Friday, October 24, 2008

.:Konvo PKK:.

Hohoho..hari ni rata2 warga pendidik di PKK bergumbira sempena meraikan anak2 didik yang telah tamat pengajiannya. Inilah kepuasaan seorang pendidik bila dapat melihat bekas anak didiknya berjaya. Tahun ni merasa la student-student ni berkonvo di kampus sendiri setelah Dewan Reflesia dilengkapi dengan sistem penghawa dingin

Seronok woooo konvo..Student & lecturer melaram habis hari tu.. Lama tak jumpa macam2 perubahan & renovation dah berlaku ke atas student2 aku ni..

.:Curi dengar & pandang:.

Student: Alahhh mak ni, susah2 jer...mahal bunga tu mak
Mak: Sekali sekala bang, apa salahnya...
Student: Iskh, tak cantik la warnanya mak..kenapa tak amik rose merah ?
Mak: Oooo..tadi memang mak nak beli yang warna merah, tapi takut abang tak suka..
Student: Mak pegi la tukar balik...
.............................................
Tiba-tiba hati jadi sebak, nak menangis pun ada..Dah 2 kali aku konvo bertemankan ayah,nenek, mak sedara, pak sedara, isteri & adik beradik. Next time tambah lagi..bersama anak, InsyaAllah..

Kalau arwah mak aku masih ada..tentu dia pun akan belikan aku bunga..bertuah sapa yang masih ada mak.

Tuesday, October 21, 2008

.:Berjalan suda:.

Hehehe..mula-mula saya takut-takut mau jalan bah, berdiri saja tengok orang lain berlari ke sana ke mari, huhuhu..
Say cuba memberanikan diri, bukan setakat berjalan..saya dah mampu turun naik tangga

Lepas tu try bawak motor plak..Syok jugak naik motor Jaguh ni, mula-mula kena betulkan cermin sisi dulu.
Bawak go-kart lagi mencabar...Tengok, siap bley terbang-terbang lagi...
Walau apa pun...cita-cita saya sebenarnya nak jadi pemandu Formula One...

Friday, October 17, 2008

Cetusan Buat Suami & Bakal Suami..

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, menjadi solehah …….
Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu, Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun, Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…
Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,Yang berusaha menjadi soleh…..

~Author Unknown~

About Norashady bin Mohd Noor

Norashady bin Mohd Noor was born on March 16th 1980 in Kampung Keladang, Salor in Kelantan and is happily married to Nor Farah Wahida binti Mohd Noor. They are both a dotting parent to Wisam Wafiy, Maryam Raeesa and Ameena Sabrina.

Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf