Setiap cikgu ada kelebihan dan kehebatan masing2. Tapi kehebatan Cikgu Che Minah memang luar biasa. Dialah cikgu yang paling garang pernah ambo jumpa.. Cikgu disiplin pun tak segarang dia. Tapi dialah yang paling disegani & di sayangi muridnya. Setiap tahun, semua pelajar berebut2 nak masuk kelas 6 Melur..Cikgu Che Minah memang jenis orang kerja kuat.. Siang malam buat kelas tambahan. Setiap hari sebelum memulakan kelas, dia akan buat congak sifir. Setiap jawapan yang salah, kena lekok kat dahi..Adoiiii, kalau sepuluh soalan..salah lima, mahu benjol dahi dibuatnya kena pelekuk 5 kali kat tempat yang sama. Itulah trademark Cikgu Che Minah. Bukan setakat matematik, bahasa melayu dan penulisan pun dia jugak yang ngajor...Huhuhu..hari-hari kena siapkan 4,5 karangan berlainan topik dan format..
Alhamdulillah...Berkat penat lelah Cikgu, hampir keseluruhan pelajar kelas 6 Melur setiap tahun telah mendapat 4A dalam UPSR. Ambo cuba jugak mencontohi @ meneladani kegigihan Cikgu Che Minah..tapi setakatnya ni..huhuhuhu jauh lagi ketinggalan. Dulu, ambo terpikir gak, kenapa la Cikgu Che Minah ni bersungguh bebenor mengajar. Dia punya semangat mengajar tu seolah-olah macam dia yang nak ambik exam. Skang bila ambo dah berada di tempat dia, baru la ambo paham kenapa..Kepuasan yang tak terhingga bagi seorang cikgu adalah apabila melihat anak2 muridnya berjaya..lebih gembira jika anak muridnya lebih berjaya daripadanya..Tidak ada hadiah yang lebih berharga buat seorang guru selain daripada ucapan "terima kasih cikgu" dari anak didiknya..Setiap tahun pelajar sentiasa datang dan pergi..Yang tinggal hanyalah kenangan.. Esok, bermulanya Final Exam..beerti satu batch student akan menamatkan pengajian 2 minggu lagi.. Bulan depan satu batch akan datang melapor diri..Begitulah rutin ambo di politeknik ni.. Harapan ambo..moga2 semua student ambo dapat menghadapi exam dengan tenang dan berjaya dalam hidup masing-masing...
p/s: Gambar-gambar yang diupload dalam entry ni lansung tidak ada kena mengena dengan Cikgu Che Minah atau sambutan Hari Guru. Gambor2 ni semua adalah kenangan ambo bersama projek2 pelajar semester akhir...Seronok bila tengok pelajar2 ni berjaya merealisasikan idea masing-masing..Rata2 diorang ni ambik subjek rekabentuk kejuruteraan dengan ambo..
2 comments:
Selamat Hari Pendidik tuan pensyarah :D
www.angrianiworld.com
Hai..Puan Agriani, Abey Ney takdok blog ko ??
Post a Comment