Thursday, February 14, 2008

.:Aquaria:.

Ermmm..Ini bukan Aquaria KLCC baaa.. Tapi 'kurang lebih' (ayat Sabahan) macam yang di KLCC tu la. Tempat ni sebenarnya "Aquarium & Museum" Universiti Malaysia Sabah. Yang paling penting tiket masuknya tak lah semahal Aquaria, RM5 sorang jer.

Walaupun bangunannya tak lah sebesar mana, tapi macam-macam spesis ikan ada kat sini.. Yang ni ikan kerapu yang paling besar penah aku jumpa setakat ni secara live. Wafiy relek jer tengok makhluk marin gergasi tu..Macam tengok kucing jer..

Sebenarnya tak ramai orang yang tahu di UMS ni ada Muzium marin. Kurang promosi agaknya. Dengar² citer plak pertengahan tahun ni Sabah akan ada sebuah "Aquarium and Ocean Science Discovery Centre" yang mungkin bleh menandingi Petrosains di KLCC. Wah makin meriahlah Kota Kinabalu lepas ni..
Kat sini gak ada tersimpan fosil ikan paus yang berusia lebih satu abad.. Kaloo korang berminat dengan spesis² batu karang di sekitar pulau-pulau di Sabah ni, janganlah lepaskan peluang untuk menyaksikannya di sini.

.:Jalan² Cari Makan:.

Hai, sekarang anda sedang berada di Tun Mustapha Tower atau lebih di kenali dengan Bangunan Yayasan Sabah. Bangunan ni gak pelik sikit sebab pembinaannya bermula dari puncak ke bawah. Entah betul entah tidak fakta yang aku dapat ni..Salah satu keistimewaan bangunan ni adalah "Restoran Atmosphere" yang terletak ni tingkat 18. Restoran ni pandai berputar bahhh..Ala² Restoran Berputar KL Tower tu. Tak tau la yang mana satu wujud dulu or sapa tiru sapa...Setahu aku bangunan Yayasan Sabah yang menjadi salah satu mercu tanda Sabah ni di bina terlebih dahulu daripada KL Tower tu.

Bangunan Yayasan Sabah ni dikelilingi kolam. Dari jauh nampak macam terapung gitu. Ini kali kedua aku datang sini. Sampai² jer sini, tiba-tiba plak rasa lapar..

Hahaha..Wafiy main Ciku....Cak!!! Arrr!!! La ni dah berusia 6 bulan. Tengah belajar duduk la tu..

Mama ngan Wafiy dah ready tunggu makanan sampai..Restoren ni mengambil masa selama 1 jam 20 minit untuk membuat satu pusingan lengkap. Sapa-sapa yang nak try makan kat sini, bleh datang anytime..di buka setiap hari dari jam 9 pagi sampai tengah malam.

Ok..makanan dah sampai. Apa lagi Wafiy, terkam laaaa.. :-p

About Norashady bin Mohd Noor

Norashady bin Mohd Noor was born on March 16th 1980 in Kampung Keladang, Salor in Kelantan and is happily married to Nor Farah Wahida binti Mohd Noor. They are both a dotting parent to Wisam Wafiy, Maryam Raeesa and Ameena Sabrina.

Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf