Gambar ni di snap ketika trip ambo sekeluarga ke Sarawak.. Sarawak ???? kami bukan ke sana ikut jalan udara bah..Ikut jalan darat & bertiga beranak sajer. Ini lah trip paling jauh setakat ni bersama Livina..
Hari ni genap setahun usia My Livina..Tak banyak mana pun perubahan padanya.. Yang penting nak sara livina bukan alang2 jugak..Kaloooo ambo ni bujang, tak tau la mampu ker tidak nak maintain livina ni sampai skang.

Livina juga menambahkan & meluaskan lagi kenalan ambo sama ada di alam maya @ nyata di seluruh Malaysia
Tapi dream car Mama dulu Toyota Estima & Wish...huhuhuu tak dapek ambo nak accomplish ur dream sebab time tu kita terdesak sangat nak pakai keter. Banyak sungguh suka duka bersama iswara WDB1876 dulu..Rosak tengah jalan, habis minyak, meredah hujan lebat tanpa wiper, putus clutch tengah-tengah jalan sibuk, bateri habis kat KK sebab lupa tutup lampu..Ngam2 sampai umah bateri terus kong, enjin over heat sampai terpaksa timba air lopak untuk sejukkan enjin, berpanas (bersauna) dalam keter... Fuhhh ! Sungguh mencabar kesabaran dan keimanan..Bila di kenang kembali kenangan lalu..ambo bersyukur sangat dengan apa yang ada skang nih.. Terima kasih kepada Bro Roslee Ghani selaku mekanik peribadi ambo selama ni..
Di sini la ambo service keter every 5000 kilometer. Yang paling kiri dan paling skema tu livina ambo la tu..

Di sini la ambo service keter every 5000 kilometer. Yang paling kiri dan paling skema tu livina ambo la tu..Haaaa..yang ini plak orang-orang kuat Mylivina Club (kecuali yang berbaju hijau tu..) Dengan otai-otai (Bro Awang & Roy) ni la ambo banyak dapat tip penjagaan kereta..Yang sebenarnya ambo ni memang buta pasal keter. tau sket2 jaaaa melalui pembacaan. Walau apa pun..kereta ni hanyalah sekadar keperluan hidup..Untuk bergerak dari point A ke point B..tak kira la lambat ker cepat, seksa atau selesa..selagi kereta tu dapat memenuhi keperluan kita..cukup la dengan apa yang ada.. jangan pula kereta menjadi maksud hidup kita..Hari2 dok pikir untuk menyempurnakan keperluan kereta, bukannya anak dan isteri..huhuhu..Fikir-fikirkan, selamat beramal....









Ambo..nak citer pasal program "Gempita Sekampung". Baru berjinak-jinak dengan photoshop.
Huhhhh..lemah betul pasal saiz..kocik la pulak..huhuhuhu
Subjek ni taklah susah sangat, sebab ada jugak student yang score 100% masa final exam(mostly perempuan). Yang hantar kertas kosong pun ada. Warghhhhh!!!!
Haaaaa..ni la dia student ambo, tengah khusuk menjawab. Hehehehe..15 minit pertama mesti la khusuk. Ambo berharap bebenor depa ni semua lulus at least "C". Tak mau dah tengok muka2 depa ni semester depan. Ambo nak tengok wajah2 ceria depa hari konvokesyen. Jangan kerana kandas subjek nih, terpaksa kena "X10" satu semester..
Entri ni sepatutnya dipublishkan kelmarin sempena sambutan Hari Guru..Tapi tertangguh sebab ambo tak jumpa gambar guru kesayangan ambo..Dah puas gelidah laptop ni, tak jumpa2 jugak..Hampa betul.. Terima kasih Cikgu.. Cikgu Che Minah bt Che Mamat merupakan cikgu favourite ambo sewaktu belajar di Sekolah Kebangsaan Pulai Chondong (1).
Setiap cikgu ada kelebihan dan kehebatan masing2. Tapi kehebatan Cikgu Che Minah memang luar biasa. Dialah cikgu yang paling garang pernah ambo jumpa.. Cikgu disiplin pun tak segarang dia. Tapi dialah yang paling disegani & di sayangi muridnya. Setiap tahun, semua pelajar berebut2 nak masuk kelas 6 Melur..Cikgu Che Minah memang jenis orang kerja kuat.. Siang malam buat kelas tambahan. Setiap hari sebelum memulakan kelas, dia akan buat congak sifir. Setiap jawapan yang salah, kena lekok kat dahi..Adoiiii, kalau sepuluh soalan..salah lima, mahu benjol dahi dibuatnya kena pelekuk 5 kali kat tempat yang sama. Itulah trademark Cikgu Che Minah. Bukan setakat matematik, bahasa melayu dan penulisan pun dia jugak yang ngajor...Huhuhu..hari-hari kena siapkan 4,5 karangan berlainan topik dan format..
Kepuasan yang tak terhingga bagi seorang cikgu adalah apabila melihat anak2 muridnya berjaya..lebih gembira jika anak muridnya lebih berjaya daripadanya..Tidak ada hadiah yang lebih berharga buat seorang guru selain daripada ucapan "terima kasih cikgu" dari anak didiknya..Setiap tahun pelajar sentiasa datang dan pergi..Yang tinggal hanyalah kenangan.. Esok, bermulanya Final Exam..beerti satu batch student akan menamatkan pengajian 2 minggu lagi.. Bulan depan satu batch akan datang melapor diri..Begitulah rutin ambo di politeknik ni.. Harapan ambo..moga2 semua student ambo dapat menghadapi exam dengan tenang dan berjaya dalam hidup masing-masing...













Halloooo Boss..possing baeeeekkk nampak. Amacam Boss parti tadi Ok tak ?? Apsal Boss menangis sakan kat KFC tadi ??? Kuikuikui..