Showing posts with label My student. Show all posts
Showing posts with label My student. Show all posts

Thursday, April 15, 2010

.:Istimewa:.

istimewa1
Takder apa yang istimewa untuk dinukilkan pada hari ini sebab isteriku sekarang berada jauh nun di seberang laut melainkan insan istimewa ini.

istimewa
Dia..tak ingat nama penuh, kawan-kawan panggil Emi jer, adalah bekas pelajar aku. Walaupun tak pernah mengajar dia..mana mungkin aku mengajar budak perakaunan aku tetap mengaku wahasanya dia adalah bekas anok murid ku.. Kerana dia sangat istimewa di sini. Tak pernah kulihat di mana-mana jubah konvokesyen yang di tempah khas dengan saiz yang sangat cute, melainkan jubah dia. Kalau dia boleh berjaya..kenapa pelajar lain tak boleh ? Kenapa yang lain sampai X10 2,3 semester ?
istimewa3
Sedangkan dia bleh grad on time..

Wednesday, April 14, 2010

.:Selamat Bergraduansi:.

IMG_8102
Aku tidak mengharapkan apa-apa.. Cukup dengan ucapan itu, sudah cukup membuatkan aku rasa sangat terharu. Tahniah semuanya !!!

IMG_8092
Hari ni... Umpama Hari Raya buat kalian..

IMG_8157
Panas ker ?? Sabar ler..
IMG_8146
Tuan Yang Terutama Negeri Sabah..
IMG_8253
Rayakan..Raikanlah sepuas-puasnya...
xten
Alhamdulillah..bergraduansi juga akhirnya anak-anak buahku ini.. Setelahmenempuh pelbagai liku onak dan duri kehidupan.

konvo

Gambor ni Bro Ayer (Jurufoto PKK) yang amik.. Teringin ala-ala mengidam gitu bebenor aku nak melompat meloncat macam budak-budak tu..Agak-agaknya graduan PhD pun melompat macam tu jugak ker ? Aku cuma ada peluang sekali lagi untuk konvo..InsyaAllah akan diusahakan..Borang dah submit..kaloo ada rezeki akan di panggil interview..ada rezeki lagi..dapat la biasiswa untuk sambung belajar..Ada rezeki lagi..dapat la aku meloncat tingi-tinggi macam budak-budak silap-silap bapak & mak budak dah ni

Thursday, March 11, 2010

.:Karya Entah Haper-haper:.

IMG_2985-2

Dah lama tak edit gambar version tahaper-haper macam ni..

IMG_2997

Aku suka gambar HDR, tapi sampai skang tak jumpa sifoo yang bleh ajar cara nak create gambar HDR yang power macam KukuBesi sebenarnya ada ramai lagi yang beleh buat lebih cantik dari dia

IMG_2994

Setakat ni..ini jer la yang termampu oleh ku..

Tuesday, March 09, 2010

.:Aku Keciwa:.


mpp kecik
Semester ni aku tak pasti sama ada masih kekal rasa macam tak atau tidak sebagai Penasihat JPP untuk biro penerbitan. Rasa macam nak kena pecat jaaa.. kuikuikui. Sapa yang salah kalooo buletin pelajar di serahkan bulat-bulat kepada pensyarah untuk di siapkan.

UMUM2

Patutnya sebagai penasihat..Aku just advice dan pantau budak-budak JPP jaaaa..Tapi kalau dah kejer diorang aku plak yang kena buat 100%, pening lalat la aku.. Kalau aku di pecat.. Gambar ni adalah job terakhir aku bersama JPP..huhuhuhu

Tuesday, September 29, 2009

.:Bunga Api:.

Pagi tadi Ambo masuk bengkel kimpalan..ngajor budak-budak semester 3 kimpalan MIG

Best jugak tengok demo nih main bunga api..Kamera lamo ambo dulu takleh snap gambor macam nih..

Effect nih terhasil bila shutter diperlahankan..

Tuesday, December 23, 2008

.:Anak² Buah DKM 6B:.

Waktu mula² mengajar di sini, ambo diamanahkan untuk menjaga budak² hingusan ni (3 tahun lepas). Segala ehwal budak² ni kena amik tahu..Senang cerita ambo ni penasihat akademik demo² ni lah..Time mula² terima dulu..ada la dekat² 30 orang.
Skang ni yang masih survive, hak dok ada dalam gambar tu laaa..Yang lain suma dah syahid di pertengahan jalan...Innalillahhhh..Kadang² ambo raso bersalah jugak sebab tahu² jaaa student ambo dah GB(gagal berhenti)..Tahu² jaaa budak tu berhenti sebab masalah masalah kewangan, keluarga,disiplin..blablabla.. Dulu ambo cukup hangin kalooo budak² ni tak score, datang jumpa sekali-sekala sebab nak mintak tanda tangan surat MC, yang mengulang subjek memang kena marah kow²!!
Tahun ni adalah tahun terakhir demo nih bersama aku..lepas ni tak jumpa dah muka² kesian+ seposen budak² ni. Ambo harap diorang semua berjaya la di luar sana..lebih berjaya dari lecturer² yang mengajar depa. Errrr..rasanya ini entry ambo yang terakhir tahun ni sebab dah penat bebenor kejer tahun ni..Nak rest seminggu..Nak gi makan angin ke Brunei. Tahun depan la sambung cerita lagi.. Kepada pembaca² blog ambo..Mintak ampun mintak maaf banyak² sekiranya sepanjang tahun ni ambo ada menyinggong perasaan anda semua. Ambo hanya penulis amatur yang tidak bertauliah..

Selamat tinggal 2008...

.:Malam Pra Graduan:.

Dah lama nak post entry pasal Malam pra graduan ni..Tapi asyik tak menyempat jer.. Setiap semester, saat ni merupakan saat yang paling manis+sedih buat ambo.
Manis sebab majlis ni menandakan budok² ni dah nak grad.. Sedih sebab akan berpisah dengan demo² nih.

Wednesday, November 08, 2006

.:Sepakat yang tidak berkat:.


foto ehsan Mazudi
(Jam 8.45 am) Troooot2x....Trooot2x.... Awal² pagi lagi handphone dah mengganggu. Nombor tak cam sapa punya. Sah!! Student la ni.

Student: "Encek, kelas AutoCAD hari ni ada ka ??? Saya dengar cam tiada jaa..Betul ka Chek?"
Aku: "Masa bila plak saya cancel kelas ni ??? Dah..Dah.. pagi ni saya nak buat ujian.."
Student: "Hah!!!! Chek nda bagi tau awal² pun, kami nda prepare ba hari ni.."
(Hehehe..Aku sajer gertak)

(Jam 9.00 am) Troooot2x... Trooot2x... Hampeh, kompom student lagi ni.

Student: "Assalamualaikum Chek, betul ka hari ni batal kelas ??"
Aku: (Memang aku dah agak dah) "Hish!!! Gossip mana plak yang awak dengar ni ?"
Student: "Kawan² saya bilang chek mo batal kelas"
Aku: "Awak ni kalau malas mo datang kelas, jangan la guna taktik sama tiap² minggu.. Saya tau la korang sumer dah berpakat satu kelas kan ? Ada assigment tak siap ka ? Ker ada ujian aper² hari ni ? Pesan kat kawan² awak, pastu kawan² awak punya kawan..Tak payah la susah² nak call saya lagi yer, SMS pun saya malas nak layan OK.."

Ermm..gitu la bertuahnya student aku ni..Tiap² kali ada kelas, mesti ada trick masing nak tuang kelas..Yang senior yang junior..sama jaaa. Ermm,dari mana la diorang dapat nombor phone aku..Dah kul 10.00 am dah, permisi dulu ya..

Trooot2x..Trooot2x..Arghhhh ado lagi!!(Aku cansel betul²kan best jugak nih)

Tuesday, November 07, 2006

.:Subang:.


Semalam, salah seorang student lelaki aku di tegur kerana bersubang sewaktu datang ke bengkel kimpalan..

En.Saifudin: "Bukak subang awak tu..bagi pada saya."
Student: "Jangan begitu Cek..Saya sudah buat surat ba yang membenarkan saya pakai subang."

Aku: (Aik, ada ka macam tu ? Siap tulis² surat lagi..kat sapa dia pass surat tu ?? Sah kelentong!)

En.Saifuddin: "Saya tak kira, awak kena bagi saya jugak subang awak tu"
Student: (Huhuhu..terpaksa jugak la student tu serahkan subang tadi)

Aku: (Dengan penuh gaya simpati+poyo, aku mendekati student tu) " Tu la awak..dah elok² jadi lelaki,nak jugak menyerupai perempuan.."
Student: "Mana ada Cek..kalau pakai dua² belah baru menyerupai perempuan"
Aku: Habis tu, awak ni gay ker ?? Pakai subang sebelah ??
Student: "Mana ada Cek..kalau pakai sebelah kanan memanglah gay, saya pakai belah kiri Cek"
Aku: "Awak ni banyak songel betul la..Dah ada dalam peraturan,jangan la pakai time ada kelas"
Student: "Dari kecil keluarga saya pakaikan subang Cek, nanti tertutup pulak lubangnya kalau nda pakai lama Cek.."

Ermm..kalau dah masuk bab budaya dan adat resam ni, aku dah malas masuk campur. Terpaksa hormati jugak la. Memang ramai student aku yang bertindik telinga. Tapi hanya segelintir jer yang terikat ngan adat diorang, yang lain tu tumpang sekaki la gamaknyaaaa..

Monday, November 06, 2006

.:Rumahku kena serang:.

Jam 2.30 pm:Kring2x...Kring2x...Kring2x..Telefon ku berdering (Hehehe..wak lolok, hanphone aku tak pakai ringtone tu pun)

Student: "Hallooo Incik..Incik ada di rumah ka hari ni ??"
Aku: "Ada, saya dha kemana-mana hari ni"
Student: "Kami mau serang rumah incik ba hari ni"
Aku: "Errr..nak datang umah ?? Saya buat open house Sabtu depan ba, kaloo datang hari ni, saya hidang air jer la.."
Student: "Nda apa la Incik..air pun air la..Kami 12 orang suma"
Aku: "Errrrrr..macam mana kalooo kamu datang minggu depan?"
Student: "Ok la Incik,minggu depan kami datang.."

Isteri: "Bang sapa telepon tu ?"
Aku: "Student abang..dia nak datang beraya rumah kita"

Dengan tak semena-mena, isteri aku bingkas bangun dari tidur..terus ke dapur, amik bihun, rendam... Aku terkesima seketika..

Isteri: "Ok bang, skang abang pegi beli air batu, sayur tauge, pisang..errr..tu je lah."
Aku: "Errrrrr..sebenarnya abang dah cansel dah dengan student tu..
Isteri: "Ler...kenapa tak bagitau awal-awal..sayang dah rendam dah bihun tu.." (Isteri aku bengang..kuikui)
Aku: "Ok la, abang SMS balikla student tu..suruh dia datang lepas Asar nanti"

Jam 5.00 p.m

Aku: "Sayang..ramainya student datang,cukup ker tak hidangan kita ni ??" ( Mintak-mintak cukup la..Bihun sebungkus, pengat pisang seperiuk)

Jam 6.00 p.m

Student: "Incik, kami pulang dulu yaaaa..Hari Sabtu depan kami datang lagi yaaa.. (",)

Alhamdulillah..berjaya jugak 'Open House' last minit aku ni..Terima kasih buat isteriku yang bertungkus-lumus..Next week,cadangnya nak buat official.. Mau 40-50 orang datang.. Kena amik asisstant nih..

Moral: Kita hanya melaksanakan..Allah yang menyempurnakan. Seorang tetamu yang bertandang ke rumah atas maksud agama akan bawa 1000 rahmat ke rumah. Kalau 12 orang datang ? Apa itu rahmat ? Kenapa rahmat tu penting ? Lain hari kita discus wokeh...

About Norashady bin Mohd Noor

Norashady bin Mohd Noor was born on March 16th 1980 in Kampung Keladang, Salor in Kelantan and is happily married to Nor Farah Wahida binti Mohd Noor. They are both a dotting parent to Wisam Wafiy, Maryam Raeesa and Ameena Sabrina.

Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf