Friday, November 24, 2006

.:Jelajah Bumi Borneo (I):.

Assalamualaikum..Hai bertemu kita dalam rancangan "Jelajah Bumi Borneo". Rancangan ini akan membawa anda ke tempat² menarik di serata Borneo. Dalam episod kali ini, saya akan mengajak saudara pembaca sekelian ke Tenom,sebuah pekan di Daerah Keningau, Sabah.
Hari cuti atau hujung² minggu biasanya sungai....(err..lupo plak nama sungai ni) memang dikunjungi ramai oleh para pengunjung. Ada yang datang dari KK semata² nak mandi di sungai ni. Gambo kat atas tu adalah geng² cikgu dari semenanjung yang datang berkelah bersama family masing². Yang bertudung pink tu macam pernah ku lihat sebelum ni..Tapi di mana yaaa ? Opps, she's my wife..
Ok,sekarang ni kita berada di Taman Pertanian Sabah. Luas bah taman ni. Ada la dekat 1000 ekar. Mau tercabut kepala lutut nak round seluruh kawasan ni. Kat taman ni macam² adaaaaa..Nak tau apa yang ada jom la mai sini.

Macam² spesis orkid yang pelik² ditanam di sini. Hampeh betul la, time ni bukan musim buah.. kalau tak macam² jenis buah boleh diranggos. Takder rezeki... Kalau nak makan buah datang la sekitar bulan Ogos..

Haaaaa..satu lagi perkara yang menarik di sini adalah "buah ajaib". Buah ni dapat memaniskan segala macam buah yang masam. Anda tak perlu risau untuk mengunyah belimbing buluh, limau purut,limau nipis, mangga muda dan sebagainya setelah memakan buah ajaib ni. Gerenti manis bah.. Tapi jgn makan terlebih dos plak, tak pasal² balik umah makan tomyam Thai pun terasa manis (pengalaman penulis). Sungguh sadisss..

Yang ni plak teratai gergasi..kalau berani cuba la duduk bersila atas tu.. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.. Kuang 3x

Kalau dah lenguh jalan kaki tu..sewa la basikal. Bleh explore lebih jauh lagi..Terkenang zaman sekolah rendah dulu. Basikal ni la yang di kayuh setiap hari.. lalalala..

Hai cik adik..hati-hati ketika menunggang.. silap hari bulan terbabas masuk kolam plak.. Ngeh3x..

Ok..sampai di sini dulu rancangan kita pada hari ini.. InsyaAllah, di episod akan datang saya akan mengajak pembaca sekalian ke tempat yang lebih menarik lagi..Bahhh..masa untuk bercanda di bawah pokok..

No comments:

About Norashady bin Mohd Noor

Norashady bin Mohd Noor was born on March 16th 1980 in Kampung Keladang, Salor in Kelantan and is happily married to Nor Farah Wahida binti Mohd Noor. They are both a dotting parent to Wisam Wafiy, Maryam Raeesa and Ameena Sabrina.

Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf