Wednesday, July 15, 2009

.:"Aku Bukan Karkun":.

Aku bukanlah karkun...aku bukanlah karkuzari...mahupun bertaraf buzruq..mahupun amirsab..ataupun jemaah journawala...eheh..

Adakah dengan tekad untuk menyertai Ijtimak Umat Islam yang kebanyakkannya disertai orang tabligh ini aku akan di gelar "UMMAH CENTRIC"?...
Walau apapun cakap orang...biarlah aku merasai sebelum menghukum...Biarlah aku adil dalam meletakkan suatu batu asas terhadap sesuatu kumpulan atau jemaah...

Perjalanan kehidupan sepanjang dua hari cuti ini akan ku kongsi bersama...mungkin ada terselit disebaliknya keindahan yang sukar diterjemahkan melalui mata pena...namun sekurang-kurangnya ianya memberi kita ilmu baru...

Pada hari Jumaat 10 Jun 2009, Tak sempat nak lepas rehat pulang dari mengajar di SMK Teluk Kumbar II, aku terpaksa menemani ayahku ke Ijtimak Malaysia 2009 di Kuarters KLIA di Sepang. Perjalanan yang amat menarik. Bayangkan di setiap perhentian yang kami berhenti pasti terdapat ramai karkun-karkun yang turut sama bertujuan atas maksud yang sama iaitu ke Ijtimak Umat Islam Semalaysia. Setiap kali kami berhenti sembahyang, sudah pasti surau-surau di R&R penuh dengan para jemaah tabligh. Menyebabkan kami terpaksa beralih ke hentian seterusnya.

Setibanya disana, kami diarahkan untuk meletakkan kenderaan di kawasan letak kereta Litar F1. Anak-anak muda yang dipanggil 'khidmat' sebagai nama glamour bagi sukarela, tetap teguh menjaga parking kereta. Kami terpaksa mengambil bus shuttle untuk ke tapak istima'. Ini kerana mereka tak mau berlaku kesesakan di kawasan penduduk tempatan. Dalam bab ni, aku amat kagum dengan Amir-amir karkun nih. Mereka tidak mencari publisiti seperti mana hizbi-hizbi lain yang suka mencari 'crowd' dengan melakukan himpunan-himpunan kononnya bersifat kerakyatan hinggakan menggangu masyarakat awam. Mereka tidak memilih padang-padang di tengah kota untuk menunjukkan kekuatan. Sehinggakan berlakunya kesesakan lalulintas yang amat teruk. Lalu bila ditanya kepada mereka, mereka akan menjawab "Himpunan atau ini adalah untuk mengembalikan hak rakyat!!!"...

Setelah sampai di tapak ijtimak....

Fuhh...lautan manusia...Jalan yang penuh sesak di tempat tersebut bukanlah seperti yang dirancang. Walaupun parking kereta terletak lebih kurang 3km dari tapaki Ijtima' tapi kesesakan tetap berlaku. Ini bukan kerana mereka yang merangcang. Tapi inilah ketentuan Allah dalam mengumpulkan hati-hati manusia. Kesesakan adalah kerana jumlah yang hadir telah melebihi apa yang dijangka oleh pihak Markas.

Terdapat 14 khemah. Termasuklah 2 khemah gergasi yang panjangnya mencecah setengah kilometer. lebarnya separuh padang bola sepak. Ini tidak termasuk khemah khas VIP, khemah ta'am dan puluhan khemah pasar jualan.

Aku menyertai khemah yang dikhususkan kepada jemaah dari Markaz Masjid Benggali, Penanti dan Perlis. Alhamdulillah...dalam kesempitan itu, masih terdapat ruang untuk kami bertiga tidur sekali. Walaupun tempat tidur kami tidak cukup sekiranya kami melunjurkan kaki sepenuhnya. Ini kerana dihujung kaki kami terdapat kepala jemaah lain. Tidurlah kami bertiga beralaskan selimut nipis diatas tarpal yang menjadi alas kepada tanah keras...Mujahadah...mujahadah...

Perkara pertama yang di cari tentulah tandasnya....tuan-tuan yang dimuliakan...tahu tak berapa jauh perjalanan ke tandas???lebih kurang 300meter tuan-tuan...Dahla jauh, air yang disediakan tidak mencukupi. Setiap karkun mestilah menjimatkan air. Sehinggakan arahan dari pihak pengurusan mengatakan "Dilarang mandi kecuali mandi wajib!!"...Disebabkan itulah asqalani tak mandi 2 hari.Semua jemaah dikehendaki berwudhu dengan sebotol air mineral sahaja. Termasuk juga penggunaan tandas. Namun satu sikap yang harus dipuji, mereka tetap menghormati para ulama', imam-imam, ustaz-ustaz dan orang tua uzur. Sehinggakan terdapat tempat khusus mandi untuk mereka. Tempat berwudhu yang sesak, tandas yang dhaif, semua itu tidak mungkin dapat memberi keselesaan bagi sesiapa sahaja yang berada di bumi Malaysia. Namun, jikalau kalimah keramat yang selalu diulang-ulang tidak tertanam di dalam jiwa, nescaya tercemarlah lidah dengan hinaan demi hinaan...kalimah itu adalah..."MUJAHADAH"....

Keesokkan harinya, pada awal pagi sebelum subuh....aku mula bangun di celahan-celahan karkun yang sibuk bermunajat kepada ALLAH SWT. Terdapat khidmat untuk gerak jemaah supaya bangun solat subuh. Azan dilaungkan dan iqamah 30minit selepasnya...ini kerana memberi kesempatan bagi jemaah untuk menyempurnakan wudhu' dan memberi kesempatan kepada jemaah yang berada di jemaah belakang datang ke saf hadapan. Para jemaah duduk di dalam saf. Apabila iqamah dilaungkan, kerja-kerja merapatkan saf dilakukan. Yang menariknya, para ahli khidmat dari hadapan tidak putus-putus memanggil untuk merapatkan saf. "InsyaAllah tuan-tuan yang mulia...ada lagi saf kosong dihadapan.InsyaAllah.." seru para ahli khidmat...

Sesudah selesai solat, kami melakukan zikir selepas solat secara 'sirr'...kalaulah ada masyarakat yang tak paham mesti diorang akan cop geng tabligh nih 'wahabi'...Selepas sahaja solat, majlis bayan terus menerus diadakan. Yang menariknya, pada hari Sabtu, aku dijemput untuk mengikuti program khusus untuk para alim ulama', kiyai-kiyai, Tuan Guru-tuan guru dan ustaz-ustaz. Pada mulanya aku kekok untuk berada bersama ratusan alim ulama'. Namun diatas title ustaz, akupun duduk bersama dalam majlis mulia itu. Bayan disampaikan oleh Maulana Saad. Amir Jemaah Tabligh sedunia bagi Markaz Nizamuddin di India. Beliau yang pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia dengan penuh teratur lemah lembut nasihat dan pesanan yang disampaikan. Pernterjemah pula bukan calang-calang orang. Maulana Hamid yang merupakan Mudir Hafiz dan Alim Markaz Sri Petaling. Seorang yang amat tinggi hebahnya. Ini kerana asqalani pernah makan setalam bersamanya suatu ketika dahulu di Kolej Kediaman Ke-5 UM. Kesempatan makan setalam yang menyebabkan student-student lain amat mencemburui asqalani ketika itu. Namun bagi asqalani, ianya suatu yang merendahkan hati asqalani untuk duduk bersama orang sehebat beliau.

Banyak pengisian yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada para asatizah yang mendengar. Antaranya kata Maulana Saad "Para ulama bukan setakat mewarisi ilmu Nabi SAW..namun ia juga mewarisi usaha-usaha Nabi SAW"..
Setelah tamat majlis tersebut, aku berjumpa dengan Ustaz Fuad Maahad al-Mashoor, Ustaz Rifqi MTQ Repek. AKu amat terkejut dengan kehadiran mereka sedangkan mereka bukanlah 'karkun'...
Pelbagai lagi pengalaman menarik yang boleh dikongsi disini. Antaranya, tiada satupun kotak tabung derma diedar mahupun diletakkan disudut khemah. Andaian aku, sekiranya setiap seorang jemaah memberi sedakah RM 1 pun sudah cukup mampu mengumpul RM200,000 sehari. Aku bertanya kepada pakcik Razak. Salah seorang karkun buzruq. Beliau menjawab, kami jemaah tabligh takkan edar tabung derma. Sekiranya sesiapa yang ingin menginfakkan duit, dia boleh terus berjumpa dengan petugas. Ini kerana bagi amir tabligh, beliau akan berkata.."Simpanlah duit kamu untuk kamu gunakan untuk keluar di jalan ALLAH SWT"...Ini kerana menginfakkan masa, kelapangan, daya usaha dan nyawa lebih besar ganjaran disisi ALLAH SWT.

Untuk pengetahuan tuan-tuan yang dimuliakan Allah SWT. Sepanjang program, Maulana melarang untuk mengambil sebarang gambar atau video. Namun disebabkan ianya sukar dikawal, larangan tersebut hanya melarang sesiapa mengambil gambar-gambar di pentas. Apatah lagi gambar-gambar Maulana. Ini seperti mana yang diceritakan oleh seorang karkun buzruq, maulana tidak suka segala ke'glamourán. Mereka lebih suka untuk tidak disanjung oleh para pengikut. Mereka amat berkeras terhadap ghuluw yang melampau terhadap tokoh-tokoh atau mana-mana makhluk walau sehebat manapun mereka. Ini amat berbeza dengan tokoh-tokoh tarekat....

Banyak lagi pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan sepanjang berada di Ijtimak Umat Islam tersebut. Namun ini adalah secebis perkongsian yang termampu penulis ceritakan....
Apapun tahniah kepada jemaah tabligh kerana anda mampu menjemput semua Umat Islam berkumpul tanpa sebarang hizbiyyah. Anda juga telah secara rasminya membentuk 'Kerajaan Perpaduan' umat tanpa mengira mana-mana parti mahupun jemaah. Yang penting umat Islam disatukan atas maksud yang satu iaitu "Dakwah ila Allah"...
Di petik dari Blog Ustaz Asqalani (Tanpa izin..Yaaa ampuuun)

2 comments:

kamifaqir said...

ya..memang mujahadahh....mge pengorbanan tuan asbaab hidayah..
jadi pas g ijtima' ni ada azam tak nak kuar..mge kter trs dalam hidayahNya

Anonymous said...

tuan adlh umat nabi.....

tuan sgt mulia...

About Norashady bin Mohd Noor

Norashady bin Mohd Noor was born on March 16th 1980 in Kampung Keladang, Salor in Kelantan and is happily married to Nor Farah Wahida binti Mohd Noor. They are both a dotting parent to Wisam Wafiy, Maryam Raeesa and Ameena Sabrina.

Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf