Friday, July 31, 2009

.:Senapang Oh Senapang:.

Di kala ini Ambo begitu kepingin untuk memiliki selaras senapang patah untuk menembak sasaran dengan lebih tepat & jitu. Huhuhu..bila la senjata D90 bleh kuar ni..

Dari zaman sekolah lagi dok gila gantung senapang ni, time tu tak gheti apa2 pun pasal shutter, apparture, iso..main hantam sajer.. Hai bila laaaa ?? Bila larut malam...lalalalala

p/s: Ambo bukan pengganas..(senapang di atas lansung tak membahayakan nyawa anda..cuma membahayakan poket-poket kecik macam Ambo nih :-p)

Wednesday, July 15, 2009

.:"Aku Bukan Karkun":.

Aku bukanlah karkun...aku bukanlah karkuzari...mahupun bertaraf buzruq..mahupun amirsab..ataupun jemaah journawala...eheh..

Adakah dengan tekad untuk menyertai Ijtimak Umat Islam yang kebanyakkannya disertai orang tabligh ini aku akan di gelar "UMMAH CENTRIC"?...
Walau apapun cakap orang...biarlah aku merasai sebelum menghukum...Biarlah aku adil dalam meletakkan suatu batu asas terhadap sesuatu kumpulan atau jemaah...

Perjalanan kehidupan sepanjang dua hari cuti ini akan ku kongsi bersama...mungkin ada terselit disebaliknya keindahan yang sukar diterjemahkan melalui mata pena...namun sekurang-kurangnya ianya memberi kita ilmu baru...

Pada hari Jumaat 10 Jun 2009, Tak sempat nak lepas rehat pulang dari mengajar di SMK Teluk Kumbar II, aku terpaksa menemani ayahku ke Ijtimak Malaysia 2009 di Kuarters KLIA di Sepang. Perjalanan yang amat menarik. Bayangkan di setiap perhentian yang kami berhenti pasti terdapat ramai karkun-karkun yang turut sama bertujuan atas maksud yang sama iaitu ke Ijtimak Umat Islam Semalaysia. Setiap kali kami berhenti sembahyang, sudah pasti surau-surau di R&R penuh dengan para jemaah tabligh. Menyebabkan kami terpaksa beralih ke hentian seterusnya.

Setibanya disana, kami diarahkan untuk meletakkan kenderaan di kawasan letak kereta Litar F1. Anak-anak muda yang dipanggil 'khidmat' sebagai nama glamour bagi sukarela, tetap teguh menjaga parking kereta. Kami terpaksa mengambil bus shuttle untuk ke tapak istima'. Ini kerana mereka tak mau berlaku kesesakan di kawasan penduduk tempatan. Dalam bab ni, aku amat kagum dengan Amir-amir karkun nih. Mereka tidak mencari publisiti seperti mana hizbi-hizbi lain yang suka mencari 'crowd' dengan melakukan himpunan-himpunan kononnya bersifat kerakyatan hinggakan menggangu masyarakat awam. Mereka tidak memilih padang-padang di tengah kota untuk menunjukkan kekuatan. Sehinggakan berlakunya kesesakan lalulintas yang amat teruk. Lalu bila ditanya kepada mereka, mereka akan menjawab "Himpunan atau ini adalah untuk mengembalikan hak rakyat!!!"...

Setelah sampai di tapak ijtimak....

Fuhh...lautan manusia...Jalan yang penuh sesak di tempat tersebut bukanlah seperti yang dirancang. Walaupun parking kereta terletak lebih kurang 3km dari tapaki Ijtima' tapi kesesakan tetap berlaku. Ini bukan kerana mereka yang merangcang. Tapi inilah ketentuan Allah dalam mengumpulkan hati-hati manusia. Kesesakan adalah kerana jumlah yang hadir telah melebihi apa yang dijangka oleh pihak Markas.

Terdapat 14 khemah. Termasuklah 2 khemah gergasi yang panjangnya mencecah setengah kilometer. lebarnya separuh padang bola sepak. Ini tidak termasuk khemah khas VIP, khemah ta'am dan puluhan khemah pasar jualan.

Aku menyertai khemah yang dikhususkan kepada jemaah dari Markaz Masjid Benggali, Penanti dan Perlis. Alhamdulillah...dalam kesempitan itu, masih terdapat ruang untuk kami bertiga tidur sekali. Walaupun tempat tidur kami tidak cukup sekiranya kami melunjurkan kaki sepenuhnya. Ini kerana dihujung kaki kami terdapat kepala jemaah lain. Tidurlah kami bertiga beralaskan selimut nipis diatas tarpal yang menjadi alas kepada tanah keras...Mujahadah...mujahadah...

Perkara pertama yang di cari tentulah tandasnya....tuan-tuan yang dimuliakan...tahu tak berapa jauh perjalanan ke tandas???lebih kurang 300meter tuan-tuan...Dahla jauh, air yang disediakan tidak mencukupi. Setiap karkun mestilah menjimatkan air. Sehinggakan arahan dari pihak pengurusan mengatakan "Dilarang mandi kecuali mandi wajib!!"...Disebabkan itulah asqalani tak mandi 2 hari.Semua jemaah dikehendaki berwudhu dengan sebotol air mineral sahaja. Termasuk juga penggunaan tandas. Namun satu sikap yang harus dipuji, mereka tetap menghormati para ulama', imam-imam, ustaz-ustaz dan orang tua uzur. Sehinggakan terdapat tempat khusus mandi untuk mereka. Tempat berwudhu yang sesak, tandas yang dhaif, semua itu tidak mungkin dapat memberi keselesaan bagi sesiapa sahaja yang berada di bumi Malaysia. Namun, jikalau kalimah keramat yang selalu diulang-ulang tidak tertanam di dalam jiwa, nescaya tercemarlah lidah dengan hinaan demi hinaan...kalimah itu adalah..."MUJAHADAH"....

Keesokkan harinya, pada awal pagi sebelum subuh....aku mula bangun di celahan-celahan karkun yang sibuk bermunajat kepada ALLAH SWT. Terdapat khidmat untuk gerak jemaah supaya bangun solat subuh. Azan dilaungkan dan iqamah 30minit selepasnya...ini kerana memberi kesempatan bagi jemaah untuk menyempurnakan wudhu' dan memberi kesempatan kepada jemaah yang berada di jemaah belakang datang ke saf hadapan. Para jemaah duduk di dalam saf. Apabila iqamah dilaungkan, kerja-kerja merapatkan saf dilakukan. Yang menariknya, para ahli khidmat dari hadapan tidak putus-putus memanggil untuk merapatkan saf. "InsyaAllah tuan-tuan yang mulia...ada lagi saf kosong dihadapan.InsyaAllah.." seru para ahli khidmat...

Sesudah selesai solat, kami melakukan zikir selepas solat secara 'sirr'...kalaulah ada masyarakat yang tak paham mesti diorang akan cop geng tabligh nih 'wahabi'...Selepas sahaja solat, majlis bayan terus menerus diadakan. Yang menariknya, pada hari Sabtu, aku dijemput untuk mengikuti program khusus untuk para alim ulama', kiyai-kiyai, Tuan Guru-tuan guru dan ustaz-ustaz. Pada mulanya aku kekok untuk berada bersama ratusan alim ulama'. Namun diatas title ustaz, akupun duduk bersama dalam majlis mulia itu. Bayan disampaikan oleh Maulana Saad. Amir Jemaah Tabligh sedunia bagi Markaz Nizamuddin di India. Beliau yang pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia dengan penuh teratur lemah lembut nasihat dan pesanan yang disampaikan. Pernterjemah pula bukan calang-calang orang. Maulana Hamid yang merupakan Mudir Hafiz dan Alim Markaz Sri Petaling. Seorang yang amat tinggi hebahnya. Ini kerana asqalani pernah makan setalam bersamanya suatu ketika dahulu di Kolej Kediaman Ke-5 UM. Kesempatan makan setalam yang menyebabkan student-student lain amat mencemburui asqalani ketika itu. Namun bagi asqalani, ianya suatu yang merendahkan hati asqalani untuk duduk bersama orang sehebat beliau.

Banyak pengisian yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada para asatizah yang mendengar. Antaranya kata Maulana Saad "Para ulama bukan setakat mewarisi ilmu Nabi SAW..namun ia juga mewarisi usaha-usaha Nabi SAW"..
Setelah tamat majlis tersebut, aku berjumpa dengan Ustaz Fuad Maahad al-Mashoor, Ustaz Rifqi MTQ Repek. AKu amat terkejut dengan kehadiran mereka sedangkan mereka bukanlah 'karkun'...
Pelbagai lagi pengalaman menarik yang boleh dikongsi disini. Antaranya, tiada satupun kotak tabung derma diedar mahupun diletakkan disudut khemah. Andaian aku, sekiranya setiap seorang jemaah memberi sedakah RM 1 pun sudah cukup mampu mengumpul RM200,000 sehari. Aku bertanya kepada pakcik Razak. Salah seorang karkun buzruq. Beliau menjawab, kami jemaah tabligh takkan edar tabung derma. Sekiranya sesiapa yang ingin menginfakkan duit, dia boleh terus berjumpa dengan petugas. Ini kerana bagi amir tabligh, beliau akan berkata.."Simpanlah duit kamu untuk kamu gunakan untuk keluar di jalan ALLAH SWT"...Ini kerana menginfakkan masa, kelapangan, daya usaha dan nyawa lebih besar ganjaran disisi ALLAH SWT.

Untuk pengetahuan tuan-tuan yang dimuliakan Allah SWT. Sepanjang program, Maulana melarang untuk mengambil sebarang gambar atau video. Namun disebabkan ianya sukar dikawal, larangan tersebut hanya melarang sesiapa mengambil gambar-gambar di pentas. Apatah lagi gambar-gambar Maulana. Ini seperti mana yang diceritakan oleh seorang karkun buzruq, maulana tidak suka segala ke'glamourán. Mereka lebih suka untuk tidak disanjung oleh para pengikut. Mereka amat berkeras terhadap ghuluw yang melampau terhadap tokoh-tokoh atau mana-mana makhluk walau sehebat manapun mereka. Ini amat berbeza dengan tokoh-tokoh tarekat....

Banyak lagi pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan sepanjang berada di Ijtimak Umat Islam tersebut. Namun ini adalah secebis perkongsian yang termampu penulis ceritakan....
Apapun tahniah kepada jemaah tabligh kerana anda mampu menjemput semua Umat Islam berkumpul tanpa sebarang hizbiyyah. Anda juga telah secara rasminya membentuk 'Kerajaan Perpaduan' umat tanpa mengira mana-mana parti mahupun jemaah. Yang penting umat Islam disatukan atas maksud yang satu iaitu "Dakwah ila Allah"...
Di petik dari Blog Ustaz Asqalani (Tanpa izin..Yaaa ampuuun)

Tuesday, July 14, 2009

.:Perkukuhkan Dakwah Islamiah:.

2,3 hari lepas..kerap jugak cerita-cerita pasal Ijtimak Malaysia keluar news paper. Belum pernah rasanya sebelum ni Jemaah Tabligh di Malaysia di beri liputan sebegitu meluas di dada akhbar. Gembira, terharu dan sedih bila baca keratan-keratan akhbar.. Gembira sebab apa yang dirancang, akhirnya berjaya..Terharu sebab pemimpin-pemimpin negara (dengarnya PM,TPM, Yang Di Pertuan Agong, Menteri Besar N9 & Selangor, Yang di Pertua N9, Mufti N9, Sen. Mejar-Jen Dato Jamil Khir, DSAI, Menteri Pertahanan, Dato Hassan Ali, Presiden ABIM dll..) sanggup melapangkan masa untuk mendapatkan nasihat dari alim ulamak yang telah lama dalam usaha ini.

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah S.W.T berjaya juga ummat Islam berkumpul di bumi Malaysia dalam satu perhimpunan ummat Islam yang diadakan pada 10, 11 dan 12 Jun 2009 di Nilai Negeri Sembilan. Mengikut laporan beberapa media massa, menganggarkan kira-kira 200 000 ummat Islam yang hadir semasa ijtima' yang diadakan selama 3 hari tersebut.
Namun begitu, apa yang lebih penting, maksud Ijtima' diadakan adalah bukan sekadar untuk mengumpulkan manusia yang ramai, mendengar bayan (ceramah) yang hebat-habat atau untuk mendapat publisiti di media massa untuk menunjukkan betapa hebatnya usaha ini.Maksud Ijtima' diadakan adalah untuk menyediakan manusia agar dapat mengambil kerja nabi (kerja dakwah) menjadi maksud kehidupan mereka yang sebenar.
Berikut beberapa kupasan yang dapat dibuat daripada bayan-bayan (ceramah) yang diadakan sepanjang Ijtima' diadakan.
1) Bersama Ambia' Adanya Usaha Agama
Allah s.w.t telah utuskan para ambia' untuk menunjukkan kepada manusia maksud kehidupan mereka yang sebenar. Kerana itulah, apabila Allah s.w.t utuskan para ambia' bersama nabi atau rasul tersebut adanya usaha agama. Semua nabi-nabi membuat usaha agama. Dan usaha mereka hanya satu iaitu membawa tauhid yang betul kepada Allah s.w.t.Nabi-nabi dan rasul hanya membawa manusia supaya mengenal kepada penciptanya iaitu Allah s.w.t pemilik kerajaan langit dan bumi.
2) Nabi Muhammad s.a.w juga membuat usaha agama.
Apabila nabi Muhammad s.a.w menerima nubuwah kenabian, nabi s.a.w telah menjalankan usaha agama sepenuh masa. Pagi petang siang malam baginda nabi s.a.w hanya fikir dan risau bagaimana agama ini akan berkembang, agama akan memasuki setiap rumah-rumah batu, rumah-rumah kayu dan bagaimana semua manusia hinggakan bayi yang terakhir lahir sebelum kiamat juga dapat mengamalkan agama yang sempurna dalam kehidupan mereka.Nabi s.a.w telah usahakan supaya manusia nampak betapa dengan amalan-amalan agama yang diperintahkan oleh Allah s.w.t ini, manusia akan beroleh berbagai faedah demi faedah dan kejayan demi kejayaan.
3) Nabi Muhammad s.a.w telah menyediakan sahabat untuk menjalankan usaha agama
Nabi s.a.w bukan sekadar mengajar agama, sebaliknya baginda nabi s.a.w telah menyediakan sahabat untuk menjalankan usaha atas agama. Di sinilah kejayaan dan kemuliaan ummat Muhammad s.a.w, ummat yang terakhir tetapi masuk syurga lebih awal. Ummat ini dimuliakan kerana bersama ummat ini adanya usaha agama.Kerana itulah, apabila Baginda nabi Muhammad s.a.w wafat, agama terus berkembang kerana usaha agama telag disambung oleh para sahabat r.hum
4) Masalah Ummat Hari ini ialah mereka tidak Yakin Dengan Usaha Agama
Manusia akan yakin kejayaan akan diperolehi daripada apa yang diusahakan. Sebagai contoh, seorang peniaga yang mengusahakan atas perniagaannya akan yakin bahawa perniagaannya itulah yang akan membawa kejayaan kepadanya. Begitu juga bagi seorang peladang yang mengusahakan atas ladangnya, akan yakin bahawa ladangnyalah yang membawa kejayaan.Oleh kerana itu, apabila manusia tidak membuat usaha atas agama, natijahnya manusia tidak nampak betapa dengan agama inilah segala kejayaan akan diperolehi.. kejayaan di dunia juga kejayaan di akhirat.Apabila manusia tidak nampak faedah atau kejayaan yang akan diperolehi atas amalan-amalan agama, akhirnya manusia hari ini mudah terkesan dan meyakini terhadap asbab-asbab dunia sahaja.Apabila ummat Islam melihat orang kafir usaha atas nuklear, dan mereka beroleh kejayaan, dengan nuklear, ummat Islam pun mula usaha atas nuklear. Apabila orang kafir membuat usaha atas ekonomi, dan mereka seolah beroleh kejayaan melalui ekonomi, ummat Islam pun mula membuat usaha atas ekonomi. Apabila orang kafir membuat usaha atas negara, dan mereka nampak seolah berjaya dengan memperolehi sebuah kerajaan dan negara, ummat Islam pun usaha untuk mendapatkan pemerintahan dan negara.Menurut Maulana Saad, Manusia tidak yakin bahawa dengan amalan agama manusia akan beroleh kejayaan kerana kita telah meninggalkan usaha agama. Para sahabat r.a sepanjang masa mereka membuat usaha atas agama, kerana itu mereka sentiasa yakin bahawa kejayaan, keharmonian, ketenteraman dan ketenangan hanya ada pada amalan agama.Atas maksud itulah, untuk membetulkan kembali ummat ini, ummat Islam hari ini perlu kembali untuk sama-sama bangunkan usaha atas agama.
5) Usaha Agama Bagaikan Jenazah Tidak Berwaris
Apabila manusia tidak lagi nampak faedah atau kelebihan daripada amalan-amalan agama, akhirnya Ummat Islam sendiri telah tidak menghiraukan usaha agama. Jadilah usaha agama (satu usaha yang telah ditingalkan oleh baginda nabi s.a.w) seperti jenazah yang tidak berwaris.Sekiranya terdapat satu jenazah tidak berwaris, kita akan usaha mengusung jenazah tersebut sekadar 'melepas batuk ditangga sahaja'. Sebaliknya, sekiranya jenazah tersebut mempunyai hubungan dengan kita, kita mengusungkan dengan bersungguh-sungguh.

Monday, July 13, 2009

.:Ambo Terlepas Ijtimak:.

PM rai 200,00 Jemaah di Ijtimak Malaysia.. Semoga perhimpunan ini menjadi asbab hidayat untuk pemimpin tertinggi negara kita.. Amin..

NILAI 12 Julai – Rakyat asing yang menyertai Perhimpunan Dakwah Tabligh Sedunia atau Ijtimak 2009 yang berakhir hari ini gembira dan bersyukur perhimpunan itu berlangsung dengan jayanya.
Rata-rata mereka yang ditemui memuji keadaan negara yang aman, sekali gus membolehkan amal ibadat disempurnakan dalam suasana selesa dan tenang di sini.
Salah seorang jemaah yang ditemui, Mohamad Ibrahim, 60, dari Hebron, Palestin, gembira berada di negara yang aman damai dan dapat menunaikan amal ibadat tanpa ada sekatan.
“Saya gembira berada di sini, kami dapat menemui rakan-rakan daripada pelbagai negara bagi mengikuti program ijtimak.

“Saya berdoa agar Allah SWT memberi rahmat kepada negara ini agar sentiasa aman dan dilindungi setiap masa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Abdul Ghani Naghorghani, 47, dari Myanmar juga gembira berada di negara yang membangun dan aman dengan rakyat pelbagai kaum.
‘‘Pembangunan di negara ini cukup membanggakan, walaupun terdapat perbezaan kaum ia tidak menghalang kami untuk melakukan aktiviti seperti ini.
“Saya berharap perhimpunan seperti ini yang diadakan setiap enam bulan dapat diadakan di negara ini lagi pada masa akan datang,” katanya.
Bagi Abdul Halim Thabit, 50, dari China pula, percaya kebebasan beragama di negara ini membolehkan rakyatnya menjalankan aktiviti keagamaan tanpa halangan.

“Ini merupakan negara terbaik yang pernah saya kunjungi kerana walaupun terdapat pelbagai kaum di sini, tidak ada halangan bagi umat Islam untuk melaksanakan tuntutan agama,” katanya.
Terdahulu, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berangkat menyertai ijtimak tersebut. Ketibaan baginda di lokasi ijtimak berhampiran kuarters kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut oleh Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak.

Turut menyambut baginda ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan. Baginda kemudiannya menyertai solat Zuhur bersama-sama lebih 200,000 jemaah tabligh dan mendengar tazkirah sebelum berangkat pulang.

Ijtimak yang menghimpunkan jemaah dari dalam dan luar negara itu kali kedua diadakan di negara ini selepas 27 tahun lalu. Kali pertama ia diadakan di Terengganu dengan kehadiran lebih 50,000 orang.

Friday, July 10, 2009

.:Elders Berpesan:.

Pesan elders,

Umat terbahagi kepada 4;
  • Orang yang buat usaha agama. Akan dapat pertolongan Allah di dunia dan di akhirat.
  • Orang beramal untuk diri sendiri dengan menjaga segala hukum2 Allah. Tiada pertolongan Allah di dunia tetapi ada di akhirat.
  • Orang yang buat amal tatapi banyak melanggar hukum Allah. Tiada pertolongan di dunia, akan diazab di akhirat tetapi akhirnya dapat masuk syurga.
  • Orang yang tiada iman. Akan kekal selamanya di neraka. (nauzubillah!)

Jika tiada golongan pertama, maka golongan 4 akan menguasai/memerintah umat Islam.Untuk itu;

  • Buat kerja dakwah.Baiki solat sehingga solat dapat menarik bantuan Allah dan menyelesai segala masalah.
  • Zikrullah terutama zikir pagi dan petang.
  • Taubat dan istighfar untuk diri. Juga untuk seluruh umat Islam seperti seorang anak yang memohon belas kasihan bapa supaya tidak merotan adik yang melakukan kesilapan (umat ini sedang dirotan oleh Allah kerana meninggalkan kerja dakwah).
  • Buat keputusan untuk buat kerja ini sampai mati.

Semoga Ambo dapat tergolong dalam golongan yang pertama sebelum akhir kalam.. Amin..

Wednesday, July 08, 2009

.:Ketagihan Apple:.


Terima kasih buat isteri tersayang kerana telah menyokong+merestui Ambo untuk kesekian kalinya membeli sekeping apple. Tak tertahan dah rasanya Ambo menahan ketagihan ini. Sungguh hebat penangan apple ni. Sekali ngap..pasti nak lagi..huhuhu. Semoga pembelian kali kedua ni tak membuatkan Ambo leka & lagho seperti dulu..

Sunday, July 05, 2009

.:Zzzzzzzz:.

Adegan ni hanya boleh di tonton beberapa minit sahaja..
Kerna Wafiy ni tersangat la aktif ketika beradu.. Silap2 kaki naik atas muka..kuikuikui

Ooooo..Maryam tak tido rupanya, Abang wafiy jer yang Zzzzzz sorang-sorang..

Friday, July 03, 2009

.:Wafiy & Maryam:.

Ciku Cak!!!! Arghhhhh!!! Hari ke-6 baru amik gambor Wafiy bersama adiknya. Itu pun atas permintaan Cik Xara..
Mula-mula main gosok-gosok dulu....Bila di tanya "Wafiy, baby nama aper ?"

Wafiy jawab," Ayam"...@#$%^*@.. Deyyyyy apa daaaa ayam... Maryam baaaah

Wednesday, July 01, 2009

.:Obses Ultraman:.

Balik dari nurseri, kalau tak ke playground..Wafiy akan tercongok depan tv layan Mickey Mouse. Lepas maghrib, Wafiy dah ready depan tv tunggu rancangan kegemarannya "Ultraman Gaia". Tepat jam 7.00 pm rancangannya bermula di saluran Astro Ceria. Sungguh khusuk sekali Wafiy mengamati jurus-jurus pertarungan Ultraman sebab sebelum tidor dia akan sparring dulu dengan Babahnya.. Teknik-teknik tumbukan dan tendangan akan di adaptasikan sepenuhnya selepas itu.

Yang tak bestnya bila time 7.30 p.m jer..Wafiy akan menangis..UwaaaAAAA!!!! Ultraman dah habis..Dia tak puas layan Ultraman daaaa..Harus kah Ambo membelikannya CD Ultraman ???


Hehehehe..nasib baik ada Youtube. Ada beratus-ratus episod citer Ultraman dalam youtube.. Download sajer..Sungguh menjimatkan :-) Ermmm, begini la aksi Wafiy di bilik tidurnya malam ni. Dah tak kisah apa yang berlaku di sekelilingnya.

Nak tido pun siap pakai baju lambang Ultraman..huhuhu

About Norashady bin Mohd Noor

Norashady bin Mohd Noor was born on March 16th 1980 in Kampung Keladang, Salor in Kelantan and is happily married to Nor Farah Wahida binti Mohd Noor. They are both a dotting parent to Wisam Wafiy, Maryam Raeesa and Ameena Sabrina.

Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf