Thursday, November 30, 2006

.:Karambunai:.

Ini bukan post pasal Karamunai Resort atau Hotel Nexus bertaraf 5 bintang di Karambunai tu, tapi pasal Klinik Desa Kg. Karambunai.. Apa istimewanya klinik ni ?? Kalau tak kerana wife aku, mungkin aku tak kan jejakkan kaki ke klinik ni atau tak tahu pun kat mana klinik ni..

Hari ni usia kandungan wife aku dah hampir 7 minggu. Hari ni jugak (Khamis) dikhaskan untuk ibu-ibu pregnant mendaftar nama dan membuat pemeriksaan kesihatan. Bukan main sesak, datang jam 8.00 pagi..pukul 10.00 baru siap. Macam² gelagat orang yang datang. Orang Sabah ni rata²nya anak ramai..Diorang tak suka merancang² ni. Satu kebanggaan bagi mereka kalau ramai anak. Murah rezeki...

Next appointment 27 Disember, nampak gaya pukul 7.00 pagi dah kena terpacak kat sana kalau nak jadi orang 1st. Tak sabar rasanya menanti tarikh due date 20 Julai 2007. Ya Allah, perkenankan lah hajat hambamu ini..Semoga semuanya selamat.. Amin Ya Rabbal Alamin..

Sunday, November 26, 2006

.:Jelajah Bumi Borneo (II):.


Hai..bertemu lagi di episod kedua. Kali ni kita pi skodeng daerah Kudat plak.. Kat sini ada satu tempat yang belah tahan cantiknya.. Pernah dulu saya dengar citer ada sebuah pantai di Kudat yang tergolong dalam 10 buah pantai yang tercantik di dunia. Bleh percaya ker ??


Haaaa.. Setelah drive selama 3 jam dari KK dan tiba di "Tanjung Simpang Mengayau".. Setelah bersaksikan dengan mata, kepala, lutut dan sebagainya... Barulah saya benar² yakin dengan dakwaan tersebut. Malah inilah pantai terindah yang pernah saya lihat sepanjang hayat saya..
Tak dapat nak digambarkan sepenuhnya keindahan panorama di pantai ni dengan lensa kamera saya yang amat terbatas ini. Next time datang kena bawak handycam baru puas hati..


Haa.. Kat sinila lokasinya,di hujung tanduk Borneo


Sorry, penulis terlalu excited agaknya sampai terloncat² macam...

Abadikan kenangan di atas hamparan salji yang memutih..

Lepas bergambar kat salji, kita posing kat gurun plak...

Yang sebenarnya takderpun salji atau gurun kat Simpang Mengayau ni.. Semua tu kesan fenomena alam dan faktor geografi di kawasan ni (betul ker fakta aku ni). So..apa tunggu lagi ?? Jom la sama² kita mengayau..(Ada sapa tau tak makna mengayau tu ?)

Friday, November 24, 2006

.:Jelajah Bumi Borneo (I):.

Assalamualaikum..Hai bertemu kita dalam rancangan "Jelajah Bumi Borneo". Rancangan ini akan membawa anda ke tempat² menarik di serata Borneo. Dalam episod kali ini, saya akan mengajak saudara pembaca sekelian ke Tenom,sebuah pekan di Daerah Keningau, Sabah.
Hari cuti atau hujung² minggu biasanya sungai....(err..lupo plak nama sungai ni) memang dikunjungi ramai oleh para pengunjung. Ada yang datang dari KK semata² nak mandi di sungai ni. Gambo kat atas tu adalah geng² cikgu dari semenanjung yang datang berkelah bersama family masing². Yang bertudung pink tu macam pernah ku lihat sebelum ni..Tapi di mana yaaa ? Opps, she's my wife..
Ok,sekarang ni kita berada di Taman Pertanian Sabah. Luas bah taman ni. Ada la dekat 1000 ekar. Mau tercabut kepala lutut nak round seluruh kawasan ni. Kat taman ni macam² adaaaaa..Nak tau apa yang ada jom la mai sini.

Macam² spesis orkid yang pelik² ditanam di sini. Hampeh betul la, time ni bukan musim buah.. kalau tak macam² jenis buah boleh diranggos. Takder rezeki... Kalau nak makan buah datang la sekitar bulan Ogos..

Haaaaa..satu lagi perkara yang menarik di sini adalah "buah ajaib". Buah ni dapat memaniskan segala macam buah yang masam. Anda tak perlu risau untuk mengunyah belimbing buluh, limau purut,limau nipis, mangga muda dan sebagainya setelah memakan buah ajaib ni. Gerenti manis bah.. Tapi jgn makan terlebih dos plak, tak pasal² balik umah makan tomyam Thai pun terasa manis (pengalaman penulis). Sungguh sadisss..

Yang ni plak teratai gergasi..kalau berani cuba la duduk bersila atas tu.. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.. Kuang 3x

Kalau dah lenguh jalan kaki tu..sewa la basikal. Bleh explore lebih jauh lagi..Terkenang zaman sekolah rendah dulu. Basikal ni la yang di kayuh setiap hari.. lalalala..

Hai cik adik..hati-hati ketika menunggang.. silap hari bulan terbabas masuk kolam plak.. Ngeh3x..

Ok..sampai di sini dulu rancangan kita pada hari ini.. InsyaAllah, di episod akan datang saya akan mengajak pembaca sekalian ke tempat yang lebih menarik lagi..Bahhh..masa untuk bercanda di bawah pokok..

Wednesday, November 22, 2006

.:Hobi Baru:.

Haaaa..Ni la kedai En.Tong Yit, tak semua staff politeknik tau kedai ni kat mana. Kat sini ada jual hardwear untuk buat barang kemas kristal. Kristal² kat sini pun diorang jual secara borong. Paling kurang kena la belanja around RM300 baru dapat harga borong.

Suspek (wife aku) bersama kawannya (isteri Sufian Hassan) tengah dok tawar-menawar tu.. Banyak betul kristal & mutiara kat sini. Naik juling mata aku dok kedai ni.. Bior la orang² pompuan berurusan kat dalam kedai tu.

Ini antara gelang kristal yang dah siap. Harganya bleh tahan gak bergantung pada design. Ada yang mencecah sampai RM120 satu.. Paling busuk pun RM30. Kristal gred 1 memang mahal harganya.

Haaaaa..buek apo tu ??? Khusyuk nampak.. Aktiviti baru ni. Dah jam 1.00 pagi still lagi maintain ni...Aper diorang buat??? Jom skodeng..

Lerrrr..dok cucok kristal rupanyer.. Dah berapa utas dapat ??? Berapa jenis design berjaya dihasilkan ??? Siap ada culculator lagi. Tengah kira modal nak buat bisnes la tu..

Waaaa..siap sudah bah tuuu..Udah² la tu, sambung pagi esok plak.. Biasa la kalau dah hobi baru ni. Nak² ader member yang satu kepala.. Rupa²nya buat sendiri jauh lebih seeeeeppp!!! dari beli yang dah siap.. Sessssswai untuk sapa² yang ada adik beradik & sedara-mara yang ramai..(tiap kali balik kampung mesti tanya soalan ni "takder ole² dari Sabah ker ???")

Tuesday, November 21, 2006

.:Cuti Sekolah:.

Sibuk bebenor Bandar Kota Kinabalu menjelang cuti sekolah ni.. Ramai ler cikgu cikgi dari semenanjung yang nak kelik kampung. Berikut adalah antara aktiviti wajib mereka sebelum terbang menyeberangi Laut China Selatan..

Aktiviti I

Lokasi:Pasar IkanMasin

Aktiviti: Pusing² cari ikan terubuk masin,udang kering,sotong kering,gamat kering..macam² lagi la yang kering dan masin. Dulu² selalu gak beli ikan keropok kat sini. Masa mula² datang ke Sabah dulu, habis segala benda kat pasar ni aku borong bawak balik kampung..
Aktiviti II



Lokasi:Pasar Kraftangan (Pasar Pilipin)

Aktiviti: Apa lagi kalau tak usha kristal, mutiara, kerongsang, ukiran kayu.. kraftangan Sabah (yer ker ?? bukan pilipin punya barang kaa..). Bagi para suami, jangan risau anda bleh tinggalkan isteri anda di sini seberapa lama yang anda mahu. Datang pagi², balik lewat petang pun tak aper..Pasar ni umpama syurga beli belah bagi kaum Hawa...
Aktiviti III

Lokasi: Pasar Malam Kampung Air

Aktiviti: Bagi yang tak puas lagi shopping atau tertinggal beberapa lagi item untuk dibawa pulang, bleh la bertandang ke sini..Pasar malam ni bermula jam 7.00pm hingga 11.00 pm

Monday, November 20, 2006

.:Wasiat Nenek:.

Hamimah mempunyai seorang nenek yang sedang sakit tenat yang kini terlantar di hospital. Sudah agak lama juga Neneknya masuk hopital tuh. Pada suatu hari Hamimah datang melawat neneknya bersama pakciknya, Pak Man. Sedang mereka melawat Neneknya tuh, Neneknya kelihatan amat sengsara, mulutnya terkumat-kamit, tangannye menggeletar. Lalu Pak Man merapatkan diri dan kedengaran Neneknya itu meminta pen dan kertas. Lalu diberikannya oleh Hamimah. Dalam terketar-ketar tuh Neneknya gagahkan jua menulis.Pak Man menyangka mungkin Neneknya itu sedang menulis wasiat dan beraggapan tidak elok membaca wasiat orang yang sedang nazak lalu mengambil kertas tersebut dan disimpan di koceknya. Tak lama kemudian Neneknya itu pun menghembuskan nafas yang terakhir. Dua hari selepas tuh, selepas semuanya kembali seperti sediakala, Pak Man menghimpunkan semua ahli keluarga dengn tujuan hendak membacakan wasiat Neneknya yang telah di amanahkan kepadanya. Antara daripada wasiat itu berbunyi "MAN, JANGAN KAU PIJAK GETAH OKSIGEN AKU TUH"..

MORAL: Selesaikan masalah bila ia muncul, jangan bertangguh. Kerja bertangguh takkan menjadi.

.:Kuterkenang:.

Lagu ni famous time form one dulu (1993)..masa tu minggu orientasi di SMACH (SM Sains Machang). Time malam terakhir tu ada sorang mamat tu (Norshan Mahasan) nyanyi lagu ni.. very touching la lagu ni.. Touching mungkin sebab ada kena-mengena dengan fantasia musim cinta yang pernah aku lalui sebelum ni kot..

Ku genggam awan kelabu
Ku gapai langit yang biru
Arah kita kian bersatu
Tinggalkan lagu rindumu
Langkah kita makin hampir
Kutahu kau menungguku
Dihujung titik menantilah aku
Alam mimpi...
( korus )
Bulan bintang sang suria
Bagai saksi janji kita
Meniti hari-hariYang indah ini...
Gunung akan kudaki
Lautan kan aku renangi
Demi memburu mimpi
Yang pasti..
Pintu kini telah terbuka
Kita pun langkah bersama
Fantasi mimpi berakhir
Cinta pun berpadu
Hari-hari yang berlalu
Menjelma bukanlah mimpi lagi
Umpama sungai dan tebing
Seiring, sehati dan sejiwa

Sunday, November 19, 2006

.:Sesi Bergambar:.

Pengumuman:
"Perhatian kepada semua pelajar dan staf, Syarikat xxxxx dari Shah Alam sedang membuat promosi mengambil gambar secara percuma. Mana² kelas yang berminat untuk bergambar boleh turun bergambar sekarang...."

Percuma ??? Wow! Tawaran hebat ni..

Cameraman:
"Ok cikgu..Selepas ni cikgu kena isi borang ya..

Borang:
No.Kedudukan:..................................................
Nama dlm gambar:..........................................(Guna huruf besar)
No.H/phone:.....................................................
E-mail:...............................................................
TEMPAHAN GAMBAR FORMAL (SIZE 8R)
(PAKEJ: GAMBAR DAN FRAME - RM25 SHJ)
YA: ( ) TIDAK: ( )

(GAMBAR SAHAJA - RM12 SHJ)
YA: ( ) TIDAK: ( )

p/s: Errrmmm..ambik gambar jer yang percuma..Kaloooo nak gambo, kena la bayar kuikuikui, ceghedik jugak Syarikat xxxxxx tadi.

Tuesday, November 14, 2006

.:Kursus:.

Alhamdulillah, syukur..berpeluang jugak aku join kursus PC tahun ni. Waktu yang sama kena gi kursus Ko-kurilum di Papar, tapi kalau dah ada kursus dalaman, buat aper susah² nak out station. Dengor citer fasilitator nak dedahkan peserta dengan OS Linux..Cam besttttt ja. Windows pun tak habis explore lagi.
Hehehe..Berlalu hari pertama, malam tu habis PC antik kat rumah aku kerjakan..Tak penah² format PC sendiri.TQ Prof Din, diatas tujuk ajar mu sifoo..
Hari kedua..buat per ekkkkk ?? Macam tak efektif jer kursus ni. Banyak sangat benda yang basic² ditekankan..(hehehe.nak cover banyak trobleshooting kaaa) Driver takder la.. Hard disk kong la..RAM tak support la..Hadusssss kalut-malut dibuatnya.. dah pukul 4.20 petang, perisian Linux tak siap² lagi install, angin betul aku...(sabor jer ler..Ni gambor Tok Penghulu kursus sedang menggodek² jumper hard disk..Hai sejuk giler dalam lab ni, kalooo tak berjeket mahu terkucil aku. Ada dua hari lagi untuk ku harungi.



.:Open House 2006:.

Suasana hening di pagi 21 Syawal 1427

Jemput la masuk, pintu tak berkunci..

Layan diri belako deh..

Tuan rumah posing skett

Sessi post mortem para tukang masak..

Saturday, November 11, 2006

.:Bawang Merah vs Bawang Putih:.

My friend: Aku tak suka la anak² aku tengok citer "Bawang Merah,Bawang Putih" tu..
Aku: Kenapa ?
My friend: Adaka semalam diorang........(ikuti dialog anak² My Friend ni)

Adik: Kakak, nanti kakak jadik Bawang Putih yer..Biar adik jadik Bawang Merah.
Kakak: Kenapa plak adik mau jadik Bawang Merah ???
Adik: Kalau adik jadik Bawang Merah, adik boleh pukul dan buli kakak.

My friend: Marah betul aku kat anak² aku..Terus aku tak kasi diorang tengok lagi citer tu..
Aku: Aku ingat sumer orang nak jadi macam Bawang Putih, rupanya ada jugak yg minat nak jadi Bawang Merah ekk.. :-p

Friday, November 10, 2006

.:Bertudung:.

Tit..tit..One new messages.

Student: A'kum en.rashady, sy rizal xstudent skm4. sijil n transkrip bleh ambil sudah ka?
reply: W'salam..bley ba,sijil ambil dgn en.sylvester,transkrip ngan en.razimi. kerja sudah ka?
Student: Sy xkeje lg,msh dok umah. sijil amik kt mana ek? Jabatan mekanikal ka?
reply: ya, di jabatan.
Student: Tima kasih en. kalo amik kena pakai baju kuliah dgn rambut pendek ke en? klu rambut panjang bole xmasuk ofis?
reply: Pakai la smart² sket. Kalau rambut panjang, terpaksa la awak pakai tudung ka.. telekung ka.. baru en.petrus bagi masuk.
Student: wakaka..Ok en..Insyaallah kalo ada telekung emak sy yg lebihboleh la pinjam kejap. tp pelik jg pkai jean ngan telekung..

Thursday, November 09, 2006

.:Rumah terbuka:.

Musim rumah terbuka menjelang lagi. Kalooo dulu umah aku buat ala² koboi jaa.. Goreng mee, panggil member ramai² datang serbu..Itu dulu.. Setahun dah berlalu, Alhamdulillah..Syukur dengan rezeki kurniaanNya. Tahun ni planningnya nak buat special skett. Tak tau la apa menunya..Isteri tersayang habaq nak buat nasi minyak,laksa penang,sate (amboi,banyaknya..larat ka?). Hehehe..Nantilah kita sama² tengok di hari kejadian.. Ok,yang mana rasa bleh datang tu,jemput la yer..

Wednesday, November 08, 2006

.:Sepakat yang tidak berkat:.


foto ehsan Mazudi
(Jam 8.45 am) Troooot2x....Trooot2x.... Awal² pagi lagi handphone dah mengganggu. Nombor tak cam sapa punya. Sah!! Student la ni.

Student: "Encek, kelas AutoCAD hari ni ada ka ??? Saya dengar cam tiada jaa..Betul ka Chek?"
Aku: "Masa bila plak saya cancel kelas ni ??? Dah..Dah.. pagi ni saya nak buat ujian.."
Student: "Hah!!!! Chek nda bagi tau awal² pun, kami nda prepare ba hari ni.."
(Hehehe..Aku sajer gertak)

(Jam 9.00 am) Troooot2x... Trooot2x... Hampeh, kompom student lagi ni.

Student: "Assalamualaikum Chek, betul ka hari ni batal kelas ??"
Aku: (Memang aku dah agak dah) "Hish!!! Gossip mana plak yang awak dengar ni ?"
Student: "Kawan² saya bilang chek mo batal kelas"
Aku: "Awak ni kalau malas mo datang kelas, jangan la guna taktik sama tiap² minggu.. Saya tau la korang sumer dah berpakat satu kelas kan ? Ada assigment tak siap ka ? Ker ada ujian aper² hari ni ? Pesan kat kawan² awak, pastu kawan² awak punya kawan..Tak payah la susah² nak call saya lagi yer, SMS pun saya malas nak layan OK.."

Ermm..gitu la bertuahnya student aku ni..Tiap² kali ada kelas, mesti ada trick masing nak tuang kelas..Yang senior yang junior..sama jaaa. Ermm,dari mana la diorang dapat nombor phone aku..Dah kul 10.00 am dah, permisi dulu ya..

Trooot2x..Trooot2x..Arghhhh ado lagi!!(Aku cansel betul²kan best jugak nih)

Tuesday, November 07, 2006

.:Subang:.


Semalam, salah seorang student lelaki aku di tegur kerana bersubang sewaktu datang ke bengkel kimpalan..

En.Saifudin: "Bukak subang awak tu..bagi pada saya."
Student: "Jangan begitu Cek..Saya sudah buat surat ba yang membenarkan saya pakai subang."

Aku: (Aik, ada ka macam tu ? Siap tulis² surat lagi..kat sapa dia pass surat tu ?? Sah kelentong!)

En.Saifuddin: "Saya tak kira, awak kena bagi saya jugak subang awak tu"
Student: (Huhuhu..terpaksa jugak la student tu serahkan subang tadi)

Aku: (Dengan penuh gaya simpati+poyo, aku mendekati student tu) " Tu la awak..dah elok² jadi lelaki,nak jugak menyerupai perempuan.."
Student: "Mana ada Cek..kalau pakai dua² belah baru menyerupai perempuan"
Aku: Habis tu, awak ni gay ker ?? Pakai subang sebelah ??
Student: "Mana ada Cek..kalau pakai sebelah kanan memanglah gay, saya pakai belah kiri Cek"
Aku: "Awak ni banyak songel betul la..Dah ada dalam peraturan,jangan la pakai time ada kelas"
Student: "Dari kecil keluarga saya pakaikan subang Cek, nanti tertutup pulak lubangnya kalau nda pakai lama Cek.."

Ermm..kalau dah masuk bab budaya dan adat resam ni, aku dah malas masuk campur. Terpaksa hormati jugak la. Memang ramai student aku yang bertindik telinga. Tapi hanya segelintir jer yang terikat ngan adat diorang, yang lain tu tumpang sekaki la gamaknyaaaa..

Monday, November 06, 2006

.:Rumahku kena serang:.

Jam 2.30 pm:Kring2x...Kring2x...Kring2x..Telefon ku berdering (Hehehe..wak lolok, hanphone aku tak pakai ringtone tu pun)

Student: "Hallooo Incik..Incik ada di rumah ka hari ni ??"
Aku: "Ada, saya dha kemana-mana hari ni"
Student: "Kami mau serang rumah incik ba hari ni"
Aku: "Errr..nak datang umah ?? Saya buat open house Sabtu depan ba, kaloo datang hari ni, saya hidang air jer la.."
Student: "Nda apa la Incik..air pun air la..Kami 12 orang suma"
Aku: "Errrrrr..macam mana kalooo kamu datang minggu depan?"
Student: "Ok la Incik,minggu depan kami datang.."

Isteri: "Bang sapa telepon tu ?"
Aku: "Student abang..dia nak datang beraya rumah kita"

Dengan tak semena-mena, isteri aku bingkas bangun dari tidur..terus ke dapur, amik bihun, rendam... Aku terkesima seketika..

Isteri: "Ok bang, skang abang pegi beli air batu, sayur tauge, pisang..errr..tu je lah."
Aku: "Errrrrr..sebenarnya abang dah cansel dah dengan student tu..
Isteri: "Ler...kenapa tak bagitau awal-awal..sayang dah rendam dah bihun tu.." (Isteri aku bengang..kuikui)
Aku: "Ok la, abang SMS balikla student tu..suruh dia datang lepas Asar nanti"

Jam 5.00 p.m

Aku: "Sayang..ramainya student datang,cukup ker tak hidangan kita ni ??" ( Mintak-mintak cukup la..Bihun sebungkus, pengat pisang seperiuk)

Jam 6.00 p.m

Student: "Incik, kami pulang dulu yaaaa..Hari Sabtu depan kami datang lagi yaaa.. (",)

Alhamdulillah..berjaya jugak 'Open House' last minit aku ni..Terima kasih buat isteriku yang bertungkus-lumus..Next week,cadangnya nak buat official.. Mau 40-50 orang datang.. Kena amik asisstant nih..

Moral: Kita hanya melaksanakan..Allah yang menyempurnakan. Seorang tetamu yang bertandang ke rumah atas maksud agama akan bawa 1000 rahmat ke rumah. Kalau 12 orang datang ? Apa itu rahmat ? Kenapa rahmat tu penting ? Lain hari kita discus wokeh...

Sunday, November 05, 2006

.:Assalamualaikum:.

Alhamdulillah..dah lama aku nak berkecimpung dalam dunia blog ni, baru hari ni.. 5 November 2006 1:19 pm termeterailah sudah blog pertama ku. Dah lamo bonar aku tak menulis ni.. Lepas habis SPM dulu, memang aku dah tak minat mengarang lagi. Kiranya lo ni aku tengah asah balik la pensel ku yang tumpul kelenyeh ni kuikuikui...

About Norashady bin Mohd Noor

Norashady bin Mohd Noor was born on March 16th 1980 in Kampung Keladang, Salor in Kelantan and is happily married to Nor Farah Wahida binti Mohd Noor. They are both a dotting parent to Wisam Wafiy, Maryam Raeesa and Ameena Sabrina.

Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf
Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir was born on March 22nd 1962 in Pangkor Island in Perak and is happily married to Datin Seri Saripah Zulkifli. They are both a dotting parent to Husna, Huda, Syifa, Munir and Mukhlis. - See more at: http://zambryperak.com/#sthash.f7x451vs.dpuf