Tuesday, June 30, 2009
Saturday, June 27, 2009
Wednesday, June 24, 2009
.:Main Pasir:.
Petang tadi Wafiy mengamuk nak gi pantai..Nak main pasir la tu..

Lerrrrr..sampai2 jer tak nak pijak pasir plak dah..Huhuhu..bukan main lurus lagi kaki dia tu..90 darjah..
Posted by Ambo at 8:42 PM 3 comments
Labels: My vacation
.:Ummy Mai Sudaaa:.

Ermmm..Ummy memang suka shopping mutiara..dulu kalau mai sini, dua tiga kali sehari ke Pasar Filipin pun tak apa..Tapi kali ni Ambo bawak Ummy shopping di Jamilah Jewellery kat One Borneo..Harga lebih kurang jer dan yang paling penting di sini jauh lebih selesa berbanding di KK. Lepas ni Ambo pun dah malas dah nak pi shopping kat Pasar Filipin kaaa..kampung air kaaa..sebab Ambo dah dapat membership Jamilah..hohoho....
Ikan kering..Udang kering..sotong kering..satu lagi destinasi favourite Ummy..kat Pasar Ikan Kering ni ada macam2 makanan laut yang dah dikeringkan..
Aik ada gambar jamilah lagi ?? Hak ni Jamilah lain..Hari ketiga Ambo bawak Ummy gi shopping di Bandar KK plak..Jamilah cawangan sinsuran dah bukak sebuah lagi kedai baru rupanya.. Hohoho..sungguh seronok shopping dengan membership card yang baru dapat nih... Haiiii..bila la baby nak keluar ni...Kesian Tok Ummy..Lagi lama baby delay..lagi banyak Tok Ummy shopping nanti..
Posted by Ambo at 9:39 AM 2 comments
Labels: My vacation
Friday, June 19, 2009
.:Bila Azan di Seru:.
Seorang ahli sufi membandingkan antara manusia dan anjing. Seekor anjing bila diberi makan oleh tuannya maka dia akan taat (macam anjing kat depan umah Ambo), patuh dan sanggup berkorban untuk tuannya tanpa apa alasan walaupun ada kemungkinan bahaya akan menimpa padanya. Tapi kenapa manusia yang semuanya diberi Allah , kesihatan dan bermacam nikmat tapi tidak ada ketaatan pada Allah ?...Iman yang lemah tidak merasai keagungan Allah sebagai Rab' perlu diusahakan.
Anjing bila diseru oleh tuannya segera datang...tapi umat Islam bila diseru kepada Allah melalui Azan kenapa tak bleh datang...?
Smoga Allah bagi taufik pd saya .....
Posted by Ambo at 1:54 PM 0 comments
Thursday, June 18, 2009
.:Tuhan Maha Adil:.
Allah bersifat adil pada semua makhluknya.. Zalimlah Allah jika tetapkan kejayaan hanya dalam kekayaan dan kemewahan kerana yang miskin pasti akan gagal. Zalimlah Allah jika sandarkan kejayaan pada pangkat dan kekuasaan kerana sang marhain dan tidak berkuasa pasti akan gagal. Zalimlah Allah jika letakkan kejayaan pada kekuatan dan keperkasaan kerana yang lemah dan kerdil pasti akan gagal.
"Allah maha adil kerana telah membuat ketetapan sejak kelahiran Adam hingga bayi terakhir sebelum kiamat bahawa ukuran kejayaan seseorang hanyalah dalam agama. Sejauh mana manusia dapat mentaati perintah Allah mengikut cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah..Sebanyak itulah kejayaan yang akan diperolehi kelak"

Posted by Ambo at 8:50 AM 0 comments
Labels: Renungan
Wednesday, June 17, 2009
.:4th Anniversary:.
Alhamdulillah..hari ni wedding anniversary Ambo yang ke-4. Perkenalan pertama bermula di alam maya pada hari Ahad, jam 12.21 pm 30/1/2005. Dengan izin Allah, selamat di ijab kabulkan di alam realiti pagi Jumaat, tepat jam 10.59 am 17/06/2005. Sungguh pantas masa berlalu..
Posted by Ambo at 8:48 AM 3 comments
Labels: My life
Tuesday, June 16, 2009
.:Doa Maulana Saad:.
Ya Allah Ampunkan Dosa-Dosa Kami
Posted by Ambo at 8:01 AM 1 comments
Labels: Renungan
Monday, June 15, 2009
.:Bayan Maulana:.
Ermmmm..kecur liur Ambo tengok hidangan ni..Sangat sempoi
Fuhhhh..kena plak makan dalam talam secara berjemaah. Sungguh nyaman bahhh.. Lupakan pasal taam, Ambo nak bercerita skett pasal bayan yag Ambo baru dengar dari seorang fikirMAN from pakistan. Dia bilang.. Allah kurniakan 3 perkara kepada setiap manusia.. DIRI, HARTA & MASA. Seandaikan manusia menggunakan 3 perkara ini dengan sungguh-sungguh ke atas apa-apa saja..sudah pasti dia akan mendapat manfaat, faedah dan keuntungan daripadanya. Posted by Ambo at 10:50 AM 0 comments
Labels: Renungan
Friday, June 12, 2009
Thursday, June 11, 2009
.:Kelik Kapong ?? :.
Ambo baru lepas bukak website MAS..tiba-tiba ada tiket murah ke KL bulan depan. Ermmm nak kelik ko toksey kelik ??
Haiiii..rindu plak rasanya pada kampung halaman..Nak kelik ko toksey kelik nih ?
Teringin nak makey sedap²..Nyam3x.. Errr di Sabah makan tak sedap ker ?? Ada laaa.. tapi tak sesedap kaloooo kelik kapong..
Nak makey keropo lekor Pasar Siti Khatijoh..Ermmmm, Mokcik tokleh pos ko keropok² tu pakai Pos Laju yang tak laju tu ??? Hai..nak kelik ker dok nih ??? Bulan ni bakal menimang baby baru InsyaAllah..Kesian baby, kecik² dah terbang tinggi like his/her (jantina belum confirm) brother, Wafiy..
Atau Ambo sponsor jer family my jalan² K.Kinabalu..menghirup udara yang dah tak berapa sejuk dek kerana kerakusan manusia membotak²kan bukit. Menikmati pemandangan indah hutan belukar paya bakau di belakang umah ambo.. Untung-untung dapat tengok burung bangau..Ermmm..pertengahan tahun biasanya berlaku penghijrahan burung..banyak la burung² memutih kat belakang umah tu.. Hai, nak kelik ker toksey ??Posted by Ambo at 11:00 AM 2 comments
Labels: My life
Monday, June 08, 2009
.:Photo Editing:.
Ermmm..macam ada yang tak kena jer dengan gambar nih... baru belajor layer nih, banyak lagi aplikasi dalam photoshop CS4 yang tak tau nak guna :-(
Posted by Ambo at 9:37 AM 3 comments
Labels: Photography
Friday, June 05, 2009
.:Wisam Wafiy:.
Dah seminggu student bercuti.. boring jugak kaloooo takder kelas nih. Datang office pun takder apa nak buat.
Hari-hari, ni la kejer ambo..Snap sana..snap sini.. Belajor-belajor teknik composition... Nak buat lagu mana dah takder Tok Guru bertauliah nak ngajor..Hamtam saja laaaa..Kalooo ada yang sudi nak komen gambor2 ambo ni..sila la komen mana tak kena.Posted by Ambo at 11:38 PM 3 comments
Labels: Photography
Thursday, June 04, 2009
.:Berhujung Minggu:.
Ermm..minggu lepas banyak di habiskan dengan lawatan sambil membeli ke kedai Country Home (betul ker ejaan ambo nih )..
My wife ni home lover type..kalau bleh hari-hari nak buat renovation & decoration. Eric Leong pun kalah bah kalau dah naik Sheikh mengemas...But she is very creative & inovative person ala-ala Edward de Bono gitu :-)
Posted by Ambo at 11:06 AM 2 comments
Labels: My life








Alhamdulillah... 





Ini lah Kundasang sebenarnya..Kedai koboi jer..bleh shopping sayur & buah-buahan dengan semahu-mahunya..










