Thursday, April 30, 2009

.:Pelanduk 2 serupa:.

Ada sesapa tau tak apa maksud "Madame je ne mange pas six jours" tuuu ?? Tiba² terjumpa mamat ni yang seiras dengan muka Ambo..

Wednesday, April 29, 2009

.:Mari Berimaginasi:.

Hari ni tiba-tiba jaaa gas asitelin habis..Tak tau la samada betul² habis @ saluran tersumbat..Presure tak naik.. Tension kawe !!! Makanya lepas breakfast di Abah & Angah Restoren, Ambo pun dok la bercongok dengan PC..Ni ler hasil imaginasi Ambo hari nih..memang takdok kojo botul !

Apo yang special tu ??? Ramai betul dok tengok..

Lukis elok² yaaa pakcik muka ambo tu..Janggut tu kasi lebat sketttt yaaa. Kening ok dah tu ala² Ziana Zain
Kek mana ekau tampal muko den anok beranok tu hah ????

Oittt..ekau ni apo hal ??? Dok tonung² muko bini den..Nak kono belasah yooo ???


Okeh darling..Ni bakal hadiah ulang tahun sayang tahun ni :-p

Friday, April 24, 2009

.: Rombongan dari Tawau:.

Semalam Ambo terpaksa batalkan kelas sebab ada rombongan pelajar jurusan automotif dari Kolej Komuniti Tawau mai melawat jabatan Ambo. Seperti biasa, setiap kali ada tetamu mai nak melawat bengkel mekanikal, Ambo la yang kena intertain..Dah memang tugas penyelaras hal ehwal pelajar jabatan, nak buat lagu mano..

Ermmm..dah memang namanya student automotif, memang suka bebenor la pulas² stereng ni. Di PKK ni walaupun takder kursus automotif, setiap semester mesti ada budak buat projek auto.. Bagus,bagus,bagus.... lecturer diorang jugak yang dapat meng"Impak Maksima"kan design² mereka nih hehehe..
Skang ni kita berada di bengkel logi..Agak banyak jugak gajah² putih kat sini.. Banyak instrument yang harganya ribu riban tapi lansung xleh & tak penah digunakan.. Ambo sendiri tak pernah tengok pun model enjin yang dalam gambar tu beroperasi..huhuhu

Petangnya ada football friendly antara team PKK vs KK Tawau.. Wafiy sekar pemain di bangku simpanan jer petang tu.. Tiba² muncul satu objek yang agak familiar, dan Wafiy berjaya mengesannya..

Wafiy: "Babah..Babah..Kapal tebang..Kapal tebang..Mama turun..Mama turun.."

Hai..dah nak maghrib nih..udah² la mainnya..Senja² begini taraaaa baik oooooo main bola..

Yaaaaa..Wafiy ada aktivi baru setiap malam skang nih..Lepak di library. Bertambah cantik library PKK skang ni sejak di terajui oleh En. Ali yang cukup kreatif. Berada di library seolah² berada di hotel 5 bintang..Ok sekian dahulu laporan hari ni..SiddiQ Walia melaporkan dari PKK..

Thursday, April 23, 2009

.:Wissam Wafiy:.

Hai..Await yang berserabut bebenor rambut hang tu Wafiy ?? Tengok saja ka, jom la main..

Hak ni permainan yang dia paling suka..tak sempat naik tangga dah.. Main panjat jaaa Wafiy nih

Lepas tu menghempaskan diri sendiri..Ni lah aksi favourite dia

Petang² macam ni..memang ramai la rakan² sebaya yang bergelonsor & berjongkang-jongkit..

Alamak !! Berlaku kesesakan..Siap tertonggeng² lagi tu, hohoho.. Oit, apa tolak² ni, tara baik ooo



.:Gas Welding:.

Minggu ni kebanyakkan aktiviti lebih tertumpu kepada amali kimpalan gas. Dah nak habis semster baru bekalan gas oksigen & asetilena sampai..Biasanya tiap² minggu rilek² jer sebab bengkel kimpalan gas selalu batal & student pun bukan main seronok lagi sebab dapat balik awal.. Sekarang ni..nahhhhhh! 40 orang sekali masuk bengkel, tak terkawal jadinya..



Dua tiga hari ni..memang sesak napas la di buatnya...Student semester akhir plak sibuk dok kejar masa nak siapkan projek akhir. Next week dah nak kena bentang projek. Macam biasa la kejer last minit..Student yang berlima ni plak..kononnya nak bergambar kenangan laaa sebab semester depan dah nak gradute.Ermmm macam confident jer bleh lepas projek akhir tu..Anyway ambo pun doakan demo ni semua lulus semua paper semester ni. Dok lama² kat sini pun buat aper, baik cepat² pi sambung degree kaaaa... kerje kaaa cari pengalaman dulu.. :-)

Tuesday, April 21, 2009

.:Obses Kapal Terbang:.

Setiap kali Wafiy nampak kapal terbang..Wafiy akan panggil Mama..Mungkin Wafiy berfikiran, asal ada kapal terbang jer, mesti mama ada dalam tu.. Sampai nak tido pun asyik main kapal terbang.. Pagi² ada rancangan kartun baru plak..kartun kapal terbang, lagi la dia obses.

Pagi tadi pegi hantar Wafiy ke nurseri lewat sket, sebab last² minit dia nak mandi dengan Babah plak..rupa²nya pempers dah bocor daaaa,huhuhu..terpaksa la bawak gi ofis dulu, takut babah tak sempat nak thumb print pagi ni..
Kesian demo nih..Minum susu tak berbantal, Wafiy sorang jaaa yang ada bantal.. Tilam pun tak beralas..Nak kena saman agaknya owner nurseri nih..

Babah plak biasa tengah hari balik lunch kat umah ngan Mama.. Skang bila Mama takder, nak tak nak keluar gak gi lunch bertemankan INA..Kesian INA dah lama dia tak memanjakan diri. So kemarin bawak INA pegi spa..bila dah basuh baru la perasan kesan² calarnya di sana sini.. Ermmm tunggu balik Kelantey la kalau nak polish pun..

"Hellooooo adik manis..taraaaa sekolah ka iney ari bai ??? Taraaaa baik ooooo..."

Monday, April 20, 2009

.: Babah,Babah,Babah..Mama ???:.

Kelmarin..dengan berat hatinya Mama berangkat ke Johor Bharu meninggalkan Babah & Wafiy selama 2 minggu.. Kesian Mama tengah² sarat pregnant 7 bualan terpaksa jugak (tak boleh tolak @ tangguh) berkucusss. So hari ni bermula la kehidupan Babah & Wafiy tanpa Mama..kuang3x.. Wafiy mungkin agak kebingungan lagi.. mana Mama ni ??? Babah..Mama ?? Adussss penat jugak nak menjawab.. nak² time tengah drive..Biasanya Wafiy selalu bertenggek kat riba Mama. Hari ni dan seterusnya, riba Babah la pulak.

Sebelum berlepas..Yok kita posing dulu..Huhuhu, Wafiy time ni tak tau lagi dia nak kena tinggal.

Bila Mama dah masuk balai berlepas..15 minit lepas tu baru Wafiy merengek cari Mama.. Masuk dalam keter jer, terus menangis..Uwaaaaa3x, nak tengok kapal terbang. Last² Babah bawak la pegi tepi landasan tengok kapal terbang
Okeh Wafiy..Mama dah terbang tu, Jom pi lepak² kat Second Beach..

Mama..Wafiy rindu Mama... (Ayat Babah sebenarnya ni..)

Friday, April 17, 2009

.:Kedai Ubat SiddiQ:.

Semenjak artikel pasal kerusi goyang @ henjut @ lazy disiarkan..Nampaknya Si Ah Fatt dah tak menang tangan dibuatnya. Saban hari ada jer tempahan kerusi yang sama. Habis semua stok rotan yang ada. Ermmm.. best jugak ada kemahiran ni, campak di ceruk mana pun InsyaAllah bleh survive. Orang kata (bukan Ambo kata) kejer makan gaji ni kasta yang paling rendah sekali. Tiap² bulan tunggu gaji masuk. Kejer kuat ker tak kuat sama jugak gajinya.

Ranking atas sket, bekerja sendiri..Bebas nak masuk kejer mana²,bila²..nak cuti anytime jaa.. Orang sabah bilang "Dari kita juga bah ituh". Pada pandangan Ambo,kejer sendiri ni mengajar erti kecekalan dan disiplin diri.. Kalau malas² alamat tak berasap la dapur (pendapat peribadi).


Atas lagi daripada tu adalah "Business Owner". Hak ni sedap skettt la sebab kita yang jadi Boss @ Taukeh. Ermmm ramai jugak member² Ambo dulu jenis yang takleh kejer ngan orang. Panas baran @ hot temper. Orang macam ni Ambo ingat sessssswai kejer sendiri or bukak bisnes sendiri, tapi kaloooo dia yang jadi Boss.. confirm garang @ tegas gila babi punya. Ambo ada gak angan² nak memiliki perniagaan sendiri. ( Kedai kat atas tu takder kena mengena dengan Ambo & tak minat pun nak bukak kedai ubat..kuikui) Kalooo bleh Ambo nak bukak kedai buku & permainan budak² & antik..Hohoho 3 in 1. InsyaAllah..


Last sekali...Ranking yang paling tinggi dalam pencarian rezeki ni adalah "Investor". Pada tahap ni tak perlu pening² dah (kata orang). Kalooo sebelum ni kita bekerja untuk duit, tapi pada tahap ni "Duit akan bekerja untuk kita". Lantaran itu lah semacam dah jadi satu trend skang ni, masing² sibuk nak melabur sana sini. Macam² skim di wujudkan semata² untuk mendapatkan jalan pintas menuju lavel investor ni. Ambo no komen. Bab² macam ni kena mengadap Tok² Guru yang betul² Mursyid. Hehehe..Rezeki di mana² tuhan dah janjikan, walau dalam apa keadaan sekali pun..kalau dah memang rezeki kita, tak lari bah gunung di kejar. Yang paling penting kita kena pastikan punca rezeki kita tu benar² 100% halal agar berolah kebarkatan dari Nya.. Kalau rezeki tu berkat..sikit macam mana pun, banyak macam mana pun...pasti dan pasti Allah akan cukupkan..Untuk apa berlebih² sedangkan suatu masa nanti kita akan kembali pada Nya tanpa membawa apa² selain iman & amal. Rezeki anak & Isteri bukan kita yang tentukan..Allah dah sediakan untuk mereka.

Apa² pun walau sekuat mana kita bekerja..jangan sekali² yakin bahawa kejer kita itu yang mendatangkan rezeki pada kita.. Kejer cumalah asbab, untung rugi semua dalam pengaturan Allah. Allah tak pernah perintahkan kita buat dosa untuk dapatkan rezeki daripada Nya.. Perbanyakkan syukur, kerana hanya dengan syukur hati kita akan lebih tenang. Wallahua'lam..




Tuesday, April 14, 2009

.:Kerusi Goyang:.


Kemarin...

Ah Fatt: "Hello Cikgu siddiq, itu kerusi goyang saya hantar malam esok yaaa..Esok saya sekali jalan hantar barang ke Putera Jaya jugak.."
Ambo: "Ok, no problem..."
Keesokkan hari...
Ah Fatt: "Hello Cikgu, saya di depan rumah suda.."
Ambo: "Ok, sekejap saya bukak pintu pagar.."

Nahhhh..sekali bukak pintu..bukan main gedabak lagi kerusi goyang @ kerusi malas tu.. ingatkan biasa2 jaaa. Last week baru dok bersungut bila Ah Fatt nak start buat kerusi tu, rupanya dalam masa seminggu jer dia siapkan 2 biji kerusi ni. Walaupun setiap kali membuat tempahan, ambo tak pernah pun bagi design terperinci, tapi hasil kerja Ah Fatt tetap superb!!

Sangat menepati & memenuhi ciri2 estetik dan ergonomik. Yang paling penting sekali, setiap designnya mematuhi ukuran entropometrik walaupun tak pernah mengikuti sebarang kursus rekabentuk. Harga untuk setiap tempahan pun memang berbaloi. Kalau nak di bandingkan dengan produk jati yang designnya very simple, dengan harga sebiji kerusi berasaskan jati tu ambo dah bleh dapat 2 biji kerusi berasaskan rotan yang mana kualiti dan ketahanannya memang nampak setara.

Tapi yang peliknya, Si Ah Fatt ni very low profile orangnya.. Tak ramai yang tahu kehandalannya membuat perabot rotan.. Setiap kali selesai menyiapkan tempahan, tak pernah pun nak snap barang sekeping dua gambar untuk simpanan sebagai rujukan orang lain. Bila nak tengok contoh, jawapannya " Aiyaaaa saya tidak simpan itu gambar ooo.." Kadang-kadang bila ambo nak bagi design sendiri, takut plak design Si Ah Fatt tu lebih cantik dari Ambo punya..( tapi biasanya memang begitu laaa..kuikuikui)

So guys...sesapa yang berminat bleh la berkunjung ke rumah Ah Fatt di Penampang. tapi jangan harap la bleh tengok contoh perabot macam kat show room kedai perabut..memang takdernya. Korang hanya bleh dengar dan imagine sendiri design2 si Ah Fatt tu..

Monday, April 13, 2009

.:Blogger PR ?:.


Hai..ambo kembali lagi dengan semangat baru (Hehehe dengan broadband celcom baru sebenarnya). Lama bebenor menyepi. Terasa kaku sket jari jemari yang mulus ni nak menaip.. Koya molekssss.. Sepatutnya + seharusnya, ambo dah bley start jadi blogger tegar saat ini kerana dua gadjet utama yang kuimpi2 sebelum ni dah ada didepan mata.. Cuma tak tau lagi nak decide jdi blogger pakatan rakyat kaaaa pembela rakyat..(Dua-dua PR jugak bah itu..)

Thursday, April 02, 2009

The Power Of Love

Ke mana sahaja kita pergi kita pasti mendengar perkataan cinta, baik dalam akhbar, novel mahupun kata-kata. Ramai yang mengatakan bahawa cinta itu buta dan ramai juga yang menyatakan bahawa kita boleh buta kerana cinta. Mungkin benar mungkin tidak.

Pada pandangan ambo memang benar jika cinta yang hanya melihat dengan nafsu. Nafsu bagi pengamal meditasi super sedar bukanlah seperti yang digambarkan oleh kebanyakan, tetapi nafsu adalah sesuatu yang mempunyai skop kerja yang begitu luas.

Mungkin cinta itu tidak buta jika cinta dijadikan panduan untuk menyuluh hidup sekiranya memahami hakikat cinta. Kerana cintakan anak-anak maka kita tidak akan rela jika anak–anak kita tidak mempunyai masa depan yang cerah. Percintaan sedemikian akan memandu kita ke arah yang lebih positif serta melakukan apa sahaja termasuk berkorban atau memarahai anak-anak kita supaya dapat membentuk sebuah kehidupan yang bermakna. Jika ditanya adakah cinta itu sesuatu yang negatif, jawapan ambo tidak, kerana cinta yang tulus serta tidak dibayangi oleh tuntunan nafsu adalah satu energi yang begitu kuat. Dengan sebab itu ambo mengatakan meditasi super sedar membuktikan tentang kuasa serta kehebatan cinta agung yang begitu tulus.

Ambo seringkali dihujani dengan soalan bagaimana caranya untuk bercinta dengan Allah swt. Ramai sekali yang ingin bercinta dengan Allah swt hinggakan ramai yang tersilap langkah. Sebelum menjawab soalan sedemikian, ambo sering bertanya“adakah kamu pernah bercinta?” Ambo bertanya lagi “sewaktu kamu bercinta kira-kira berapa lama kamu bergayut di telefon?” ada yang menjawab dua jam bahkan ada yang mencapai lapan jam sama seperti orang bekerja lamanya, begitulah hebat penangan cinta. Jika kita bekerja lapan jam pasti kita akan berhenti makan, paling tidak kita mencuri sedikit waktu untuk melepaskan lelah. Namun mereka yang bercinta tidak dapat berbuat demikian kerana takut membazir waktu dalam berhubungan.

Ketika waktu generasi dahulu, bercinta menggunakan surat dan apabila membaca surat kiriman yang terambong, hati berbunga-bunga hingga terasa si dia yang dicintai berada di sisi serta tak kurang juga terdengar suaranya membaca surat yang dikirim. Dengan arus kemodenan, kaedah bercinta pun mula berubah, surat yang dulu rajin ditulis kemudian bertukar menjadi telefon. Jika dahulu boleh kita lihat mereka yang bercinta akan membawa segenggam duit syiling untuk dijadikan bekalan telefon… seringgit mungkin tidak cukup kerana nanti nak bercakap di telefon mengambil masa yang lama. Dahulu telefon-telefon awam didirikan di tepi jalan, dan ketika menggunakan telefon sering terganggu dengan bunyi kenderaan yang lalu lalang. Apa yang menghairankan ialah mereka yang bercinta menggunakan telefon awam boleh bercakap dengan si dia dalam apa keadaan pun samada bising dengan kenderaan yang bertali-arus atau panas terik mahupun hujan. Keadaan sekeliling tidak langsung mempengaruhi mereka kerana ketika itu apa yang penting ialah mendengar suara orang yang dicintai dan mengucapkan ucapan yang sering disebut ketika dahulu jiwang-jiwang.

Cuba anda renungkan kembali betapa hebatnya penangan cinta. Cinta yang dahulunya ditunjangi oleh surat, kemudian bertukar ke telefon awam dan rumah kini ditunjangi pula oleh satu wadah yang lebih efisyen iaitu telefon bimbit dan internet. Hubungan terjalin dengan percakapan atau mungkin juga dengan sms dan sekarang mms dan mungkin pada masa hadapan ianya lebih hebat lagi.

Hebat.. hebat … kuasa cinta membuatkan siapa sahaja yang mengalaminya menjadi hebat walaupun adakalanya pada mata orang lain ianya satu kelemahan dan merimaskan, tapi mereka tidak peduli kerana ungkapan “aku cinta pada mu” lebih menguasai diri. Yang dikatakan cinta itu buta ialah kerana pasangan yang bercinta tidak langsung melihat negativiti yang ada pada pasangan masing-masing.

Izinkan ambo mengambil contoh satu pasangan yang bercinta dan si lelaki tanpa pengetahuan si perempuan rupanya adalah seorang penagih dadah. Hal ini kemudiannya terhidu juga oleh si perempuan dan bukan dia sahaja yang dapat menghidunya tetapi kaum keluarganya juga dapat menghidu rahsia yang disimpan oleh si lelaki. Keluarga sebelah perempuan kemudian menasihatkan si perempuan tadi untuk memutuskan hubungan dengan si lelaki kerana pada pemerhatian mereka si lelaki adalah seorang penagih tegar.

Namun cinta menguasai segalanya, nasihat yang dicurahkah tidak langsung memberi kesan mahupun masuk ke telinga si perempuan kerana dia mempunyai keyakinan penuh terhadap pasangannya. Dia begitu yakin dengan teman lelakinya kerana dia mempercayai setiap apa yang yang dikatakan oleh teman lelakinya. Kata teman lelakinya ketagihan itu telah menjadi sejarah, dia tidak lagi menagih dadah walaupun pada hakikatnya dia masih lagi menagih. Pujuk rayu si lelaki itu termakan oleh si perempuan. Ambo berpendapat pujuk rayu itu tidak termakan oleh si perempuan tetapi wanita tersebut telah dikuasai oleh cinta dan jiwanya hanya mendengar kata-kata teman lelakinya. Sekali lagi hebatnya cinta…walaupun akhirnya cinta sedemikian merosakkan diri tetapi dengan pantas mereka menjawab cinta perlukan pengorbanan.

Itu lah cinta… begitu berkuasa, begitu hebat dan mampu mengubah apa sahaja kerana kekuatannya bukan tandingan manusia… lebih hebat dari nuclear… lebih halus dari sihir hingga begitu susah untuk mengubatnya.

Persoalannya, mengapa kita mampu bercinta dengan manusia tanpa disuruh–suruh dan mengapa kita begitu payah untuk bercinta dengan Allah swt. Manusia hanya berada dengan kita sewaktu kita jaga sedangkan Allah swt sentiasa bersama dengan kita. Bertahun lamanya ambo memohon kepadaNya agar dikurniakan kupasan yang mudah dalam memahami hakikat cinta. Kerana cinta ramai yang sesat, kerana cinta ramai yang ego dan kerana cinta ramai yang berpura-pura.

Rumusan ambo mengatakan bahawa Allah swt mengurniakan benih cinta dalam diri manusia terhadap manusia lain dan juga terhadap makhluk lain kerana Allah swt ingin mengajarkan kita bagaimana caranya untuk mencapai cintaNya. Setelah kita memahami rasa cinta itu dan mengetahui hakikat cinta itu, kita pasti mampu bercinta dengan Allah swt dengan jiwa yang luhur. Kita sering mengambil Islam itu sebagai apa yang ambo terjemahkan sebagai "ritual based religion”, dimana Islam itu hanya dikaitkan dengan ibadah khusus sahaja. Ambo berpandangan Islam itu melangkaui ritual based kerana Islam itu adalah tatacara hidup ataupun way of life yang perlu dibawa ke mana sahaja dan di mana sahaja seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah saw.

Untuk menjadikan Islam itu sebagai way of life perlu ada cinta. Pasangan yang bercinta akan memahami kehendak pasangan masing-masing dan kemudiannya akan mengikut jalan ataupun sikap salah seorang yang dominant di antara mereka. Begitu juga jika kita bercinta dengan Allah swt sudah pasti kita akan hidup dengan tatacara yang Allah swt sinarkan kepada kita.

Ambo ingin berkongsi pemahaman cinta serta jalan bercinta, ketika kita bercinta sesama insan kita akan mulakan dengan bercinta dan dari cinta lahirlah keyakinan kerana kita banyak melihat pembuktian cinta contohnya mengingati hari lahir, memberi hadiah, membantu ketika susah dan sebagainya. Dari keyakinan itu timbullah kepercayaan yang tidak berbelah bahagi. Itulah rantai cinta ynag kita bina apabila berhubungan denngan manusia, dari cinta datang yakin, dari yakin timbul percaya. Akan tetapi hal sebaliknya berlaku apabila kita bercinta dengan Allah swt. Kita mulakan dengan percaya dan dari percaya barulah menambah ilmu mencari yakin walaupun kita lupa yakin hanya akan datang dengan bukti dan ilmu itu sekadar panduan.

Bukti Allah cintakan kita terlalu banyak dan oleh kerana terlalu banyak, kita rambang mata dan dari rambang mata kita tidak perasan dan akhirnya kita buta lalu memutuskan bahawa setiap kejayaan itu berlaku hanya kerana usaha keras kita. Akibatnya kita terus mencari-cari bagaimana jalannya bercinta dengan Allah swt. Cinta kemudian difikirkan boleh dibuat-buat, namun kita lupa bahawa cinta itu perasaan dan perasaan tidak menipu. Walau sebanyak mana kita keluarkan kata-kata cinta tetapi jiwa masih bertuhankan nafsu maka tiada istilah cinta di situ.

Masalahnya di sini, aturan untuk cinta dengan Allah swt telah kita mulakan dengan percaya; walhal jika boleh ambo katakan, percaya itu tahapnya amat rendah. Ambo boleh jadi percaya dengan seseorang tetapi belum tentu ambo yakin dengannya apatah lagi cinta; tetapi jika ambo menyintai seseorang, sudah pasti ambo yakin dengannya bahkan setiap tuturkatanya menjadi azimat kerana ambo mempercayainya.

Mulai sekarang perbetulkanlah susun atur rantai hubungan cinta agar kita dapat merasai nilai cinta agung dan setiap perkara itu pasti mempunyai kunci. Di ruang yang terhad ambo tidak dapat berkongsi kuncinya apatah lagi pemahaman setiap individu itu berlainan diantara satu sama lain. Semoga dengan coretan ringkas ini anda dapat mengubah persepsi cinta Allah swt dan memulakan satu kehidupan yang dipenuhi dengan rasa cinta. InsyaAllah hidup kita akan lebih aman bahagia tanpa syak wasangka serta melihat setiap insan adalah makhluk Allah swt yang kita cintai dan rasa cinta akan melangkaui suku bangsa, agama, keturunan bahkan dengan makhluk lainnya seperti binatang dan tumbuhan.

Segala yang kita lihat dan sentuh akan terasa nilai kecintaan kita kepada Allah swt dan apabila disebut nama Allah swt yang dicintai lagi dirindui maka bergetarlah dada. Sama juga keadaannya jika seseorang menyebut nama pasangan anda pasti anda merasakan getaran cinta. Begitulah juga apabila nama Allah swt Tuhan yang Maha Menyintai disebut, bergetarlah dada meruntunlah sukma.

Kata bijak bistari cinta letaknya di hati, meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan

About Norashady bin Mohd Noor

Norashady bin Mohd Noor was born on March 16th 1980 in Kampung Keladang, Salor in Kelantan and is happily married to Nor Farah Wahida binti Mohd Noor. They are both a dotting parent to Wisam Wafiy, Maryam Raeesa and Ameena Sabrina.

Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf