Thursday, January 15, 2009

.:Pendaftaran Pelajar Baru:.

Minggu ni aktiviti di penuhi dengan program pendaftaran pelajar baru & lama.. Time ni la PKK akan dibanjiri dengan lautan manusia & kenderaan. Biasala, anak yang mendaftar cuma seorang tapi ahli keluarga yang mengiringi tu ada yang sampai 2,3 buah kereta bah.. Hohoho, ambo sendiri pun apa kurangnya, time mendaftar tingkatan 1 di SMACH dulu, siap sewa van lagi tu family ambo nak datang menghantar..huhuhu sayang betul depa kat ambo.

Ambo pun satu hari nanti kalooo anak² ambo dah besar, mesti tak kan melepaskan peluang nak menghantar mereka melapor diri ke IPT. Masa ni lah mak bapak akan memberi amanat berharga kepada anak² mereka. Amanat ni mungkin akan diingati sepanjang tempoh pengajian. Kalau tak ingat pun, mungkin student tu akan ingat balik bila dia di gagalkan atau menggagalkan diri. Huhuhu..Time tu baru la wajah² yang tersayang akan terbayang² di depan mata. tak tau macam mana nak bagitau family perkara yang sebenarnya.. Huh..hancur luluh hati ibu. Ambo doakan agar semua student ambo, baik baru atau lama dapatlaaa melaksanakan segala amanat ibu bapa mereka dengan jayanya..

Kat bawah tu, budak² JPP tengah sibuk mengagihkan barang² koperasi. Ambo rasa sem satu jer bertahan barang² tu.. Dah senior nanti tak kan nak pakai baju berlogo politeknik lagi.. "Sibik begha" istilah yang ambo guna time sekolah dulu..maksudnya lebih kurang macam Mat Skema la.

Siap semua proses pendaftaran, pelajar di bawa ke kamsis dengan menaiki bas untuk mendaftar bilik plak..Mak aiii sorang² punya beg, punya la besar² + berat².. Yang bawak barang banyak² ni biasanya student yang 1st time berpisah ngan mak bapak, tak pernah tinggal hostel..

Perasmian Minggu Haluan Siswa berlansung sehari selepas tu..Ermmm macam banyak jugak kerusi kosong . Mungkin masih ramai yang belum dapat datang melapor diri kerana kandas dalam banjir. Setakat ni dah 8++ orang yang melapor diri.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Perlancongan Sabah, Datuk Masidi Manjun. Datuk Masidi ni layak jadi Motivator @ Kaunselor..dengan ambo² sekali termotivasi pagi tu.. Very convincing la ucapan beliau.

Lepas selesai majlis..Reporter macam biasala, berpusu² datang bertanyakan gossip² panas.. :-)

1 comment:

Janna Wan Muhammad said...

salam ziarah...tima kasih sbb sudi jenguk blog ambo,gi la jenguk blog cik abe ambo etek, kami pom paka Livina jugop,hehehe...serupo la kito nih...demo ni jiran halena ko? wife incik hardy tu? saya pegi doh umoh dio sekali....hehehe, apa2 pom salam kenal2....

ni blog cik abam ambo

http://turboost.blogspot.com

blog dio paal keto la banyok...and pasal our livina lah...

tima kasih, salam.

About Norashady bin Mohd Noor

Norashady bin Mohd Noor was born on March 16th 1980 in Kampung Keladang, Salor in Kelantan and is happily married to Nor Farah Wahida binti Mohd Noor. They are both a dotting parent to Wisam Wafiy, Maryam Raeesa and Ameena Sabrina.

Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf