Showing posts with label My job. Show all posts
Showing posts with label My job. Show all posts

Friday, December 31, 2010

Time To Say Good Bye

31 Januari 2005...segala-galanya bermula di sini.. Kini aku memulakan episod baru dalam kehidupan yang penuh cabaran di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak.

Tuesday, June 22, 2010

.:Kursus:.

Apa yang aku belajaq hari ni ya?
S.M.A.R.T, Six Thinking Hat, 7M, Ishikawa, RCA, A.P.C, N.G.T,QOSH... baru sepagian,ada 2 hari lagi.. Banyak betul benda lama yang aku baru tahu dan faham.. Benda-benda tu sebenarnya adalah 'tools' sebagai pemudah cara untuk menyelesaikan masalah dan membantu dalam membuat sebarang keputusan.

Brother hensem ni aku punya trainner laaa.. Tengku Naufal Tengku Mansor.. Very "low context" (istilah yang aku baru belajar) person.
 
Aktiviti sepanjang kursus ni boleh tahan jugak banyaknya..sungguh meletih otak dibuatnya.. Tapi sangat memuaskan hati kerana banyak input baru yang diperolehi hasil daripada aktiviti yang dijalankan..

Monday, May 10, 2010

.:Khabar Dari Putrajaya:.

3
Apa kebenda gambar yang aku upload ni ? Good Bye ? Tiba-tiba hari ni aku menerima panggilan dari sahabat lama di Putrajaya..Satu panggilanyang sangat ringkas "Ok Diq..standby kotak!". kotak ?

1
Hari ni jugak..aku mendapat berita..26hb ni kena interview untuk sambung mengaji.. Tiba-tiba datang idea nak buat tajuk ergonomik..Proposal takder lagi, supervisor nampak macam sibuk dengan bagai-bagai projek (sebenarnya aku pun tak pasti dia nak terima aku atau tidak).. Harap-harap berjaya la temuduga tu..Aku ingin kembali mengaji semulaaa..
2
Lepas ni aku pasti akan merinduimu duhai Sang Kinabalu.. Aku rindu akan keindahanmu..kesejukkanmu.. kenyamananmu..
4
Maryam ??? Maryam maintain jer..sejak dah laju berjalan ni..mcam-macam aksi lasak yang  cuba ditonjolkan.. Huhhhh..bulan ni sungguh membuatkan hati ku berdebar-debar..dubdabdubdab...

Thursday, March 11, 2010

.:Kawat Kaki:.

kawat kaki

Kirek, kanan, kireeeeeek.... Semalam sempat jugak aku pi main tembak-tembak di padang kawat tempat parking kereta sebenarnya.


kawat kaki1
Kali ni bersenjatakan lensa 10-20mm dan 400mm yang dipinjam.
sauna
Di bawah terik sang mentari...lencun habis.
markah1
Pelbagai aksi dapat di candid menggunakan lensa panjang gedabak ni..
markah
Hai..Bro Zam, khusyuk mencatat markah ?
cangkung
Ermmm..semuapun tak perasan aksi mereka sedang dirakam...
handsome
Yang ni Big Boss.. Team Bro Razak menang tempat pertama pertandingan ni.
masa depan
Aku bertemankan seorang jurufoto muda (Aye Art) smart dan bergaya yang baru melapor diri di Politeknik Kota Kinabalu ni.. Orang Termerluh, Pahang. Ada jugak la tempat aku bertanya lepas ni.. Gambar-gambar ni sebenarnya mostly di cilok dari SD card si Aye..
sembang
Lepas aku candid kau..Kau candid aku balik...
ibu
Tiba-tiba...aku terpaku ke satu sudut. Seorang Makcik yang sedang berpanas..membersihkan longkang tengah hari boley. Ohhhhh..tak semena-mena terasa sayu..
promise
"I promis to my Mum.. I'll do my BEST".. my new tag line

Wednesday, February 03, 2010

.:P.P.P.T DH44:.

folio

Hari ni aku bertungkus-lumus dengan Bro Azam menyiapkan Folio kenaikan pangkat.. Orang lain yang otai-otai dah lama siap. Terima kasih kepada kawan-kawan yang bertungkus-lumus memujuk rayu aku supaya menghantar permohonan, walhal tarikh tutupnya esok. Kenapa baru nak buat ? Entah laaa.. Kalau nak ikutkan ramai lagi senior-senior lain yang lebih layak dan sepatutnya dah lama depa tu naik 44. Aku ni segan nak mohon sebab sumbangan tak berapa nak cemerlang. Setakat ada saja la..

menung2

Cemerlangkah aku ?

menung

Di ulangi sekali lagi..Adakah aku insan yang Ceeeeeerrrrmerlang ?

Tuesday, November 10, 2009

.:Seminar Penyelidikan & Inovasi:.



Dah lama rasanya tak menyertai sebarang pertandingan atau peraduan.. Mungkin sebab takder masa atau tak yakin bleh menang. Last week..Ambo & 'Mech Key" team terpaksa menyertai pertandingan inovasi di Seminar Penyelidikan & Inovasi peringkat negeri Sabah. Planning awalnya peringkat Borneo, tapi Sarawak plak tak menghantar wakil lansung ke seminar tu.. Kenapa terpaksa ?? Sebetulnya team "Mech Key" ni dah tewas dalam aksi sebelumnya di peringkat politeknik. Memang pasrah sebab time tu projek tak sempat siap. Tiba-tiba plak kami diberi 'wild card' untuk lawan sekali lagi untuk perinkat negeri. Ermmm..alang-alang dah diberi peluang, kasi berabisss la bahhh. Pagi esok nak present, malam tu jugak nak siapkan projek, nak buat finishing, nak buat drawing, slaid show blablabla.. Kelam kabut habis..mengalahkan student last semester yang nak present projek akhir. Jam 3 pagi baru bley lena.



Depa ni lah..Mat Noq, Jimi & Aliudin (tiada dlam gambar)  yang dok bertungkus lumus siang malam..memikir sapai nak pecah kepala untuk siapkan projek ni. Ambo ni ibarat passenger jer dalam team ni.. Bab-bab teknikal ni Ambo kureng sket. Kalooo nak suruh cari literature review, theoritical framework  & buat writting report kaaaa..Baru Ambo OK.. :-)

Masa MC umumkan pemenang tempat ketiga..Si Jimi dah cakap awal-awal.."Team kita dapat nombor 4 dah...". Bila pemenang tempat kedua yang diumumkan adalah wife Ambo sendiri..dalam hati dah mula terdetik, "Saper lagi yang bleh dapat Johan kalooo bukan team Ambo ?". Hehehehe..Macam tak percaya bila diumumkan pemenang tempat pertama..Natijahnya bulan depan projek Ambo & Ambo's Wife kena present paper peringkat Kebangsaan di melaka plak.. InsyaAllah :-)


Friday, October 16, 2009

.:Audit Dalaman:.


Audit datang lagi...Ambo macam biasalaaa, menunggu dengan penuh debaran..kuikuikui

Thursday, May 21, 2009

.:Final Exam:.

La ni suma pakat dok sibuk tanda exam paper..Hari ni tepat jam 8.15 pagi, budak2 ambo ambik paper Kaji Daya Mesin 1. Semester lepas 9 orang gagal paper tu (kelas ambo sahaja). Subjek KDM ni antara subjek yang paling susah dan sering di labelkan sebagai subjek killer. Tapi setakat ni ambo rasa, ambo la lecturer yang paling tak killer, sebab kebanyakkan student yang mengulang subjek ni akan mencari ambo jugak untuk ambik balik subjek nih.

Subjek ni taklah susah sangat, sebab ada jugak student yang score 100% masa final exam(mostly perempuan). Yang hantar kertas kosong pun ada. Warghhhhh!!!!
Haaaaa..ni la dia student ambo, tengah khusuk menjawab. Hehehehe..15 minit pertama mesti la khusuk. Ambo berharap bebenor depa ni semua lulus at least "C". Tak mau dah tengok muka2 depa ni semester depan. Ambo nak tengok wajah2 ceria depa hari konvokesyen. Jangan kerana kandas subjek nih, terpaksa kena "X10" satu semester..

Friday, April 24, 2009

.: Rombongan dari Tawau:.

Semalam Ambo terpaksa batalkan kelas sebab ada rombongan pelajar jurusan automotif dari Kolej Komuniti Tawau mai melawat jabatan Ambo. Seperti biasa, setiap kali ada tetamu mai nak melawat bengkel mekanikal, Ambo la yang kena intertain..Dah memang tugas penyelaras hal ehwal pelajar jabatan, nak buat lagu mano..

Ermmm..dah memang namanya student automotif, memang suka bebenor la pulas² stereng ni. Di PKK ni walaupun takder kursus automotif, setiap semester mesti ada budak buat projek auto.. Bagus,bagus,bagus.... lecturer diorang jugak yang dapat meng"Impak Maksima"kan design² mereka nih hehehe..
Skang ni kita berada di bengkel logi..Agak banyak jugak gajah² putih kat sini.. Banyak instrument yang harganya ribu riban tapi lansung xleh & tak penah digunakan.. Ambo sendiri tak pernah tengok pun model enjin yang dalam gambar tu beroperasi..huhuhu

Petangnya ada football friendly antara team PKK vs KK Tawau.. Wafiy sekar pemain di bangku simpanan jer petang tu.. Tiba² muncul satu objek yang agak familiar, dan Wafiy berjaya mengesannya..

Wafiy: "Babah..Babah..Kapal tebang..Kapal tebang..Mama turun..Mama turun.."

Hai..dah nak maghrib nih..udah² la mainnya..Senja² begini taraaaa baik oooooo main bola..

Yaaaaa..Wafiy ada aktivi baru setiap malam skang nih..Lepak di library. Bertambah cantik library PKK skang ni sejak di terajui oleh En. Ali yang cukup kreatif. Berada di library seolah² berada di hotel 5 bintang..Ok sekian dahulu laporan hari ni..SiddiQ Walia melaporkan dari PKK..

Thursday, April 23, 2009

.:Gas Welding:.

Minggu ni kebanyakkan aktiviti lebih tertumpu kepada amali kimpalan gas. Dah nak habis semster baru bekalan gas oksigen & asetilena sampai..Biasanya tiap² minggu rilek² jer sebab bengkel kimpalan gas selalu batal & student pun bukan main seronok lagi sebab dapat balik awal.. Sekarang ni..nahhhhhh! 40 orang sekali masuk bengkel, tak terkawal jadinya..



Dua tiga hari ni..memang sesak napas la di buatnya...Student semester akhir plak sibuk dok kejar masa nak siapkan projek akhir. Next week dah nak kena bentang projek. Macam biasa la kejer last minit..Student yang berlima ni plak..kononnya nak bergambar kenangan laaa sebab semester depan dah nak gradute.Ermmm macam confident jer bleh lepas projek akhir tu..Anyway ambo pun doakan demo ni semua lulus semua paper semester ni. Dok lama² kat sini pun buat aper, baik cepat² pi sambung degree kaaaa... kerje kaaa cari pengalaman dulu.. :-)

Thursday, January 15, 2009

.:Pendaftaran Pelajar Baru:.

Minggu ni aktiviti di penuhi dengan program pendaftaran pelajar baru & lama.. Time ni la PKK akan dibanjiri dengan lautan manusia & kenderaan. Biasala, anak yang mendaftar cuma seorang tapi ahli keluarga yang mengiringi tu ada yang sampai 2,3 buah kereta bah.. Hohoho, ambo sendiri pun apa kurangnya, time mendaftar tingkatan 1 di SMACH dulu, siap sewa van lagi tu family ambo nak datang menghantar..huhuhu sayang betul depa kat ambo.

Ambo pun satu hari nanti kalooo anak² ambo dah besar, mesti tak kan melepaskan peluang nak menghantar mereka melapor diri ke IPT. Masa ni lah mak bapak akan memberi amanat berharga kepada anak² mereka. Amanat ni mungkin akan diingati sepanjang tempoh pengajian. Kalau tak ingat pun, mungkin student tu akan ingat balik bila dia di gagalkan atau menggagalkan diri. Huhuhu..Time tu baru la wajah² yang tersayang akan terbayang² di depan mata. tak tau macam mana nak bagitau family perkara yang sebenarnya.. Huh..hancur luluh hati ibu. Ambo doakan agar semua student ambo, baik baru atau lama dapatlaaa melaksanakan segala amanat ibu bapa mereka dengan jayanya..

Kat bawah tu, budak² JPP tengah sibuk mengagihkan barang² koperasi. Ambo rasa sem satu jer bertahan barang² tu.. Dah senior nanti tak kan nak pakai baju berlogo politeknik lagi.. "Sibik begha" istilah yang ambo guna time sekolah dulu..maksudnya lebih kurang macam Mat Skema la.

Siap semua proses pendaftaran, pelajar di bawa ke kamsis dengan menaiki bas untuk mendaftar bilik plak..Mak aiii sorang² punya beg, punya la besar² + berat².. Yang bawak barang banyak² ni biasanya student yang 1st time berpisah ngan mak bapak, tak pernah tinggal hostel..

Perasmian Minggu Haluan Siswa berlansung sehari selepas tu..Ermmm macam banyak jugak kerusi kosong . Mungkin masih ramai yang belum dapat datang melapor diri kerana kandas dalam banjir. Setakat ni dah 8++ orang yang melapor diri.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Perlancongan Sabah, Datuk Masidi Manjun. Datuk Masidi ni layak jadi Motivator @ Kaunselor..dengan ambo² sekali termotivasi pagi tu.. Very convincing la ucapan beliau.

Lepas selesai majlis..Reporter macam biasala, berpusu² datang bertanyakan gossip² panas.. :-)

About Norashady bin Mohd Noor

Norashady bin Mohd Noor was born on March 16th 1980 in Kampung Keladang, Salor in Kelantan and is happily married to Nor Farah Wahida binti Mohd Noor. They are both a dotting parent to Wisam Wafiy, Maryam Raeesa and Ameena Sabrina.

Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf