Monday, February 08, 2010
Friday, February 05, 2010
Wednesday, February 03, 2010
.:P.P.P.T DH44:.

Hari ni aku bertungkus-lumus dengan Bro Azam menyiapkan Folio kenaikan pangkat.. Orang lain yang otai-otai dah lama siap. Terima kasih kepada kawan-kawan yang bertungkus-lumus memujuk rayu aku supaya menghantar permohonan, walhal tarikh tutupnya esok. Kenapa baru nak buat ? Entah laaa.. Kalau nak ikutkan ramai lagi senior-senior lain yang lebih layak dan sepatutnya dah lama depa tu naik 44. Aku ni segan nak mohon sebab sumbangan tak berapa nak cemerlang. Setakat ada saja la..

Cemerlangkah aku ?

Di ulangi sekali lagi..Adakah aku insan yang Ceeeeeerrrrmerlang ?
Posted by Ambo at 2:03 PM 2 comments
Tuesday, February 02, 2010
Monday, January 25, 2010
Friday, January 22, 2010
.:Azhar Rostani:.
Hari ni Add sponsor jamuan makan tengah hari untuk seluruh warga JKM. Hari ni jugak lori kontena akan datang untuk kemas semua barang-barang di rumah Add. Rumah Ku Adnan & Hafsham semua dah licin kena sapu kontena. Aku takder aper nak bagi Add. Hanya sekeping potret yang mampu dihulurkan buat kenang-kenangan.
Sedih bila tengok kawan-kawan nak pindah.. Tak dapat nak di bayangkan kesedihan kalau aku sendiri yang kena pindah kerana segala pahit maung sepanjang menempuhi kehidupan di sini, segalanya adalah memori terindah dalam hidup aku.. Aku bahagia di sini...
Posted by Ambo at 9:42 AM 0 comments
Thursday, January 21, 2010
.:Azam Semester Baru:.
Alhamdulillah..tahun ni rasa macam tak kelam kabut sangat berbanding tahun sebelumnya. Mengajar pun rasa lebih bersemangat dan bermotivasi padahal baru minggu pertama kuliah. Rasa lain macam skettt la tahun ni. Tahun ni aku berazam sebab tahun lepas tak sempat bagi & buat azam untuk buat kejer dengan lebih teliti dan sunguh-sungguh.

Nda mau suda buat kerja cincai-cincai bah... Kejer aper ??? Aper kejer yang aku dok buat selama ni ? Aku banyak buat kejer yang aku rasa itu kejer aku..Aper dia ? Mengajar..buat FRP.. Hari-hari buat rutin yang sama.. Aku suka fotografi..snap sana, snap sini..semua objek aku snap... Tapi sampai sekarang tak pernah rasa satu kepuasan yang maksimum daripada apa yang aku lakukan sebelum ni. Kepuasan yang biasa-biasa sajer.. Mungkin kah kerja yang aku buat ni kejer yang biasa-biasa sajer atau sajer-sajer buat kejer ? Hohohoho..Bincangkan..
Berapa banyak bincang daaa..Bincang @ muzakarah banyak manapun tak guna selagi tak buat.. Buatlah apa yang sepatutnya kena buat. Jangan buat perkara yang Allah larang. Semoga Allah kekalkan hidayat dalam diri aku, isteri, anak-anak, sanak saudara, kawan-kawan serta seluruh ummat di dunia. Semoga Allah am kan hidayat ke seluruh alam. Amin (
Posted by Ambo at 4:40 PM 0 comments
Labels: Renungan
Wednesday, January 20, 2010
.:Pak Pandir:.
Jangan pergi ke sebarang klinik especially klinik gigi jika anda tidak buat temujanji terlebih dahulu. Dia tidak akan mengkhabarkan kepada anda bahawasanya temujanji pada hari itu ini telah penuh kerana dia tetap akan mengalu-alukan kedatangan anda. Namun demikian anda akan rasa geram diPak Pandirkan bila seorang demi seorang pesakit yang datang memotong giliran anda kerana dia telah membuat temujanji terlebih dahulu. Anda akan terus menerus menunggu sehingga semua penemujanji selesai menjalani rawatan. Kesabaran sangat diperlukan pada saat ini. Selama ini aku ingat klinik gigi la klinik yang paling lengang di dunia. Tapi bila nak buat temujanji...next week baru ada kosong... biar betik?. Macam tak logik. Adalah rata-rata rakyat Malaysia di Sabah mengalami masalah gigi yang serius ? Atau kesedaran rakyat Malaysia mengenai kesihatan gigi semakin meningkat ? Atau Malaysia kekurangan doktor gigi ? BINCANGKAN...
Posted by Ambo at 8:06 AM 2 comments
Labels: Pelik tapi benar
Tuesday, January 19, 2010
.:Memori Terindah:.
Tajuk entry kali ni bukan untuk aku..namun tempiasnya memang terkena jugak la.. Semester ni aku akan kehilangan beberapa orang teman rapat kerana mereka telah berjaya pindah memindahkan diri. Nak buat lagu mana, dah menjadi adat..setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Hafsham..bapa yang penyanyag..Layak di anugerahkan "Bapa Mithali" PKK... pun akan berpindah. PUO menjadi destinasinya.. Selamat tinggal la semua..huhuhuhu. Semoga persahabatan kita akan kekal walaupun masing-masing dah menbawa haluan berbeza..
Posted by Ambo at 10:46 AM 0 comments
Labels: My friend
Friday, January 15, 2010
.:Maryam Progress:.

Yam skang dah masuk 7 bulan..Dah bleh merangkak sket-sket..kalau mengengsot memang tak sempat nak kejar. Dah pandai memanjat. Panjat kerusi, panjat pagar katil..lepas berjaya panjat, dengan confidentnya dia lepaskan tangannya..huhuhu
Posted by Ambo at 9:26 AM 0 comments
Labels: Maryam
Monday, January 11, 2010
.:Stress theraphist:.
Posted by Ambo at 7:54 AM 0 comments
Friday, January 08, 2010
.:Ole-ole dari Semporna:.
Posted by Ambo at 10:00 AM 0 comments
Labels: My friend, My vacation
Monday, January 04, 2010
.:Malam yang celik:.
Posted by Ambo at 4:20 PM 1 comments
Labels: Night shoot, Photography
.:Putera & Puteri:.
Posted by Ambo at 12:33 PM 0 comments
Labels: Maryam
Thursday, December 24, 2009
.:Good Bye PKK:.
Posted by Ambo at 9:34 AM 0 comments












































