

Seorang peniaga yang menggunakan sepenuhnya diri, harta dan masanya untuk perniagaannya.. pasti akan mendapat manfaat daripada perniagaannya. Seorang peniaga yang telah berjaya dan yakin bahawa perniagaannya memberikan banyak keuntungan dan kesenangan kepadanya akan sanggup berkorban apa saja untuk memajukan perniagaannya..sanggup berlapar dan bersengkang mata.. Gunakan diri, harta & masa untuk apa saja..pasti manfaat akan datang...
Namun, untuk apakah "sebenarnya" Allah mengurniakan 3 perkara ini ? Kemanakah & untuk apakah Rasulullah S.A.W dan Sahabat-sahabat R.A menggunakan 3 perkara ini ? Mereka telah di jamin syurga kerana menggunakan 3 perkara ini dengan sebaik-baiknya. Apakah kejayaan yang lebih besar selain daripada dapat masuk Syurga Firdaus ?
No comments:
Post a Comment