Walaupun tak sealiran dengan nafsu & keinginan.. Aku sangat bersyukur, kerana sepanjang berada di sini Allah S.W.T tak pernah sia-siakan aku..tak pernah pun rasa teraniaya
Kemarin..Satu berita yang lansung tak diduga telah menduga aku..Aku ditawarkan untuk berpindah ke Politeknik Muazam Shah, Pahang. Apakah perancangan Allah selepas ni.. Pagi tadi dah fax surat persetujuan.. Yaaaa..Aku akur, walaupun tempat tu sekali lagi tak sealiran dengan nafsuku. Pasti & pasti ada hikmah disebalik keputusan yang telah dimesyuaratkan & disepakati.
Sedih la kalau betul-betul aku dapat pindah..Confirm aku akan nangis gila-gila punya. Saat aku menulis blog ni pun dah rasa macam nak nangis..Sayangnya nak tinggalkan Sabah..Huhhhh..naik trauma bila ingat pasal nak pindah ni..Tapi bila ingat pada ibu bapa & keluarga...Mereka lebih utama dari segala-galanya.. Adakalanya kita terpaksa korbankan apa yang kita sayang untuk orang yang tersayang... Bah..aku nak nangis jap..
Huh..ujian..ujian...Gambar yang terakhir ni memang betul-betul ujian :-p
5 comments:
Tahniah Siddiq..Pengorbanan untuk ibubapa tiada taranya..dan tidak boleh dibandingkan dengan apa2 sahaja di dunia ini. Moga Bro mendapat kemudahan drpd Allah Taala..sekali dah melangkah..jgn menoleh ke belakang lagi. Kadangkala perkara yang seronok dan manis bagi kita..belum tentu bagus untuk diri kita..dan begitulah sebaliknya..Ada hikmahnya Bro.. Anyway..All the best :)
ingat niat asal kita isi borang pindah...
adakah kita suka-suka isi?
atau...
mesti ada alasan yang kita beri.
GOOD LUCK MY PREN!
Yaaa..salah satu alasannya adalah transformasi diri.. Berada lebih hampir dengan keluarga (confirm).. berkongsi dan menimba pengalaman baru di suasana tempat kerja baru (confirm) & sambung belajar di Universiti Malaysia Pahang (xconfirm lagi, interview next week)
tahniah..
walau di mana jua kita berada...
yang pasti kita akan menjadi pendidik yang dihormati..
selamat berjuang di muazam shah..
redah je...n redha...
gd luck! :)
Post a Comment