Thursday, October 29, 2009

.:Mutiara Air Masin:.



Mutiara air masin ikat suasa untuk di jual. Entry ni di khaskan untuk member-member di luar Sabah sebab geng Sabah rasanya dah nak muntah naik jemu tengok mutiara. Mutiara ni jenis yang berkualiti tinggi sket (lebih shinning & tahan calar) sebab di ternak di laut masin dan diikat dengan suasa. Confirm InsyaAllah tak berkarat & luntur warnanya.



Harga yang di tawarkan adalah seperti berikut:
Dewasa ( 9 biji mutiara ) = RM50
Kanak-kanak 2 tahun ke atas = RM45
Baby ( 0-6 bulan ) = RM35

Sangat murah pada hemat Ambo. Sementara masih berkhidmat di sabah stok masih ada...

.:Akhirnya Berjaya Di Tawan:.

Alhamdulliah..Akhirnya berjaya juga Ambo menawan panorama yang diingini pada percubaan kali kedua. Memang puas hati, walaupun jasad Gunung Kinabalu masih belum berkesempatan untuk di dakap puncaknya :-). Gambo ni di pukul snap pagi kemarin. Sekarang ni memang Si Kinabalu ni gemar bebenor  menampakkan dirinya dengan begitu megah di waktu pagi..


Lepas ni dah tak payah pikir lagi nak bertunggeng bertenggek atas Jambatan Teluk Mengkabong tu..

Tuesday, October 27, 2009

.:My Student:.

Sungguh tampan insan yang berada di tengah-tengah tu..



 Aksi lompat katak memang aksi favourite student Ambo..(Ambo pun sama jugak..nak-nak time konvo dulu)


Sem depan depa ni dah nak grad..dah tak jumpa dengan Ambo lagi.. ;-(

Posing la puas-puas...jangan ada yang kena extend sudaaaaa...Kuang3x..

Monday, October 26, 2009

.:Karambunai Lagoon:.


Dah lama rasanya tak kuar berkelah..Semalam sempat jugak keluar "TT"  sekeluarga bersama member-member Blogger + Joran + DSLRer. Lokasi kejadian adalah di Karambunai Lagoon.


Gambor kenangan bersama bakal besan.


Hobi ni ambo tak penah try lagi.. Belum tau apa-apa pun pasal joran & aksesorinya. Orang kata memancing ni banyak menguji kesabaran. Adakah Ambo tergolong di kalangan insan yang penyabar menunggu umpan di makan ikan ?


Friday, October 23, 2009

.:f22 & leveling:.


Alhamdulillah.. Terima kasih kepada Cikgu Tolahah & Cikgu Mazlan & Cikgu Fairuz.. Kebokehan telah berjaya di control menggunakan f22, background berjaya diputih melepakkan menggunakan command level, cuma penggunaan cermin muka belum try lagi..tunggu job seterusnya..Member nak gambar cepat.. Nak letak dalam eBay.

.:Anok-anok:.


Yang sorang dah 2 tahun 3bulan..Yang sorang lagi 3 bulan ++.

.:Jom Mandi:.



Wafiy dengan hobi barunya..Mandi dalam kolam @ besen bersama Ultraman, motor, bola, itik & serba aneka permainannya..

Thursday, October 22, 2009

.:Product Shoot:.



Gambar ni ditangkap di snap tengah malam..berbekalkan gear paling basic. Ada sorang member nak buat bisnes online, mintak tolong snapkan gambar-gambar gelangnya.



Masalahnya, gambor produk yang terhasil tak clear habis daaaa..berbokeh-bokeh plak belakangnya. Errr, camno nak setting kasi bagus2 ekkk ? Minta otai-otai sekalian bagi pandangan skettt..

Tuesday, October 20, 2009

.:Ayah:.



Kerana Ayah aku disini
kerana Ayah aku gembira

kerana Ayah kuterasa bahagia…

Ayah…

Semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
Semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah
Semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang raja

Ayah…

Ketika aku mengalah…
Engkau semangatku
Ketika aku sakit…
Engkau penawarku
Ketika aku bersedih…
Engkau air mataku
Ketika aku ketawa
Engkau riangku

Dan ketika engkau berduka?


Aku harap akulah penawar duka laramu..

Friday, October 16, 2009

.:Audit Dalaman:.


Audit datang lagi...Ambo macam biasalaaa, menunggu dengan penuh debaran..kuikuikui

Thursday, October 15, 2009

.:Maryam Raeesa:.

Gambar ni di snap selepas Maryam membantu mamanya memasak menggunakan dapur kayu. Huhuhu.. Habis berjelaga mukanya dek kerana asap :-p

Wednesday, October 14, 2009

.:Anak Yatim:.

Gambor ni Ambo cilok dari blog Suria (tanpa izin).. Gambor anak-anak yatim. Penuh warna warni dan menceriakan.
Ambo cuba memfotografik gambar asal supaya timbul mood nostalgik pada gambar tu..

Gambor ni plak..nak kasi timbul mood klasik & antik..Errrr..Ada sapa-sapa rasa sedih & sayu tak tengok gambar yang ketiga nih ?? Ermmm sekian dulu eksperimen Ambo pada kali ini..bertemu lagi di lain rancangan. Bubbbyeee..


.:Fotografik:.

Terdapat perbezaan ketara antara fotografi dan fotografik.. Ambo cuba nak mengolah + menggodek 2 keping gambar ni supaya jadi fotografik. Ermmm..yolo ko dok tok tau laaaa..

Kena tanya Bro KukuBesi dulu kot. Ambo nih cukup minat dengan hasil karya KukuBesi. Tapi tak tau plak macam mana dia edit gambar-gambar dia tu sampai jadi seolah-olah lukisan. Nak join kursus dia mahal bangat !

Gambor pasangan pengantin ni sebenarnya telah di fotografikkan oleh Bro KukuBesi.

Nah ! Terserlah mood kegembiraan pasangan nih..setelah di touch up gambarnya..

Sunday, October 11, 2009

.:Teluk Mengkabung:.


Pagi kemarin entah macam mana rasa nak pegi shoot gambar kat Teluk Mengkabung. Niat di hati nak capture gambor Gunung Kinabalu. Tapi tengok dari rumah lagi dah nampak dan boleh agak, pagi ni memang kurang bernasib baik...Kabus tebal sangat kat puncak Gunung Kinabalu tu.. Sebenarnya, dari Politeknik dah bleh nampak kelibat Gunung Kinabalu tu..Tapi pemandangan dari atas jambatan Teluk Mengkabung ni lebih superb!
First time keluar shooting outdoor..dah la sorang-sorang, pagi-pagi buta plak tu (7.30 pagi masih buta lagi ker ?) memang agak membosankan. Ambo tersilap plak bawak lens telephoto 55mm-250mm. Memang kurang sessssswai untuk snap gambor pemandangan..Tapi kalooo pakai lense wide angle 10mm-20mm confirm takleh skodeng kerbau-kerbau tengah sun bathing tu..

Tunggu-punya tunggu..Awan kat atas puncak Kinabalu tu taknak jugak beralih tempat. Last sekali Ambo start keter, terus balik ke rumah..5 minit perjalanan, dah sampai...

Friday, October 09, 2009

.:Syurga Dunia:.

Ambo adalah pengejar syurga akhirat...
Bagi ambo, dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat.
Ambo yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah ambo raih kecuali ambo boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu..
Maka rumah dan keluarga ambo adalah syurga dunia paling indah buat ambo. Tempat kerja, syurga dunia harian ambo. Tetangga, masyarakat dan ummat seluruh alam adalah syurga dunia ambo yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bilapun syurga ambo akan selalu bersama ambo..

Tuesday, October 06, 2009

.:Kids World:.

Wissam Wafiy
Maryam Raeesa

Azizan Khawarizmi

Muhammad Arif Iman

Aina

Thursday, October 01, 2009

.:Suatu Malam di PKK:.

Semalam Ambo sekeluarga berkunjung ke rumah Yatt. Beginilah panorama malam di PKK di waktu malam.. Mungkin kaloo pakai tripod lagi cantik kot.. Rumah Yatt ni tinggi bah, tingkat 5. Lain kali kena angkut tripot naik nih...

About Norashady bin Mohd Noor

Norashady bin Mohd Noor was born on March 16th 1980 in Kampung Keladang, Salor in Kelantan and is happily married to Nor Farah Wahida binti Mohd Noor. They are both a dotting parent to Wisam Wafiy, Maryam Raeesa and Ameena Sabrina.

Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf