Tuesday, November 25, 2008

.:Kenangan dolu²:.

Baru-baru ni ambo sempat menonton rancangan Deco Bersama Eric..Dalam rancangan tu, dia ada tunjukkan gambarnya ketika masih berambut. Agak lucu jugak la.Tak tau plak apa alasan dia menukar imej jadi botak..Skang ni pun semua student kat politeknik ni memang familiar dengan imej ambo yang ala² Mawi. Segalanya bermula bila kat Sabah ni susah nak cari kedai gunting lelaki, kebanyakkannya unisex saloon..kalau ada pun depa tu gunting ala² artis Hong Kong laaa..ala² muda mudi laaa..tak sessssswai. So, bermula dari situ..wife ambo la yang menjadi penggunting rambutku yang setia, dulu..kini..dan selamanya..Tiba-tiba hari ni, terasa rindu plak pada rambut ambo yang lama... rambut ala² P.Ramlee..kuikuikui

Ni gambor yang paling latest..di snap secara paparazi..Wajah yang paling ikhlas, kaloooo tengok kat luarpun memang sama dengan dalam gambar tu..


Ini gambor dolu²..17 Jun 2005..hehehehe..gambor control² + touch up Adobe Photoshop.. Tapi, dolu² pun Pakcik memang hensem..(Muahahahahaha..Agagagagaga)

Monday, November 24, 2008

.:Canon PIXMA:.

Musim² orang nakdatang audit ni..macam² perkara tak diingini berlaku, toner fotostat habis, ink printer habis..Nak buat buat lagu mana, banyak sangat pembetulan..Semester ni kawe beli sendiri printer. Bukan nak promote, tapi puas hati la dengan printer ni, 3 in 1..Zaman kawe ngaji dulu, paling canggih pun ada printer+scanner, tu pun mahal harganya..nak beli printer pun kena consider harga ink gak..pilih yang bleh refill inknya baru jimt skett. Harga ink pun kadang² lebih mahal dari harga printer tu sendiri.. Terkejut jugak bila dah lama tinggalkan dunia IT, macam² design terbaru dah kuar. La ni 4 in 1 pun ada.. tambah function fotostat & fax..mungkin ada yang lebih canggih lagi, siap bleh wireless lagi kaaa.. Harga pun murah..mungkin sebab skang ni kawe dah kejer..kalooo dulu memang menumpang printer member & computer lab jer laaa..Ok geng, kawe nak siapkan FRP plak nih..tengah semangat bahhh

Friday, November 21, 2008

.:Audit Pematuhan Sirim:.

Hohohoho..Audit datang lagi, bermakna semua pensyarah akan bertungkus lumus mengemaskini fail rekod pensyarah (FRP) a.k.a fail rekod penipu..Macam² mana pun next week kena setlekan semua. Segala taktik penipuan terancang akan dirangka dengan terperinci supaya dapat mengaburi auditor SIRIM yang akan datang menyemak FRP. Hohoho siapalah yang bernasib baik kena audit nanti.. Dengar² citer big boss nya perempuan..Tiap² semester FRP aku memang problem dari segi kejujuran. Memang tak dinafikan ISO ni membuatkan kejer² kita lebih smart, tapi terlalu banyak sangat format yang nak kena ikut membuatkan sesetengah pensyarah yang berfikiran lateral macam aku ni (koya moleksss) susah nak follow.. Pendapat korang pulak ???

Tuesday, November 18, 2008

.:Kimpalan Arka:.

" Kamu diberi masa 2 jam untuk menyiapkan sebarang arca..Bebas nak design apa² pun. Terpulang kepada kamu, janji produk yang kamu hasilkan tu kalooo saya pi letak kat Pasar Filipin pelancong tak agak² la nak beli RM70-80.."

Tiap² kali buat projek kimpalan, objek Robot sering menjadi pilihan. Kenapa tak buat bunga kaa ?? Pokok kaaa ?? Burung kaaa..

Monday, November 17, 2008

.:Hasil Kreativiti:.

Last week merupakan pembentangan final project student akhir. Seperti biasa banyakla design² baru dan hasil² kajian terkini yang telah berjaya dihasilkan oleh student. Tak kurang juga banyak "sarap sarap"...Sampah sarap tu istilah yang biasa aku gunakan bagi design² yang tak sepatutnya wujud di muka bumi ni sebab dah ada design sedia ada yang lebih baik daripada tu.. paling teruk aku pernah guna istilah "najis"..Definately hampehhhh..

Idea tu kalooo tak totally baru pun tak apa..Asalkan ada pembaharuan..Ada penambahbaikan. Ada value dipasaran. Yang terbaik, idea tu mestilah asli. Tak mainla ciplak² ni.. Kalooo hasil penciplakkan kita tu dapat hasilkan produk yang jauh lebih murah dari produk yang terjual di pasaran..Ok juga bahhhh..Contohnya kereta Buggy nih..
Yang ni plak..ada sedikit inovasi berjaya diterapkan..tak payahla makcik² jual ikan kat pasar tu sibuk² nak order ice untuk mengekalkan kesegaran ikan sebab dah ada ice box yang siap bleh display ikan² tu lagi...
Sebenarnya..banyak lagi idea² lain yang masih belum diteroka..Selagi wujudnya masalah di muka bumi ni..selagi tulah pelbagai ciptaan terkini akan difikirkan. Sampai bila kita nak jadi pengguna sahaja.. Hanya mampu guna..mampu baiki..mampu baik pulih..mampu ciplak.. malangnya tak mampu create teknologi sendiri..huhuhuhu

Untuk student² semester akan datang..bersiap sedialah dengan idea² yang lebih BOMBASTIK!!! sebelum anda ditembak bertubi² oleh panel penilai..atau di "gantung" sampai mati..hohohoho.. Gantung ???? Extent la tu.. :-p

Thursday, November 13, 2008

.:Creative Thinking:.

Last week aku di hantar berkursus "Pemikiran Kreatif" di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam. Peserta 30 orang semuanya. Kursus ni memang dah di pohon sejak dari tahun lepas lagi. Biaso la..mengajor subjek rekabentuk ni kalau tak kreatif memang cukup membosankan.

Banyak jugak input yang disampaikan sepanjang 4 hari berkursus. Selama ni mana la aku kisah sangat pasal bab-bab pemikiran ni. Rupa-rupanya nak jadi kreatif ni kena tau teknik jugak walaupun ada diantara kita yang dilahirkan memang semulajadi kreatif. Kena bermula dari basic. Start from vertical thinking -paraller thinking - lateral thingking - projective thingking and so on. Apa pun yang aku paham..At the simplest level "creative" means bringing into being something that was not there before.
Pemikiran kreatif jugak membawa maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk meneroka pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak atau gagasan...Fuhhh apa benda yang aku dok ceramah nih..

Jutaan penghargaan kepada Sifoo Zukernain Wook di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar.. 1st time aku berkursus tanpa tertidur @ terlelap walau sesaat... Teruskan usaha, moga-moga satu hari nanti En. Zul tergolong dikalangan motivator hebat yang setanding Dr Hj Fadilah Kamsah.. :-)

.:Mylivina Club:.

Waaaa..Seghonok betoi geng Livina Semenanjung buat "TT" (Teh Tarik Session). Punya la ramai. Geng Sabah jugak la yang cool.. Hohoho, nak buat lagu mano, populasi pemilik Nissan, apatah lagi Livina di Sabah ni agak minoriti berbanding brand2 lain seperti Toyota, Isuzu, Proton, Perodua dll.

Dengan diorang2 ni la Eden ber'TT' sokmo..hehehe, tapi tu dulu..time tengah panas2, baru angkat dari dapur..memang sedap semuanya. Skang ni semua nampak dah sejuk.

Kalooo geng KL bleh anjur TT yang hebat2..Pakcik pun agak berbanggo gak dapat arrage mini TT kek umoh den.


Ermmmm..Bergambor beramai2 macam ni memang indah kalooo dikenang-kenang kembali :-)

Tuesday, November 11, 2008

.:Makan-makan:.

Aloo Boss !! Lama suda tunggu nihhh. Bila mau sampai order ???


Aku penah dengar orang cakap.. Salah satu cara nak mengelakkan kita rasa stress, tension, tertekan dan perkara2 yang sewaktu dengannya adalah melihat kembali gambar-gambar lama.. Kerana, orang hanya akan bergambar dalam keadaan riang gembira jer..Takder sapa pun yang nak posing time sedih. Mungkin mood kegembiraan @ aura happy dari gambar-gambar tu akan menyelubungi kita sehingga kita akan terlupa yang kita sebenarnya tengah stress...Skang ni tiba-tiba jer perut rasa lapar..kenapa yaaa ?

.:Alkisah Wafiy:.

Asal balik kejer jam 5, dia mesti ajak keluar pi playground..Dulu nak kena dukung, skang pandai jalan sendiri sudaaa..
Babah tak mampu lagi nak belikan kereta untuk Wafiy.. Harap2 semester ni ada la student yang buat projek best2..hohoho..


Yang ni kena tunggu 16 tahun dulu..Muka macam tak puas jaaaa tak dapat bawak motor..kuikuikui..

.:Orang Baru:.

Alhamdulillah..Wafiy bakal menerima adik baru. Semalam gi teropong baby.. Expected due 21 June 2009.

About Norashady bin Mohd Noor

Norashady bin Mohd Noor was born on March 16th 1980 in Kampung Keladang, Salor in Kelantan and is happily married to Nor Farah Wahida binti Mohd Noor. They are both a dotting parent to Wisam Wafiy, Maryam Raeesa and Ameena Sabrina.

Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf