Sibuk bebenor Bandar Kota Kinabalu menjelang cuti sekolah ni.. Ramai ler cikgu cikgi dari semenanjung yang nak kelik kampung. Berikut adalah antara aktiviti wajib mereka sebelum terbang menyeberangi Laut China Selatan..
Aktiviti I
Lokasi:Pasar IkanMasin
Aktiviti: Pusing² cari ikan terubuk masin,udang kering,sotong kering,gamat kering..macam² lagi la yang kering dan masin. Dulu² selalu gak beli ikan keropok kat sini. Masa mula² datang ke Sabah dulu, habis segala benda kat pasar ni aku borong bawak balik kampung..
Aktiviti II
Lokasi:Pasar Kraftangan (Pasar Pilipin)
Aktiviti: Apa lagi kalau tak usha kristal, mutiara, kerongsang, ukiran kayu.. kraftangan Sabah (yer ker ?? bukan pilipin punya barang kaa..). Bagi para suami, jangan risau anda bleh tinggalkan isteri anda di sini seberapa lama yang anda mahu. Datang pagi², balik lewat petang pun tak aper..Pasar ni umpama syurga beli belah bagi kaum Hawa...
Aktiviti III
Lokasi: Pasar Malam Kampung Air
Aktiviti: Bagi yang tak puas lagi shopping atau tertinggal beberapa lagi item untuk dibawa pulang, bleh la bertandang ke sini..Pasar malam ni bermula jam 7.00pm hingga 11.00 pm
2 comments:
Sampi 11.00 mlm? Pergh..jual sakan tuh...
Pasar malam ni khas untuk local people..Pasar kraftangan tu dok gelewat ngan Mat Salleh jah.. Nok tawar menawar pong payoh..
Post a Comment