
Ranking atas sket, bekerja sendiri..Bebas nak masuk kejer mana²,bila²..nak cuti anytime jaa.. Orang sabah bilang "Dari kita juga bah ituh". Pada pandangan Ambo,kejer sendiri ni mengajar erti kecekalan dan disiplin diri.. Kalau malas² alamat tak berasap la dapur (pendapat peribadi).
Atas lagi daripada tu adalah "Business Owner". Hak ni sedap skettt la sebab kita yang jadi Boss @ Taukeh. Ermmm ramai jugak member² Ambo dulu jenis yang takleh kejer ngan orang. Panas baran @ hot temper. Orang macam ni Ambo ingat sessssswai kejer sendiri or bukak bisnes sendiri, tapi kaloooo dia yang jadi Boss.. confirm garang @ tegas gila babi punya. Ambo ada gak angan² nak memiliki perniagaan sendiri. ( Kedai kat atas tu takder kena mengena dengan Ambo & tak minat pun nak bukak kedai ubat..kuikui) Kalooo bleh Ambo nak bukak kedai buku & permainan budak² & antik..Hohoho 3 in 1. InsyaAllah..
Last sekali...Ranking yang paling tinggi dalam pencarian rezeki ni adalah "Investor". Pada tahap ni tak perlu pening² dah (kata orang). Kalooo sebelum ni kita bekerja untuk duit, tapi pada tahap ni "Duit akan bekerja untuk kita". Lantaran itu lah semacam dah jadi satu trend skang ni, masing² sibuk nak melabur sana sini. Macam² skim di wujudkan semata² untuk mendapatkan jalan pintas menuju lavel investor ni. Ambo no komen. Bab² macam ni kena mengadap Tok² Guru yang betul² Mursyid. Hehehe..Rezeki di mana² tuhan dah janjikan, walau dalam apa keadaan sekali pun..kalau dah memang rezeki kita, tak lari bah gunung di kejar. Yang paling penting kita kena pastikan punca rezeki kita tu benar² 100% halal agar berolah kebarkatan dari Nya.. Kalau rezeki tu berkat..sikit macam mana pun, banyak macam mana pun...pasti dan pasti Allah akan cukupkan..Untuk apa berlebih² sedangkan suatu masa nanti kita akan kembali pada Nya tanpa membawa apa² selain iman & amal. Rezeki anak & Isteri bukan kita yang tentukan..Allah dah sediakan untuk mereka.
Apa² pun walau sekuat mana kita bekerja..jangan sekali² yakin bahawa kejer kita itu yang mendatangkan rezeki pada kita.. Kejer cumalah asbab, untung rugi semua dalam pengaturan Allah. Allah tak pernah perintahkan kita buat dosa untuk dapatkan rezeki daripada Nya.. Perbanyakkan syukur, kerana hanya dengan syukur hati kita akan lebih tenang. Wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment