Sampai la ni aku tak paham..Kenapa la orang pangil "Sabah negeri di bawah bayu" ? Apa kaitannya bayu dengan negeri ni ? Setahu aku Sabah ni tak bleh dipisahkan dengan laut, especially area Kota Kinabalu ni la.. Sedar tak sedar, gambar² dalam koleksi album aku pun banyak yang berlatar belakangkan laut.. Orang Sabah pun ada setengahnya yang tidak mahu berpisah dengan air.. Bina rumah pun atas air..Aku penah jumpa sebuah rumah bungalow 2 tingkat terapung atas air. Punya la dasyat.. Ermmm.."jauh berjalan luas pengalaman" (
syahrul azmin, 2006)
Bila tengok budak² dalam gambar tu bermandi-manda..rasa macam nak join sekali jer. Malangnya aku ni tak gheti berenang. Bukannya cetek air laut tu. Ada sapa² ke bleh ajar aku cara floating yang paling senang tak ??
Ni plak gambo aku yang tak berapa hensem. Tengah posing atas pelantar tempat bot² ikan berlabuh..Sekali tengok macam boroi jek perut aku nih. Jambol tu ala² P.Ramlee gitu. Wife aku ni sajer jer suruh tempek gambo ni bior awek² kat luar sana tak selera nak ngorat aku.. Chit!!! Poooorah..
1 comment:
Ai... kuat betul melancong hehe
Post a Comment