnes online, mintak tolong snapkan gambar-gambar gelangnya.
Masalahnya, gambor produk yang terhasil tak clear habis daaaa..berbokeh-bokeh plak belakangnya. Errr, camno nak setting kasi bagus2 ekkk ? Minta otai-otai sekalian bagi pandangan skettt..
Thursday, October 15, 2009
.:Maryam Raeesa:.
Wednesday, October 14, 2009
.:Anak Yatim:.
.:Fotografik:.
Terdapat perbezaan ketara antara fotografi dan fotografik.. Ambo cuba nak mengolah + menggodek 2 keping gambar ni supaya jadi fotografik. Ermmm..yolo ko dok tok tau laaaa..
Kena tanya Bro KukuBesi dulu kot. Ambo nih cukup minat dengan hasil karya KukuBesi. Tapi tak tau plak macam mana dia edit gambar-gambar dia tu sampai jadi seolah-olah lukisan. Nak join kursus dia mahal bangat !
Gambor pasangan pengantin ni sebenarnya telah di fotografikkan oleh Bro KukuBesi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Norashady bin Mohd Noor
Norashady bin Mohd Noor was born on March 16th 1980 in Kampung Keladang, Salor in Kelantan and is happily married to Nor Farah Wahida binti Mohd Noor. They are both a dotting parent to Wisam Wafiy, Maryam Raeesa and Ameena Sabrina.
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf













































Nah ! Terserlah mood kegembiraan pasangan nih..setelah di touch up gambarnya..