Rumah
yang kotor di sini bukanlah bermaksud rumah yang bersepah sepah dengan
pinggan mangkuk tidak berbasuh, baju tidak basuh dan sebagainya. Rumah
kotor yang dimaksudkan di sini ialah rumah yang tidaklah 'bebas kuman'
seperti mana yang orang sekarang ni cita citakan. Selalu sangat dalam tv
mengiklankan bahan pencuci pakaian yang dapat menghapuskan 99.9% kuman.
Ada juga yang mengiklankan pencuci lantai yang mampu mebasmi kuman
untuk keselamatan anak anak. Pengiklan bahan pencuci sejenis ini mahukan
rumah kita bersih sebersihnya seolah olah berada di dalam dewan bedah,
semuanya nak dibebaskumankan. Tapi, betul ke rumah bebas kuman ini baik
untuk diri kita dan anak anak?
Produk Pencuci Sumber : Google image
Zaman kita ni, dah selalu sangat dah kita dengar orang menghidapi penyakit asma dan penyakit hipersensitif yang lain seperti alergi.
Kebanyakannya menyalahkan faktor persekitaran mereka yang tidak bersih
menyebabkan mereka menghadapi seperti ini berulang kali. Mereka sering
kali membersihkan rumah sebersihnya, namun serangan asma dan alergi
tetap berulang. Dekat mana silapnya?
Cleaning To Do List - Google image
Silapnya
terletak pada kebersihan rumah yang keterlaluan seolah olah kuman itu
adalah 100% musuh bagi manusia. Banyak ibu yang sentiasa memastikan
rumah mereka bebas dari kuman, sanggup menghabiskan ratusan ringgit
setahun untuk membeli bahan pencuci yang dapat membebaskan rumah 100%
dari kuman. Iklan iklan di tv pula sentiasa mewarwarkan kepada orang
ramai bahawa untuk mendapatkan hidup yang sihat, kita harus menghindari
kuman. Seolah olah kuman adalah musuh ketat bagi kita. Namun sedarkan
kita bahawa kuman merupakan organisma yang sentiasa membantu kita dalam kehidupan?
Profesor Jan Krejsek dari Charles University Czech Republic berkata "kuman adalah kawan baik bagi manusia. Manusia tidak patut menjauhi kuman kerana ia membantu manusia melawan penyakit. Olleh sebab itulah banyak daripada golongan petani yang sentiasa terdedah kepada tanah dan haiwan mempunyai imuniti yang amat hebat."
Kuman terdiri daripada danger (bahaya) dan non-danger (tidak merbahaya). Kuman di dalam badan kita terutamanya yang terdapat di saluran perut-usus (GIT) adalah baik untuk badan. Sebagai contoh ialah Escherichia Coli (E-Coli). Bacteria ini memastikan kolonisasi bakteria lain yang lebih patogenik (menyebabkan penyakit) tidak mampu membiak di dalam perut kita. Selain itu, bakteria ini menghasilkan vitamin K yang yang amat penting untuk darah (pembekuan darah).
Profesor Jan Krejsek dari Charles University Czech Republic berkata "kuman adalah kawan baik bagi manusia. Manusia tidak patut menjauhi kuman kerana ia membantu manusia melawan penyakit. Olleh sebab itulah banyak daripada golongan petani yang sentiasa terdedah kepada tanah dan haiwan mempunyai imuniti yang amat hebat."
Profesor Jan Krejsek, Head of Immunology Department Faculty Hospital Hradec Kralove
Kuman terdiri daripada danger (bahaya) dan non-danger (tidak merbahaya). Kuman di dalam badan kita terutamanya yang terdapat di saluran perut-usus (GIT) adalah baik untuk badan. Sebagai contoh ialah Escherichia Coli (E-Coli). Bacteria ini memastikan kolonisasi bakteria lain yang lebih patogenik (menyebabkan penyakit) tidak mampu membiak di dalam perut kita. Selain itu, bakteria ini menghasilkan vitamin K yang yang amat penting untuk darah (pembekuan darah).
Pendedahan awal kepada bakteria dan kuman kuman lain seawal kecil lagi membolehkan seseorang menghasilkan imuniti terhadap pelbagai jenis patogen (organisma pembawa penyakit) dan allergen (bahan yang menyebabkan alergi). Sekiranya proses ini diasingkan dari hidup seorang bayi, kesannya ialah asma, alergi dan panyakit penyakit yang lebih serius sewaktu dewasa. Perkara ini dapat dilihat berlaku kepada orang bandar (orang bando..) yang terlalu mementingkan kebersihan rumah, tiada habuk, tiada kotoran. Tiba saja waktu hendak ke kampung sewaktu hari raya, datanglah penyakit penyakit semput, tangan gatal gatal dan lain lain.
Sebahagian doktor amat gemar menyarankan pesakitnya memakan antibiotik bagi membunuh kuman di dalam perut mereka. Ada pula yang amat suka memberikan antibiotik yang tidak spesifik untuk membunuh kuman kuman tertentu pada badan pesakit seperti Chloramphenicol. Akibatnya, banyak kuman kuman baik seperti E. Coli, n-p Stafilokokus Aureus, Klebsiella, Proteus, Lactobacillus yang terdapat di dalam saluran perut-usus kita yang terbunuh dan lapisan pelindungan terhadap kuman merbahaya telah menjadi lemah. Mulalah gejala Candidiasis dan Clostridiasis berlaku pada badan kita.
Chloramphenicol yg membunuh bakteria E-Coli dan rakan2 bakteria baik
Sumber Wikipedia:Image Google
Bagaimana pula kalau anak saya cirit birit akibat rumah yang terlalu kotor?
Profesor Krejsek menjawab persoalan ini: "Sememangnya dalam proses mewujudkan imuniti dalam badan kita dan anak anak seringkali akan berlaku perkara yang kurang menyenangkan seperti cirit birit dan jangkitan kulit. Ini merupakan perkara biasa dalam mengadaptasi kepada persekitaran kita. Namun harus diingatkan, kebersihan mastilah dipelihara, cuma tahap kebersihannya harus tidak perlulah sampai takut kepada kuman kuman."
[FONT=comic sans ms][COLOR=#000000][COLOR=#333333]Oleh yang demikian, kita dinasihatkan agar tidak terpengaruh dan tertipu dengan media yang sentiasa mahu mengambil untung atas diri kita. Rumah yang 100% bebas kuman, tidak bermaksud 100% baik untuk diri kita dan anak anak. =)
For me i love this:::>>
1 comment:
Dulu orang cakap jangan bela kucing sebab takut anak sakit sebab astma, tp ada kajian dari mat salleh yg kata, jika biasakan bayi dari kecik dengan kucing/haiwan peliharaan, makan tidak akan timbul masalah alahan/astma.
Post a Comment