Bersenam memang elok bebenor untuk kesihatan..Terutama sekali kepada warga yang tak berapa nak muda macam aku. Tak perlu jogging jauh-jauhpun.. Buat beberapa pergerakan ringkas pun dah memadai kalau rajin nak buat la.
Ini gaya senaman Taici.. sebenarnya bukan Taici pun. Jurufoto (Ayer) sangat bijak meng"capture" gambar ni.. nampak seolah-olah tengah buat senaman Taici.
Yaaaa..inilah senaman yang dinanti-nantikan oleh semua orang, Poco-poco bah ini. Confirm kuar peluh.. Aku mula belajar menari poco-poco ni masa kursus induksi dulu..lepas tu melarat ke kursus BTN..
Selepas bertungkus-lumus & berpenat lelah..Alalalala..Berbaloi ka penat-penat exercise tadi ?
No comments:
Post a Comment